Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 25 Ogos 2011

SeMaNgaT JaDi LuNTuR


Semalam baru post entry Eyza semangat nak beraya...
Tapi malam tadi semuanya jadi luntur..
Sebabnya anak kucing Eyza "Tom"..
Yang menjadi salah satu sebab mengapa Eyza tak sabar nak balik...
Tom mati mengejut..
Sedangkan tengah hari tu baru je call mak..
Mak pun seronok bercerita...
Tom yang penuh dengan aksi spontan entah apa-apa..
Tapi balik saja mak dari Lotus Desaru..
Mak nampak Tom dah terlepek...
Mati...
Mak kata mungkin kucing jahat jiran cakar dia..
Sebab kucing jiran tu suka kacau anak-anak kucing..
Sedihnya hati Tuhan saja yang tahu..
Menangis...
Air mata seperti tak mahu berhenti semalam...
Tidur dengan air mata..
Bangun pagi dengan mata bengkak..
Huhu..
Tom, maafkan kakak sebab tak jaga Tom..
Tapi akak pasti Tom bahagia kan dengan kami walaupun cuma sebentar...
Tambah sedih bila mak bagitahu makanan Whiskas Junior untuk Tom tu ada lagi berbaki dua paket..
Ya, Allah...
Aku mengharapkan kau temukanlah aku bersama mereka (kucing-kucing) ini kelak di syurga-Mu...
Amin...





Rabu, 24 Ogos 2011

JiWa TeRTeKaN + TaK SeLeSa ~~~


Eyza ada masalah...
Masalah yang tak perlulah diceritakan..
Eyza cuma nak berkongsi apa rasa hati Eyza sejak dua menjak ni...
Eyza tak selesa...
Eyza tertekan..
Eyza nak pindah kalau boleh...
"Pindah"..
Itu kata kuncinya..
Hehe...
Tak apalah, sabar itu sebahagian daripada iman kan..
Segala dugaan hadapi dengan rasa syukur..
Sebab Allah hanya memberi dugaan pada hamba yang dia rasa mampu..
Lagipun masalah ni taklah sebesar masalah orang lain..
Jalan paling mudah untuk Eyza selesaikan ialah : 

1. Kahwin
2. Isi Borang Pindah
3. Doa Dapat Pindah
4. Kalau dapat, selesailah masalahnya...



SeMaNGaT aiDiLFiTRi


Wah, dah semakin terasa semangat Aidilfitri...
Apatah lagi tadi Eyza bersama kawan-kawan sekerja berlatih lagu Merdeka + Raya untuk persembahan hari Jumaat ni sebelum cuti..

SEMANGAT MERDEKARAYA

Eyza tak sabar nak balik cuti beraya..
Berjumpa famili kesayangan...
Bergembira bersama kucing kesayangan...
Tapi sebenarnya kawan-kawan...
Dalam kita bergembira ni sepatutnya kesedihan itu tak hilang..
Sebab Ramadhan bulan yang mulia akan berlalu pergi...
Bulan penuh rahmat...
Tapi setiap perkara ada sebabnya...
Allah ciptakan Hari Raya untuk menghargai hamba-Nya yang telah melalui Ramadhan dengan sabar..
Allah Maha Pengasih dan Penyayang..
Oleh itu, kita kena menyambut Syawal yang tiba nanti dengan penuh rasa syukur...
Sebab kita ada Dia Yang Maha Besar...




Selasa, 23 Ogos 2011

NESCAFE CHILL-LAH ~~~~ eKSPReSiKaN DiRiMu


Sekarang Nescafe sedang buat contest..
Hadiah RM 10,000 menjadi rebutan...
Bagi yang kreatif mesti berminat nak join..
Tapi untuk yang rasa diri kurang kreatif bukan bermakna kalian tak boleh masuk...
Mari join ramai-ramai..

Eyza memang peminat setia Nescafe...
Terutamanya yang dalam tin tu..
Mocha..
Latte..
Original...
Kopi-O..
Semuanya menjadi pilihan Eyza..



Okey, kawan-kawan..
Jangan lupa join contest ni k...
Nak tau lebih lanjut jangan lupa klik iklannya ye..

Isnin, 22 Ogos 2011

iBu HaMiL YaNG MeNaWaN


Marion Counter dah mengandung...
Eyza tumpang gembira...
Walaupun MC tak kenal pun Eyza..
Eyza doakan dia dan kandungannya selamat...
Cakap pasal MC ni kan..
Eyza mula suka dia masa dia kat 8Quickie

: google :

Pastu MC kat E News lagi la best..
Lihatlah betapa menawannya MC..

: google :

And then bila dia kawen dgn SM Nasa...
Bertambah lagi personanya di samping jutawan muda...



And then tadi baca berita baru kat BeautifulNara..
Dapat tahu MC dah mengandung 5 bulan..
Ayunya dia pakai camtu..




PERHATIAN ~~~ KuiH BeRuLaT


 Ya Allah, kenapalah ada manusia "dajjal" macam ni...
Kasihan pengguna selalu tertipu...
Dah tu bila dituntut & diminta beri ulasan sibuk larikan diri...
Pengusaha atau pengedar perlu berhati-hati..
Bukan semua jenis kuih cara penyimpanannya sama...
Kalau kuih yang ada "cheese"..
Kenalah simpan dalam peti sejuk..
Bila baca berita macam ni...
Kena beringatlah raya nanti...
Makan kuih tu tolong belek-belek dulu...

Benda macam ni pernah terjadi pada Eyza..
Tapi bukan kuih raya..
Eyza beli kerepek dan pisang salai kat Ayer Hitam...
Balik rumah belek punya belek..
Ada banyak ulat kat pisang salai tu..
Geram ada..
Sedih pun ada...
Nak pergi minta ganti rugi pula tak sempat..
Sebab minggu tu sangat busy dengan hal kerja..
Sabar sajalah hati masa tu..
Sepatutnya Eyza pergi minta ganti rugi kan...

MaaF ~~~

Sebab Eyza dah mula terasa semangat berhari raya..
Eyza letak lagu kat blog..
Mungkin ada yang tak berkenan kot..
Maaf ea ~~~ (^_^)
Sementara saja...
Nanti dah habis cuti raya Eyza buang ok!!!
: Thanx :


Ahad, 21 Ogos 2011

BeRBuKa Di PeRanTaUaN ~~


Puasa pun tinggal 9 hari saja lagi..
Sekarang baru terhegeh-hegeh nak upload gambar juadah berbuka sepanjang 2011..
Berbuka di perantauan..
Jauh dari keluarga tercinta..
Chewah...
Paling best memori berbuka adalah bersama kawan di Serting masa awal Ramadhan
dan
semalam saat berbuka bersama beberapa pelajar..
Dorang sibuk tanya cikgu bila nak buka sama, bila nak buka sama..
Sajalah tu nak merasa air tangan cikgunya..
So, semalam dapatlah berbuka bersama..
Hidangan simple saja..
Mee goreng + ayam goreng berempah + popia otak2 + sedikit kuih-muih + air sunquick ais + teh o suam
Gambar tak banyak ambil..
Ambil gambar makanan saja, sebab masing2 tak bertudung..
Biarlah gambar takde tapi kenangannya tetap dalam ingatan..



: sebelum dan selepas berbuka puasa :

Eyza sangat bahagia bila tengok dorang makan bertambah..
Walaupun hidangan tak seberapa..
Tapi Alhamdulillah dapat mengenyangkan dorang..
Gambar2 lain pula hidangan saat berbuka sendiri..
Tak ingat tarikhnya bila..
Pakai upload sajalah ya..


: jemput2 pisang + nasi putih + paprik ayam + telur dadar :


: mee goreng :


: kue teow kung fu :


: rendang daging + nasi impit (belum potong) + jemput2 ikan bilis + popia + teh susu :


: nasi goreng kampung + ayam goreng kunyit :


: nasi lemak + sambal udang + telur goreng :

Ada banyak lagi yang Eyza masak tapi tak ambil gambar..
Semua persediaan nak bergelar "isteri"..
Sebabnya sebelum Eyza selalu tolong mak saja..
Maksudnya memang selalu ke dapur tapi mesti ada mak..
So, bila dok sendiri ni tibalah masanya nak mencuba kemahiran..
Hoohoho...

Jumaat, 19 Ogos 2011

KeDai iMPiaN ~~~ MaMPuKaH TeRLaKSaNa??


Eyza selalu berangan-angan nak buka kedai..
Berniaga...
Mak abah Eyza pun berniaga juga sejak dari awal dorang kahwin..
Tapi perniagaan kecil-kecilan aje..
Buka kedai makan kat tempat Eyza tinggal..
Masa sekolah dulu pun Eyza join Kelab Tunas Bistari a.k.a Usahawan Muda..
Kiranya darah "berdagang" mak abah menyerap masuk ke dalam jiwa Eyza..hahaha

Eyza ada simpan satu impian..
Nak buka kedai buku + cafe + CC..
Hehe..
Kat kedai tu jual + sewa buku..
Boleh layari internet or Wifi..
And boleh juga makan2 snek sambil beronline atau baca buku..
Kedai macam ni dah selalu ada..
Tapi tetap nak juga buka kedai camni..
Moga tertunailah impian Eyza..
Amin..


...elegannya rekabentuknya...


...santai...


...ceria...


..salah satu book cafe di Singapura..

Okey, mulai sekarang mahu sentiasa berangan-angan sampai impian tertunai..
Ingat lagi pesan cikgu masa zaman sekolah dolu-dolu,

"Berangan tu tak salahnya, sekurang-kurangnya awak tetap merasainya melalui angan daripada tak dapat atau rasai apa-apa"

SuKa SaNgaT ~~~ JaGuNg oH JaGuNG


Semalam di kala sibuk berblogwalking...
Eyza singgah blog si cantik jelita Hanis Zalikha...
Wah, bahagia sungguh bila membaca entry Hanis...
Sebabnya Eyza baru dapat tahu DL telah keluarkan susu perisa baru iaitu
JAGUNG

Eyza ingat dulu ada juga vote perisa ni...
Untuk undi tu pun Eyza tahu dari blog Hanis...
Bahagia sangat sebab Eyza memang vote utk Cik Jagung pun..
Hehe...


Haha..memang bahagia gila..
Sebab Eyza peminat setia air jagung...
Teringat dulu masa kan zaman U dulu, selalu order air jagung cincau..


Oh, bulan Ramadhan bila teringatkan air jagung cincau..
Tambah pula dah berapa hari teringin nak buat cucur jagung..
Cari di kedai kat Palong 7 ni, tak adalah pula jagung manis..
Haisy, menduga hati betul..
Haha..
Cukuplah cerita pasal makanan ni...
Nanti kang ada plak yang kurang pahala puasa..
Huhu...

Selasa, 16 Ogos 2011

BeRTuDuNG iTu CaNTiK ~~


Perasan tak sekarang ni makin ramai artis yang bertudung...
Semuanya makin bertambah ayu bila bertudung...
Jadi kalau lepas ni semakin ramai yang berubah, berhijrah..
Tak bolehlah kita buat karangan dengan salah satu isinya "pengaruh artis tempatan"..
Haha...


..Raja Farah...


...Irma Hasmie...


...Farah...


...Catriona...


...Azizah...

dan ini pula artis yang Eyza teringin sangat nak tengok dia pakai tudung secara tetap & berterusan....


...FAZURA...

* Ayu sungguh bila fazura bertudung...sangat suka tengok gambar ni...




Isnin, 15 Ogos 2011

CHaHaYa WHiTeNiNg SKiNCaRe


Baru 5 hari pakai produk ni...
Harap-harapnya akan nampak perubahan dalam masa terdekat ni...
Ada sesiapa dah cuba??
Harap boleh kongsi pengalaman kalian...


TeRiMa KaSiH ~~ SaYa BaHaGia


Bulan Ramdhan yang sememangnya membawa berkat...
Hari tu dapat BE...
Hari ni dapat dua perkara yang menggembirakan juga...
Pertamanya bonus raya dah masuk...(^_^)V
Keduanya, Eyza dah lulus temuduga SPP..

"DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP"



Alhamdulillah, berita gembira datang bertimpa-timpa...
Minggu lepas balik Kota Tinggi..
Dapat menyenangkan hati famili...
Tahun pertama kerja, pertama kali membelanjakan duit gaji membeli itu ini...
Kalau boleh semua benda nak support untuk famili..
Baju raya...
Kasut raya...
Kuih raya...
Air raya...
Haha...semua yang berkaitan raya la..
Mesti kawan-kawan pun pernah melalui perasaan yang sama macam Eyza kan...

Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk menyenangkan hati mak abah & adik-adik..
Aku syukur pada-Mu...
Kau permudahkanlah segala urusan ku pada masa akan datang..
Agar aku akan dapat terus menyenangkan hati mereka yang dulunya tak pernah jemu menyenangkan hatiku...
Amin...




Khamis, 11 Ogos 2011

RaMaDhaN & SYaWaL TaNPa Dia


Dia yang Eyza maksudkan ialah my adeq kecik iaitu...


Sedih sebab walaupun dia bukan banyak membantu sangat ketika mengemas rumah..
Tapi dek kerana keletahnya yang seperti "tak betul" tu selalu buat mak & Eyza ketawa..
(haha...adik, sorry Along ngumpat kamu..lalala)
Tapi lagi sedih sebab Eyza tak boleh la nak kerah tenaga dia lebih sikit raya tahun ni...
Yang bestnya selamat la duit raya Eyza..Hahaha..

Kenangan raya 2010 bersama adik...





SuKa MeMaSaK Di KaLa RaMaDHaN ~~~ Wheee


Ramadhan kali ni Eyza seperti didatangi keazaman yang baru...
Chewah..
Semakin rajin memasak...
Haha...rahsianya sebab Eyza memang kurang rajin memasak..
Tiba-tiba aje datang keinginan nak memasak makanan berbuka..
Mencuba-cuba jaya...
Sebab selama ni Eyza hanya jadi "pembantu chef" aje kepada mak...
So, setakat ni dah macam-macam dimasaknya...
Kue Teow Kung Fu..
Mee Hailam...
Roti John...
Mihum Tom Yam..
Mee Goreng...
Nasi Goreng Kerabu..
dan macam-macam lagi...

Mungkin lepas ni nak cuba buat sendiri :

1. Nasi Ayam
2. Soto Nasi
3. Nasi Goreng Paprik

Manakala, makanan yang teringin Eyza nak buat adalah Spageti...
Sebab dah lama tak buat spageti..
Semalam ada amek resepi dari blog mama Hanis Zalikha..
So, nak cuba spageti resepi beliau pula..
Hehe...praktis & terus praktis sebagai persediaan ke alam perkahwinan...
(^_^)V



ReZeKi RaMaDHaN ~~~ MY First TiMe BE


Malu sebenarnya nak share berita ni..
Tapi tebalkan muka kerana mahu kongsi kegembiraan bersama kamu semua..
Eyza dapat BE untuk pertama kalinya...
Ya Allah, macam susah nak percaya...
Sebab sejak bekerja Eyza jarang update blog..
Maklumlah belum pandai bahagikan masa lagi...
Tapi Alhamdulillah...
Akhirnya Nuffnang yang baik hati bagi Eyza BE..
Oleh itu, Eyza berazam mahu update blog & tingkatkan trafik...
Fighting!!!



...suka..suka..suka...

Sabtu, 6 Ogos 2011

LaGu KeSuKaaN SaYa TiKa iNi!!!!

Lagu kesukaan Eyza tika ini ialah :

BERIBU SESALAN

Nyanyian penuh syahdu dari gandingan mantap Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah..
So, saja je nak kongsikan lirik lagunya di sini...
Siapa suka lagu ni, sila angkat tangan...
Wah, ramainya yang angkat tangan...
Suka..Suka..Suka...

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku


PuTuS TuNaNg???


Sejak dua menjak ni dah dua kes putus tunang selebriti yang kita dengar...

Satunya, Apek & Elia


Keduanya, Ally Iskandar & Aishah


Memandangkan mereka ni orang popular maka kisah putus tunang mereka menjadi tatapan masyarakat...
Walhal sebenarnya kalau dalam masyarakat biasa banyak lagi kes putus tunang, cerai-berai..
Tapi itulah dugaan yang perlu mereka tanggung bila jadi selebriti...

Eyza doakan agar mereka yang di atas terus tabah menghadapi segala liku-liku perjalanan untuk mencari kebahagiaan dalam hidup..
Bak kata berikut:

"Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA."