Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 11 Oktober 2010

Al-Fatihah Buat Sahabat UPSI ~~ Kemalangan 10.10.10

Dalam bergembira kerana semalam tarikh cantik 10.10.10..
Eyza dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri..
Kemalangan yang berlaku di highway dekat Melaka..
Melibatkan dua buah bas, 3 kereta dan 1 van..
Dengar berita tersebut membuatkan hati gerun...
Hanya mampu mendoakan agar roh mereka yang pergi tenang...

Tapi pagi tadi buka sahaja Facebook...
Eyza terbaca post seorang teman..
Rupanya ada teman seUPSI yang turut terlibat dalam kemalangan semalam...
Al-fatihah buat arwah..
Eyza tak berapa kenal dengan arwah...
Tapi kawan baik Eyza mengambil minor Teater sama dengan arwah..
Jadi nama arwah memang selalu Eyza dengar...
Jumpa pun walau tak berbual tapi pernah melihatnya..
Teman Eyza ceritakan arwah sangat bersemangat semasa mencuba jubah yang diambil pada minggu lepas..
Tapi ajal maut di tangan Allah..
Moga roh arwah dan yang ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..

Buat diri rasa hina..
Masih banyak yang perlu diperbaiki...
Seringkali terlalai dalam menjadi hamba-Nya..





5 ulasan:

Unknown berkata...

takziah kepada keluarganya..
takut nak naik pas camni
kuman "kopi..." Entry

NuRuL iZZa berkata...

yup..
pemandu bas mmg ramai yg suka bawak laju..
takziah buat keluarganya..

eiela berkata...

takziah kepada keluarga mangsa bas nih. Takut jugak bila berjalan jauh naik bas nih.

gadisBunga™ berkata...

salam takziah....

Hakim Az berkata...

Alfatihah...