Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 15 Ogos 2012

ReVieW KaWeN : DIY MY SiMPLe GuestBook CorNeR

Guestbook Eyza ini adalah hasil bantuan adik dan mak Eyza. Iyalah, Eyza hanya sediakan bahan dan yang susun semuanya dorang yang buat. Pengantin sedang sibuk disolek pagi tu..hehe. Kat guestbook corner ini Eyza juga tempatkan beberapa pilihan candy, jelly dan coklat. Sekadar memberi cenderahati tak seberapa.







ReVieW KaWeN : DIY GuestBook


Memang pada asalnya Eyza teringin sangat hendak buat Guestbook sebab bila baca blog B2B, guestbook ni dah jadi trend. Ada B2B yang buat sendiri dan ada juga yang tempah. Bahan-bahan untuk buat guestbook Eyza dah beli sejak awal tahun lagi tapi bila idea tak muncul-muncul, tersadai sahajalah bahan-bahannya. Guestbook ni hanya siap sehari sebelum majlis persandingan Eyza. Malam Sabtu sebelum pakai inai, Eyza menggigihkan diri menyiapkan guestbook.

Tadaa...inilah hasil kerja last minit Eyza...


Isnin, 13 Ogos 2012

ReVieW KaWeN : Andaman by Iz de Bridal (Nikah, Malam Berinai, Sanding)

Eyza tempah andaman dari Iz de Bridal yang sememangnya antara yang terkenal di daerah Kota Tinggi. Eyza tersangatlah berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak andaman ni. Harga berpatutan, solekan yang menawan, pilihan baju yang banyak + cantik belaka serta layanan yang menyenangkan hati. Pakej yang Eyza ambil berharga RM2170 iaitu dengan 3 pasang persalinan + 3 kali solekan + pelamin baru 1 panel + kerusi cleo + hiasan bilik tidur + pintu gerbang + hiasan makan beradap. Semua baju yang Eyza pakai adalah pilihan suami dan juga mak Eyza...hehehe. Tapi walaupun pilihan diorang, Eyza memang suka sangat dengan baju-baju tu.

NIKAH


Persalinan + Solekan Eyza - 
Iz de Bridal

Bunga tangan -
Lurvering Doorgift

Persalinan + Samping Fizam - 
Sendiri


MALAM BERINAI


Persalinan + Solekan Eyza -
Iz de Bridal

Persalinan Fizam -
Iz de Bridal

Bunga tangan -
Lurvering Doorgift


SANDING


Persalinan + Solekan Eyza - 
Iz de Bridal

Persalinan Fizam -
Iz de Bridal

Bunga tangan -
Lurvering Doorgift

Kasut -
Eyza & Fizam


PELAMIN


Pelamin satu panel sahaja sebab keluasan ruang tamu rumah yang tak berapa nak luas. Impian hati nak pelamin berkerusi cleo tercapai juga. Pelamin yang simple saja.


MEJA MAKAN BERADAP



ReVieW KaWeN : BuNga TaNgaN

Niat di hati mahu buat sendiri my bunga tangan untuk kahwin...hahaha. Tapi niat hanya tinggal niat. Setelah difikirkan berulang kali, akhirnya Eyza hanya tempat bunga tangan yang Eyza mahu. Survey punya survey, Eyza berkenan sangat dengan bunga yang dibuat oleh Kak Mai dari LurVering Doorgift

Eyza tempat dua bunga dari jenis foam flower, tak berminat nak fresh flower sebab Eyza nak simpan bunga ni sebagai kenangan. Satu bunga campuran krim dan kuning untuk nikah dan satu lagi campuran pink dan purple untuk malam berinai dan majlis sanding. Mulanya ingat mesti mahal around RM100 ke atas, tapi rupanya berpatutan saja. Kak Mai kenakan bayaran hanyalah RM80 untuk dua bunga tersebut, bermakna satu bunga hanyalah RM40. Sangat berbaloi-baloi. Sekarang ni, kedua-dua bunga tangan tu menjadi hiasan di meja solek. Sukanya...



Anyway, TQ Kak Mai kerana buatkan Eyza bunga yang sangat cantik dan sweet. Love it so much...

Walau Sudah Dua Bulan Berlalu...

Sebenarnya, sudah dua bulan lebih majlis perkahwinan Eyza berlalu. Kesibukan menyebabkan Eyza tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ini. Ikutkan rasa hati, memang nak update tapi tak pernah berpeluang. Masih tak bijak untuk bahagikan masa menyebabkan blog ini terbiar. Bayangkanlah, last update bulan Januari. Mak ai, teruknya...

Malam ini, Eyza bertekad mahu update at least seminggu 2-3 kali. Dan juga harap kalian izinkan Eyza untuk review my wedding punya kisah walaupun cerita dah basi.