Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 28 Disember 2010

FeLDa PaLoNG TuJuH

Ya, Eyza sekarang berada di Felda Palong 7...
Jauh beribu batu dari Felda Bukit Easter...


Berada di sini tiada banyak bezanya dengan felda Eyza...
Orangnya yang ramah, makanannya yang murah...
Walau jauh dari bandar besar...
Barangan yang dijual di sini tetap lengkap...
Sudah hampir enam hari di sini...
Bersama memulakan kehidupan baru bersama rakan-rakan baru...
Ieta, Ziekin, Shila dan Najib...
Rakan-rakan seangkatan dengan Eyza...
Walau baru sahaja berkenalan tapi seperti sudah bertahun kami bersama...
Moga persahabatan  ini tetap berkekalan...
Oklah, nanti di lain hari Eyza ceritakan lagi pasal mereka ber4..
Sedih sebab dah jarang update blog...
Masa & keadaan tak mengizinkan..
Harap En. Nuffnang memahami kesusahan Eyza ini...

Sampai di sini..
Salam 1Malaysia sehingga kita berjumpa lagi nanti..
*erk..berjumpa???aduyai...apa-apa ajolah...






Khamis, 23 Disember 2010

CiuMaN MaiN-MaiN


Haha betul ke tidak itu terjemahannya Eyza pun tak pasti..
Main bedal saja...
Ciuman main-main a.k.a Playfull Kiss ni sebenarnya adalah tajuk drama Korea..
Eyza baru sahaja habis menonton drama ni Isnin lepas..
Sangat seronok walhal masa mula-mula tengok terdetik dalam hati "best ke cite ni??"..
Tapi setelah lama ditonton sememangnya sangat seronok..
Terima kasih kepada Ain Jimat yang telah membeli CD drama ini bersempena dengan kemasukan PTPTN beliau..
Hahaha, mau kang kuar lagi komplain pasal pelajar guna duit pinjaman untuk beli benda selain buku..
Tapi walau apapun tanggapannya Eyza tetap fikir begini..
"Saya pinjam duit tu dan saya bayar kembali, so xyah sibuk2 nak tau saya belanja duit tu beli apa"
Mak ai, kenyataan berani mati...
Sorry ye Mr. PTPTN, Eyza terlebih emo sudah...

Okey kembali kepada kisah sebenarnya..
Dah tersasul jauh sangat...
Mata pula makin ngantuk so korang layan gambar-gambar ajelah ea..
Yang penting bagi Eyza drama ni memang best...




Cinta Oh Ha Ni pada Seung Jo yang hanya bertepuk sebelah tangan


Makan-makan sebelum rumah Ha Ni roboh


Pergi sekolah bersama sebab Ha Ni tumpang rumah Seung Jo


Seung Jo bantu Ha Ni study..so sweet!!


Ciuman pertama *Seung Jo mulakan dulu (so faham2 ajelah kan cinta telah berbalas tp tak nak mengaku)


Ciuman kedua *Seung Jo curi-curi cium masa Ha Ni tertidur..


Ciuman ketiga *Pengakuan dari Seung Jo yang dia juga cinta sama Ha Ni


Mereka pun kahwin..



~~~ SEKIAN ~~~


HiJRaH DaKu

Cuma tinggal beberapa hari saja lagi..
24hb ni Eyza akan berangkat ke Gemas..
Dari Felda Bukit Easter berhijrah ke Felda Palong 7...
Memulakan tugas dengan kerjaya baru...
Dari seorang pelajar kini memulakan perjalanan sebagai seorang pendidik...
Keterujaan itu memang ada untuk memulakan lembaran kisah hidup yang baru...




Tapi dalam hati sedih itu tetap datang bertandang...
Terasa sebak mahu meninggalkan rumah...
Meninggalkan mak dan abah kembali berniaga berdua...
Pasti mak abah akan sedikit kelam kabut berniaga tanpa Eyza..
Iyalah selama lebih kurang tujuh bulan Eyza bantu mereka..
Ya Allah, permudahkanlah urusan dan kerja ibu bapa ku...
Sedih mengenangkan mak yang akan kembali membuat kerja-kerja rumah...
Pasti lepas ni mak akan kembali bangkit pukul 5 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah sebelum ke kedai...
Juga rasa pilu mahu meninggalkan kucing-kucing Eyza...
Pesanan sudah Eyza sampaikan pada Putam...
Eyza pesan pada Putam untuk ambil alih jaga adik-adiknya...
Pada Bobo dan Memey pula Eyza pesan supaya jangan nakal-nakal dan dengar cakap Kak Tam dia...
Huhu kadang-kadang terasa diri ni cam tak betul pula..
Selalu sangat bercakap dengan kucing-kucing...



Esok hari terakhir berada di rumah...
Eyza sudah merancang untuk menyiapkan segala saki-baki kerja-kerja membersihkan rumah...
Mop lantai, bersihkan peti ais, tukar cadar bilik mak dll..
Harap-harap masa tak mencemburui Eyza..kihkihkih





Rabu, 22 Disember 2010

aKu HiLaNg


Mak ai, lama sangat tak update blog..

Dah penuh bersawang ni..

Sasaran malam ini lepas pulang dari kerja..

Membersihkan segala sawang-sawang yang ada...

Eyza akan cuba update sebanyak yang mungkin..

Dan berblogwalking serta membalas kunjungan kawan-kawan..

Harapnya keazaman mengatasi kepenatan..




Rabu, 8 Disember 2010

BeRMuLa TaHuN YaNG BaRu




Sedikit lewat tapi Eyza tetap nak buat juga entry ini...huhu
Moga di tahun yang baru ini, Eyza akan dapat meningkatkan diri untuk menjadi lebih baik sama ada sebagai



seorang hamba kepada Allah Yang Maha Besar;



seorang anak kepada mak dan abah;
seorang kakak kepada Abang dan Adik;



seorang guru kepada anak-anak didikku;



seorang sahabat kepada teman-teman;



seorang warga Malaysia yang tercinta;



Walau dalam apa hal sekalipun..
Moga Eyza dapat melakukannya dengan cara yang terbaik dan tidak menyalahi undang-undang syariat Islam dan negara...
Amin ~~~

Isnin, 6 Disember 2010

PeRSiaPKaN DiRi


Tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi...
24hb Disember nanti Eyza akan ke Felda Palong 7 semula..
Memulakan khidmat sebagai guru...
Rasanya perlu untuk Eyza persiapkan diri sebelum ke sekolah...
Pertama yang paling penting ialah


Iya, study sampai tak larat nak study...
Bila sebut tentang study terimbau pula kenangan study bersama kawan-kawan di kala exam...
Port paling best selalunya ialah di library UPSI yang seperti di Kutub Utara itu...
Ya, study beramai-ramai yang sangat membuahkan hasil..
Sangat seronok berkongsi ilmu...


Sungguh tekun menelaah...


Kertas-kertas....

.
.
.
.
.


Kertas lagi...
.
.
.
.

dan lagi


dan akhirnya menjadi seperti ini :




Bergambar untuk kurangkan tekanan...yeay!!





Serta ambil gambar orang lain secara curi-curi...
.
.
.
.
.
.

Dan kemudian setelah kurang tekanan
Kita sambung kembali
Menghadap kertas-kertas tersebut...




Sekarang, zaman UPSI telah ditinggalkan...
Dulu, study untuk exam diri sendiri...
Kini, study demi tugas mengexamkan orang lain..
Yang pasti...
Hidup Eyza tak lari dari study..
Jom pergi sekolah!!!

* Oh, sungguh tak sangka aku ke sekolah kembali..huhu..




Semoga menjadi pendidik yang cemerlang..
Berusaha untuk menjadi seperti ini :





Ahad, 5 Disember 2010

JaLaN-JaLaN CaRi MaKan



Opss..ini bukanlah program JJCM kat TV3 itu...
Cuma acara makan-makan famili J'FIZA...
Sudah lama tidak keluar makan bersama...
Tapi semalam pun tidak cukup korumnya...
Sebab my abang, Fiqri tak ikut...
Tapi program tetap diteruskan..chewah..


 Memey mahu lihat kepergian kami..huhu



Sesi bergambar sebelum berangkat ke Kota...



Ain buat aksi comelnya...


Indahnya ciptaan-Nya...


Ok, jalan-jalan yang dimaksudkan bukanlah jalan-jalan biasa...
Ini jalan-jalan istimewa yang dibuat setiap minggu...
Hohoho...
Jalan-jalan membeli bahan masakan untuk berniaga..
Membeli segala keperluan...
Dari ECONSAVE ~~~~> KipMart...


Model untuk Dutch Lady yang baru..hohoho tipu semata-mata


Sesudah urusannya, terus sahaja menuju ke Restoran Kelantan di Kampung Tembioh..
Makan-makan dan kemudian pulang semula ke rumah..
Perut yang kenyang menyebabkan mata jadi cepat mengantuk...
Sebab itulah baru update ceritanya hari Ahad...
Hahaha...




Bergambar sementara tunggu makanan sampai...


Sesi bergambar lagi menggunakan handphone buruk Eyza...



Sebelum dan selepas...huahuahua



Sekian, terima kasih...
Program Jalan-jalan Cari Makan J'FIZA berehat buat sementara waktu..
Yeay!!!!