Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 21 Ogos 2011

BeRBuKa Di PeRanTaUaN ~~


Puasa pun tinggal 9 hari saja lagi..
Sekarang baru terhegeh-hegeh nak upload gambar juadah berbuka sepanjang 2011..
Berbuka di perantauan..
Jauh dari keluarga tercinta..
Chewah...
Paling best memori berbuka adalah bersama kawan di Serting masa awal Ramadhan
dan
semalam saat berbuka bersama beberapa pelajar..
Dorang sibuk tanya cikgu bila nak buka sama, bila nak buka sama..
Sajalah tu nak merasa air tangan cikgunya..
So, semalam dapatlah berbuka bersama..
Hidangan simple saja..
Mee goreng + ayam goreng berempah + popia otak2 + sedikit kuih-muih + air sunquick ais + teh o suam
Gambar tak banyak ambil..
Ambil gambar makanan saja, sebab masing2 tak bertudung..
Biarlah gambar takde tapi kenangannya tetap dalam ingatan..



: sebelum dan selepas berbuka puasa :

Eyza sangat bahagia bila tengok dorang makan bertambah..
Walaupun hidangan tak seberapa..
Tapi Alhamdulillah dapat mengenyangkan dorang..
Gambar2 lain pula hidangan saat berbuka sendiri..
Tak ingat tarikhnya bila..
Pakai upload sajalah ya..


: jemput2 pisang + nasi putih + paprik ayam + telur dadar :


: mee goreng :


: kue teow kung fu :


: rendang daging + nasi impit (belum potong) + jemput2 ikan bilis + popia + teh susu :


: nasi goreng kampung + ayam goreng kunyit :


: nasi lemak + sambal udang + telur goreng :

Ada banyak lagi yang Eyza masak tapi tak ambil gambar..
Semua persediaan nak bergelar "isteri"..
Sebabnya sebelum Eyza selalu tolong mak saja..
Maksudnya memang selalu ke dapur tapi mesti ada mak..
So, bila dok sendiri ni tibalah masanya nak mencuba kemahiran..
Hoohoho...

Tiada ulasan: