Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 31 Oktober 2010

SuKa SaMa TeMaN BiCaRa


Hari itu Eyza ke Facebook milik Erra Fazira...
Dan dia ada tanya tentang lagunya yang kami suka..
Eyza saja nak kongsikan di sini...
Lagu Erra yang sangat Eyza suka bertajuk

"TEMAN BICARA"

Pernah dengar tak lagu ini???
Siapa suka sama lagu ini juga, sila angkat tangan...
Apa???
Tak ada yang suka ek..huhu 
Okey, faham Eyza dah melalut sangat...
Eyza cuma nak kongsikan liriknya di belog Eyza...
Selamat membaca liriknya sahaja...

Bukan sekali bukannya dua 
Telah sering kita berjumpa 
Belum pernah tertarik rasa 
Kita sekadar kawan biasa  

Aku kenali siapa dirimu 
Kau pun tahu siapa diriku 
Kerna engkau teman bicara 
Antara kita tiada rahsia  

( korus ) 
Tiba-tiba ku lihat sikapmu 
Tidak seperti dulu 
Terhadapku kau menaruh hati 
Sejak bila tak ku sedari  

Tiba-tiba ku rasa diriku 
Tidak seperti dulu terhadapmu 
Ku menjadi resah 
Sering kehilangan kata-kata  

Kini bila bertentangan mata 
Bergementar seluruh anggota 
Entah mengapa tiada ku tahu 
Berdepan denganmu ku terasa malu
 
Credit to mayaolineshop



CeLoTeH EyzA : Suka ke Facebook Erra, sebab suka tengok gambar-gambar anaknya si comel Aleesya tu...hehe



Khamis, 28 Oktober 2010

Dia YaNg Ke-100



Pertamanya, sebelum perkenalkan insan bertuah ke-100 yang menjadi follower belog Eyza...
Eyza ucapkan jutaan terima kasih pada follower ke-51-99...
Tanpa kalian, tidak akan cukup jumlah ini menjadi 100...


Baiklah, tanpa membuang masa lagi (skemanya la Cik Eyza ni)..
Dia yang ke-100 ialah belog



3 Perkara Tentang Tuan Empunya Belog yang katanya banyak songeh ini..hehehe

  1. Orangnya comel molek, manis wajahnya (serius Eyza suka tengok gambar kat header dia tu)
2. Belognya simple but very nice (ini pendapat peribadi ok)

3. Sedang anjurkan giveaway yang tersangat menarik...(Eyza mahu join, harap berkesempatan buat entrynya sebelum tarikh tutup)


Okey, cukup setakat ini sahaja..kalau nak tahu lebih mengenai Cik Anita silalah ke belog beliau..hehe


CeLoTeH EyzA : Kawan-kawan, yok berblogwalking...



CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty in Ugly


Tempoh hari sewaktu berjalan-jalan melawat blog kawan-kawan...
Terjumpa contest ini...
Sememangnya tersangat menarik dan Eyza ingin cuba nasib...
Tapi dalam sibuk dengan urusan lain terlupa pula hendak buat entrynya..
Nasib baik tuan punya penganjur contest sudi datang belog saya dan ingatkan pasal contest ini...
Terima kasih buat E.d.Y
Bagi yang berminat untuk menyertainya, silalah klik SINI

Pilih punya pilih...
Eyza pertaruhkan nasib dengan gambar ini..chewah...

Harap gambar ini dapat diterima dan bawa tuah pada Eyza...hehehe..
Eyza memang suka saat-saat masa gambar ini diambil...
Kami baru sahaja duduk di tempat duduk selepas berarak masuk..
Semua kawan-kawan AT32 (Pendidikan Sejarah) bergenang air mata..

 Siapa sangka kami yang selalu kecoh dengan gelak tawa..

Rupanya dalam hati memang bertaman...huhu

Okeylah...saja nak kongsi dengan kawan-kawan..ini hadiahnya


* Menarik kan???
Tapi nak kena tag kawan-kawan, ini kawan-kawan yang Eyza pilih (harap kalian join juga nanti):
  1.  Cik Khilkhir
  2. Fizizana 
  3. Cikgu Iera 
  4. kawan-kawan yang singgah belog Eyza...



    Rabu, 27 Oktober 2010

    JuJuRLaH PaDaKu


    Tadi semasa berblogwalking..
    Jumpa entry pasal auto-blogwalking...
    Ramai blogger lain yang dah keluarkan entry mengenai masalah ini..
    Jadi, Eyza ingin uar-uarkan di sini..
    Pada kalian yang sudi singgah di blog Eyza yang biasa-biasa ini...
    Tolong tinggalkan jejak anda bersama smiley sekali boleh???
    Sebab mereka yang pro kata ada smiley antara bukti bukan autoblogwalking..
    Software autoblogwalking tiada smiley...
    ***Tapi tak tau la pula kalau dah ada yang terlebih maju..
    Buat mereka yang terlibat dengan benda alah itu...

    JUJURLAH PADAKU..

    kerana

    CeLoTeH EyzA : Eyza dahlah memang jarang dapat blogwalking, tapi biasanya Eyza akan balas kunjungan setiap visitor...kecewanya kalau belog Eyza pun ada yang hanya guna software tu...


    Selasa, 26 Oktober 2010

    BuNga KeSuKaaN SaYa!!!

    Konvo pun dah hampir dua minggu berlalu...
    Segala bunga dan pemberian ketika konvo telah pun menjadi seperti di bawah:


    Huhu..sayangnya bunga ros pun dah tak segar..
    Sebab itu Eyza kurang minat  bunga segar...
    Setiap orang berlainan minatnya kan...
    Tapi kalau dah orang bagi Eyza bunga takkanlah nak kata:
    "Eh, saya tak suka bunga-bunga segar ni!!!"
    Hahaha...sangat biadap kalau kata begitu...
    Cerita pasal bunga ni, Eyza sebenarnya adalah peminat bunga tulip...
    Tak tahulah kenapa..
    Tak ada sebab yang spesifik pun suka bunga ni...
    Yang Eyza tahu, bila tengok je bunga tulip ni rasa suka sangat...



    Cantik kan bunga tulip ni...
    Antara negara yang terkenal dengan bunga tulip ialah Belanda...
    Harapnya pada masa akan datang ada rezeki Eyza nak ke sana..
    *Tapi sebelum melancong ke luar negara, Eyza mahu habiskan keliling negara sendiri dahulu




    CeLoTeH EyzA : Ada tak kawan-kawan yang juga suka bunga tulip????


    Isnin, 25 Oktober 2010

    SaKiT KePaLa



    Sejak dua menjak ni Eyza selalu saja sakit kepala..
    Berdenyut-denyut kepalanya...
    Migrainkah???
    Kena pi jumpa en.doktor ni...
    Pagi ni kepala sakit lagi...
    Nak berblogwalking pun rasa tak seronok...
    Badan pun dah lemah saja..
    Seperti mahu demam pula...
    Tambah pula dengan cuaca di Felda Bukit Easter yang suram...
    Diri terasa seperti mahu baring berehat-rehat...
    Tapi tak boleh!!!!!
    Kerja-kerja rumah belum selesai lagi...
    Okeylah, Eyza mahu selesaikan dulu membasuh baju yerk..
    InsyaAllah nanti lepas selesai semua dan rasa sakit dah kurang...
    Eyza akan kembali berjalan-jalan melawat blog kawan-kawan semua...


    *Pening pun, sempat juga gi Google jap tadi..

    Ahad, 24 Oktober 2010

    ObSeS KoT....


    Ini bukanlah cerita Eyza obses dengan apa..

    Tapi cerita obses si Putam a.k.a "my 101 dalmations cat"...

    Sape yang lum tau nape Eyza gelar Putam 101 dalmations sila klik SINI

    Hahaha...jeng jeng jeng...

    Ini dia obsesi si Putam..

    Ada siapa di dalam ini????


    Eh, dah nampak ekor dia la...

    Taraaa...hai semua, Putam di sini....

    Mari berguling-guling...

    Tengok kamera Kak Eyza kejap...

    Sambung main lagi...

    Koyak sudah plastik...

    Comel tak saya??

    Sudah penat bermain plastik, sekarang masa untuk berehat..hehe..

    CeLoTeH EyzA: Putam kesayanganku...


    Sabtu, 23 Oktober 2010

    Extreme Cheesy 6 Pizza MeMaNg eNaK!!!!

    Seperti biasa setiap hari Jumaat Eyza akan ke bandar Kota Tinggi untuk berbelanja barangan basah untuk berniaga. Semalam sebelum berbelanja, Eyza dan mak ke Pasir Gudang untuk mengambil Adik Ain yang pulang bercuti di kala "study week". Sebaik sahaja Adik masuk ke dalam kereta, dengan terujanya dia berkata:

    "Mak, jom makan pizza!!!!"

    Dia sememangnya seperti sudah merancang untuk memujuk mak membelikannya pizza terbaru dari Pizza Hut iaitu Extreme Cheesy 6 Pizza. Eyza ni bukanlah peminat setia Pizza Hut, rasanya masuk kali ini baru dua kali beli pizza kat Pizza Hut Kota Tinggi...huhu.





     Okey, selepas selesai berbelanja di Econsave Kota Tinggi, kami terus sahaja ke Pizza Hut Kota Tinggi. Oleh sebab sudah lewat petang, Eyza dan Adik setuju untuk beli yang take away saja. Kami pilih Cheesy 6 Pair Deals iaitu Cheesy 6 Hawaiian Chicken + Pan Pizza Pepperoni Delight + 4pcs Honey BBQ Wings + 1 soup. 

    Hanya tunggu 15 minit dan dapat pizza yang kami order, terus ke kereta dengan tersenyum lebar. Yeay, dapat makan pizza. Masuk sahaja kereta, Adik terus bukak dan semerbak bau memenuhi kereta. Makan dulu seorang satu Pepperoni Delight. Wah, memang sedap. Sambil makan Adik seronok bercerita tentang keju. Al-maklumlah, dia belajar Perhotelan dan Katering. 

    Adik beritahu Eyza dan Mak yang tengah seronok makan pizza, "Yang wat jadi cam chewing gum tu sebab ada keju mozzarella". Okey, dah dapat satu ilmu mengenai keju. Ini baru makan Pepperoni Delight sudah syok, belum lagi merasa Hawaiian Chicken Cheesy 6 Pizza. Dalam Cheesy 6 Pizza ini ada 6 jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar, Parmesan, Provolone, Monterey Jack dan Romano. Secara jujurnya dari 6 keju tersebut Eyza cuma pernah dengar Mozzarella, Cheddar dan Parmesan..hoho. Jadinya, terima kasih untuk Pizza Hut ya..kalau mereka tidak perkenalkan Extreme Cheesy 6 Pizza ini tidaklah Eyza tahu jenis-jenis keju yang lain.
    Dalam kereta sudah habis 4 keping pizza, yang lainnya sambung makan di rumah. Sampai rumah, masuk oven dan nyum..nyum..makan pizza lagi. 


    Sememangnya enak!!!!Teruja untuk merasainya lagi.....



    Khamis, 21 Oktober 2010

    K.O.S.O.N.G

    Masuk hari ini dah dua hari...

    Otak kosong tanpa idea...

    Jadinya tiada entry baru...

    Aduyai...ke mana menghilangnya dikau wahai idea-idea bernas lagi mantopp...

    Tengok blog lain, hati penuh cemburu huhu...

    Moga dikau akan datang nanti...

    Anyway, keep smiling everyone!!!!


    Selasa, 19 Oktober 2010

    aSMaRa oH aSMaRa

    Opss ini bukan kisah asmara Eyza...hehe. Mesti ramai orang lain yang setia mengikuti drama Asmara di Slot Lestary TV3 kan...Eyza pun mula mengikuti sedangkan sebelum ini tengok gitu-gitu saja.Seingat Eyza, kali terakhir Eyza mengikuti drama secara konsisten adalah drama Adamaya lakonan si somel Mia dan si cantik Lisa Surihani.Setelah sekian lama tak tengok sangat drama Melayu (jangan anggap Eyza tak sayang Malaysia ok), drama Asmara ini kiranya menarik jugalah untuk ditonton.


    Tambahan pula, heronya si Shahz Jaszle sangatlah memikat sukma...chewah...hohoho.Watak Zalia yang dilakonkan oleh Faezah Elai pun memang best, sesuai dengan dia.So, mari kita beramai-ramai menonton drama Asmara ini, sambil menonton kita hayati dan ambil iktibar daripada kisah tersebut. InsyaAllah.


    CeLoTeH EyzA ~~~ Mampukah saya menjadi isteri yang baik???InsyaAllah...

    MaCaM-MaCaM HaLNya TiKa KoNVo

    Orang pergi konvo biasanya semua cerita-cerita indah belaka..
    Yup, memang hari berkonvo adalah hari bahagia..
    Tapi dalam bergembira tu ada juga kisah lainnya...
    Ada dua kisah lain yang berlaku..
    Satu semasa di Tg Malim dan satunya lagi ketika pulang ke Johor..
    Kisah pertama ialah KERETA ROSAK..
    Benda ni jadi sebaik sahaja lepas makan-makan setelah selesai berkonvo...
    Tension deh kereta boleh buat hal pula..
    Sudahlah masa tu badan penat & ingat nak balik berehat saja..
    Sabar ajelah..huhu
    Aiyak, setelah mekanik datang rupanya bateri kereta kong..
    Adeh, melayang duit RM100++..
    Inilah padahnya kalau tak periksa keadaan kereta betul-betul sebelum berjalan jauh...

    Kisah kedua pula berlaku semasa Eyza dalam perjalanan untuk pulang ke Johor..
    Eyza dan mak singgah mengisi minyak di Sungai Buloh..
    Dan juga pergi ke tandas sebelum teruskan perjalanan..
    Masuk saja tandas & nak tutup pintu..
    Zap...jari rasa sakit..
    Ya Allah, ada PENYENGAT yang sedang bertenggek di tombol pintu rupanya...
    Dalam sakit-sakit tu sempat juga Eyza bunuh penyengat itu..
    Mak Eyza lagilah terus saja keluar ingatkan Eyza jatuh tergelincir..
    Menangis + meraung Eyza sementara tunggu mak Eyza lepaskan hajatnya..
    Ini pertama kali Eyza kena penyengat..
    Dalam kereta, sapu sajalah krim yang ada..
    Menahan sakit dari Sg Buloh hingga ke Kota Tinggi..
    Jari telunjuknya pun semakin membesar..
    Dahlah jari Eyza memang tembam belaka..hoho
    Mak pula boleh gelak tengok jari Eyza yang membengkak tu..

     Baru kena

     Makin merebak racunnya


     Tapak tangan sudah membesar (mak kata cam tangan Erra dalam cite Cinta Kolestrol..haha)

    Sampai saja ke Kota Tinggi, terus pergi klinik..
    Mula-mula ke Klinik Keluarga tapi mak ai ramai yang amat sedang menunggu..
    Kami ke Klinik Dhillon..
    Doktor bagi suntikan kat Eyza dan ubat...
    Keluar duit lagi RM45..
    Huhu...sabar ajelah...
    Sekarang dah ok tapi kena habiskan juga antibiotik yang doktor bagi..

    Isnin, 18 Oktober 2010

    KeNaNgaN 141010

    Berakhir sudah konvokesyen Eyza pada 141010..
    Mungkin sekarang seperti terlalu lambat untuk update pasal kenangan konvo..
    Tapi kesibukan membataskan diri untuk online & berblogwalking...
    Kenangan 141010 terlalu indah..
    Tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
    Saat berarak masuk ke dalam SITC..
    Air mata mengalir..
    Sebak ada, bangga pun ada..
    Akhirnya Eyza sudah bergelar graduan..
    Ijazah sudah dalam genggaman..
    InsyaAllah kerjaya juga akan bermula tak lama lagi..
    Kegembiraan, kesedihan semua bersatu pada hari bersejarah ini..
    Kenangan yang akan kekal terpahat untuk selamanya...

    Air mata gembira seorang graduan






    CeLoTeH EyzA ~~ Nanti Eyza update lagi gambar-gambar lain...mahu kongsikan bersama anda semua.

    Rabu, 13 Oktober 2010

    TiaDa SeLaMa 3 HaRi

    Esok Eyza akan bertolak ke Tg Malim..
    Sebab 14hb hari Khamis ini Eyza akan bergraduasi..
    Akhirnya setelah 4 tahun, dapat juga Eyza terima ijazah..
    Walaupun bukan kelas pertama, Eyza bersyukur sangat...

    Eyza akan berada di bumi ilmiah sana selama 3 hari 2 malam...
    Doakan Eyza selamat sampai ke sana & pulang ke Johor semula ye kawan-kawan..
    Nanti dah balik Johor semula..
    Eyza update lagi dengan cerita-cerita tika berkonvo..
    Harap-harapnya masih ada yang sudi menjengah blog biasa ini sepanjang Eyza cuti berblogwalking...
    Hehe...



    Isnin, 11 Oktober 2010

    Al-Fatihah Buat Sahabat UPSI ~~ Kemalangan 10.10.10

    Dalam bergembira kerana semalam tarikh cantik 10.10.10..
    Eyza dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri..
    Kemalangan yang berlaku di highway dekat Melaka..
    Melibatkan dua buah bas, 3 kereta dan 1 van..
    Dengar berita tersebut membuatkan hati gerun...
    Hanya mampu mendoakan agar roh mereka yang pergi tenang...

    Tapi pagi tadi buka sahaja Facebook...
    Eyza terbaca post seorang teman..
    Rupanya ada teman seUPSI yang turut terlibat dalam kemalangan semalam...
    Al-fatihah buat arwah..
    Eyza tak berapa kenal dengan arwah...
    Tapi kawan baik Eyza mengambil minor Teater sama dengan arwah..
    Jadi nama arwah memang selalu Eyza dengar...
    Jumpa pun walau tak berbual tapi pernah melihatnya..
    Teman Eyza ceritakan arwah sangat bersemangat semasa mencuba jubah yang diambil pada minggu lepas..
    Tapi ajal maut di tangan Allah..
    Moga roh arwah dan yang ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..

    Buat diri rasa hina..
    Masih banyak yang perlu diperbaiki...
    Seringkali terlalai dalam menjadi hamba-Nya..





    Ahad, 10 Oktober 2010

    10.10.10

    Tarikh chantek untuk tahun ini telah tiba..

    10.10.10

    Jatuh pula pada hari Ahad, confirmlah ramai yang kahwin pada hari ini..
    Yang dinanti-nanti tentunya perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina..
    Tak sabar rasanya nak tengok siaran langsung melalui Nona di TV3 nanti...
    Yok kita tengok sama-sama nanti ye...


    Gambar kat atas ni antara yang Eyza suka..banyak lagi gambar cantik yang boleh kita tengok kat khairulhazwan dan candidsyndrome..

    Dah ramai pun yang post entry pasal perkahwinan kedua merpati sejoli ini..
    Mana tidaknya, tarikh dahlah cantik..
    Konsep perkahwinan pula memang gempak iaitu konsep istana kayangan (tradisional + dongeng)...
    Gambar pre-wedding tersangatlah special..
    Jemputan pun bukan calang-calang orang..
    Door girf untuk VVIP barangan kristal ye..
    Macam-macam lagilah yang hebat-hebat...
    Semua tu tentunya dah buat orang biasa-biasa seperti Eyza ni teruja...

    Tapi yang lebih penting..
    Orang biasa-biasa yang juga kahwin pada hari ini..
    Tentunya akan bangga kerana tarikh majlis mereka sama dengan selebriti..hehe

    Mari kita ramai-ramai..
    (Maksud Eyza bagi yang belum kahwin ye)
    Tarikh tahun-tahun depannya ada juga..

    11.11.11

    12.12.12

    Tentu ada kawan-kawan & blogger yang akan pilih tarikh di atas...
    Nantikan saja kejutan untuk tahun depan..
    Tapi Eyza suka tarikh yang ini..

    20.11.2011

    Ok tak????



    CeLoTeH EyzA ~~ Haha..so sengal la Eyza ni, kerja pun belum tapi tarikh sudah pilih...berangan je kerjanya Eyza nih..huhu

    Sabtu, 9 Oktober 2010

    EMAS lagi ~~~ Alhamdulillah

    Eyza baru saja habis tengok perlawanan badminton pasukan Malaysia..
    Alhamdulillah, kejayaan milik kita...
    Satu perlawanan yang sangat menarik..
    Kasihan melihat Mew Choo menahan kesakitan untuk teruskan ke game ke-3..
    Dia kalah tapi Eyza faham dia sakit...
    Kembali bersemangat bila beregu lelaki beraksi...
    Wah, sungguh tangkas dan lincah...
    Dan akhirnya emas menjadi milik kita..

    EMAS 
    ~ Malaysia

    PERAK 
    ~ India

    GANGSA 
    ~ England


    Tahniah juga buat Ratu Skuash kita, Nicol David....



    Tapi England memang hebat sebab untuk Skuash lelaki..
    England sapu semua pingat...
    Walla ~~~


    CeLoTeH EyzA ~~ Menantikan emas-emas yg berikutnya untuk dituai oleh kontinjen kita...


    Jumaat, 8 Oktober 2010

    Dia YaNg Ke-50

    Alhamdulillah, akhirnya sudah ada 50 followers...


    Walaupun jumlah ini bukanlah seberapa jika nak dibandingkan dengan blog-blog lain yang lebih best...
    Tapi asalkan Eyza sangat gembira, cukuplah...


    Dia yang ke-50 tersebut ialah ~~~~>


    3 hal tentang blog mummynemo :

    1. merupakan orang Sabah (Sabahan Blogger)

    2. ada anak yang dipanggil nemo

    3. rasanya peminat warna biru kot hehe... sebab blognya warna biru (betul ke ellen??)


    "Segalanya bermula di sini, Persahabatan Tercipta, Kasih Bersemi" 

    CeLoTeH EyzA ~~ Thanx buat anda2 yang mencukupkan jumlah tersebut kpd 50...moga ukhwah sesama blogger berkekalan...shalalala ~~ hati manyak senang maa

    Khamis, 7 Oktober 2010

    RiNDu NaK TeNgOk TeaTer

    Siapa kat sini suka tengok teater?????

    Eyza ni suka juga la tengok teater, tapi tengok dulu pun tika belajar kat UPSI saja. Teater yang pelajar minor teater anjurkan. Teringin juga nak tengok teater kat Istana Budaya tapi tak pernah berkesempatan. Teater terbaru ialah  Teater Muzikal Tun Mahathir, teringin nak tengok tapi dah jauh di Kuala Lumpur maknanya memang tak dapatlah nak tengok.



    Eyza yang kuat berangan ni sebenarnya kan dah berimpian bila dah berkeluarga nanti nak ajar anak-anak pergi tengok teater...hehe. Jauh dah kan Eyza berangan..huhu.

    Tapi sebenarnya dalam kita berhibur melalui teater, perlu juga kita tahu kedudukan teater menurut Islam. Di sini Eyza kongsikan sekali maklumat daripada JAKIM mengenai kedudukan teater menurut pandangan Islam:

    Teater dimaksudkan dengan lakunan di atas pentas untuk mencapai sesuatu tujuan dalam teater. Hukumannya adalah harus pada asasnya, keharusan itu tertakluk kepada beberapa syarat tertentu seperti berikut:
    1. Hendaklah teater itu bertujuan untuk membina syahsiah manusia dan memberi pengajaran yang baik, khususnya membina aqidah yang sempurna di samping menanam nilai-nilai murni;
    2. Hendaklah tidak ada percampuran antara lelaki dengan perempuan dalam teater itu. Sekiranya ada, hendaklah pada sempadan yang diluluskan oleh syarak;
    3. Tidak menggambarkan pergaulan bebas yang boleh merosakkan nilai-nilai murni;
    4. Tidak meniru teater-teater barat yang lebih membawa kepada tujuan perleseran dan hiburan yang murah;
    .5.Tidak boleh diadakan teater untuk melakonkan syahsiah yang agong seperti ambiyak dan rasul-rasul;
    6. Hendaklah senikata senario teater itu membawa kepada kebaikan masyarakat manusia, menanam budi yang luhur dan menjaga keindahan bahasa dengan tidak menyebut perkataan-perkataan yang lucah atau membawa perkataan-perkataan syirik kepada Allah swt. dan sebagainya;
    7. Hendaklah pakaian yang dipakai kepada pelaku-pelaku atau pelakon-pelakon dalam teater itu bersopan santun dan mematuhi kaedah-kaedah pakaian dalam hukum syarak. 
    Maklumat mengenai fatwa yang boleh didapati  di Portal Rasmi Fatwa Malaysia
    Jika dinilai dari maklumat di atas, memang banyak yang perlu diubah agar teater dapat menjadi satu alat yang benar-benar berfungsi dalam menyampaikan ilmu. Hmmm...terasa seperti nak muhasabah diri pula, kerdilnya rasa diri..terlalu banyak yang diabaikan.

    CeLoTeH EyzA ~~~ Tiba-tiba teringat kenangan bersama geng produksi Kelek...kami cadang mahu persembahkan teater tapi akhirnya terhenti di pertengahan jalan disebabkan kekurangan bajet...

    Rabu, 6 Oktober 2010

    TaHNiaH BuaT SiNaR.FM

    Wah, Sinar.FM memang mantap sebab telah dinobatkan Radio No.1 di Malaysia dua kali berturut-turut. Mereka memang layak terima gelaran tersebut. Sekarang Eyza suka dengar Sinar.FM, walhal masa awal-awal Sinar.FM tak suka pun fikir lagu-lagu lama bosan. Tapi sekarang, dah memang suka dengar celoteh DJ Sinar.FM yang sangat best. Pagi-pagi dengar celoteh Kak Engku, Sallih Yaacob dan Khairil memang menghiburkan. Bagi Eyza, lawak mereka tak syok sendiri macam sesetengah DJ radio lain. 

    Gambar : KOSMO

    Semoga Sinar.Fm terus unggul dan muncul dengan idea-idea baru yang best untuk berceloteh...Keep it up, Pak Tam.




    CeLoTeH EyzA ~~ Sebenarnya suka juga dengar Hot.FM, tapi siaran kat Kota Tinggi tak clear..ada kat sini orang Kota Tinggi???Agak-agak Hot.FM tau tak ek siaran mereka tak berapa elok kat tempat Eyza...

    oRaNg LaiN YaNg DiKoMeN, aKu YaNG PANAS!!!!

    Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 telah pun bermula sejak perasmian pembukaan 3 Oktober yang lalu.
    Biasalah adat pertandingan ada kalah, ada yang menang.
    Ada yang gembira, ada yang menangis.

    Kalau ada acara sukan besar seperti Komanwel, Sukan Asia, Sukan Olimpik, dan yang sewaktu dengannya, antara mereka yang paling sibuk tentunya wartawan sukan di dada akhbar.
    Pembaca tentu ternanti-nanti berita sukan yang dilaporkan.
    Setiap kali ada pertandingan sukan, memang begitulah rutinnya.
    Tapi satu yang selalu buat Eyza panas.
    Kalau pemain Malaysia menang atau menjuarai satu-satu acara, bukan main melambung lagi pujian.
    Tapi bagi yang kalah, aduyai ayat-ayatnya memang "indah-indah belaka".
    Haha..Eyza yang baca Eyza yang jadi panas hati padahal bukan Eyza yang masuk acara pun.
    Tapi nak buat macam mana, kan dah tugas wartawan.
    Sama je macam wartawan hiburan, itu tugas mereka nak laporkan gosip & kontroversi.
    Kalau tak ada wartawan mana best, hilang serinya nanti.


    Apa pun, selamat maju jaya buat semua wakil Malaysia.
    Kalah atau menang tidaklah penting, yang penting perlu usaha dengan gigih.
    Tak lupa juga tahniah buat Amirul Hamizan yang menang emas pertama buat Malaysia.





    CeLoTeH EyzA ~ Teringat pula seronoknya masa Komanwel di Malaysia dulu..ternanti-nanti bilalah lagi Malaysia nak jadi tuan rumah lagi. Love My Malaysia!!!

    TaK MaMPu DaH!!!!


    sekian, sampai sini sahaja perjuangan untuk hari ini.

    sambung esok pagi.

    nak zzzzzzzzzzZZZZzzzZZZ!!!!


    Selasa, 5 Oktober 2010

    Si PuTaM ~~ 101 Dalmations

    Si Putam...
    Kucing Eyza yang merupakan anak kepada Chiki. Putam ni memang macam-macam ragam dia. Aksi-aksi dia memang menghiburkan. Putam ini betina sebenarnya, tapi masa dia kecil dulu, kami sekeluarga ingatkan jantan, bagilah nama Putam. kalaulah Eyza tahu dari awal dia betina, takkan Eyza bagi nama dia PUTAM. Perangai pun dah jadi ala-ala tomboi, tak ada langsung gaya keanggunan kucing betina macam mak dia si Chiki tu. Abah Eyza panggil dia, tomboi..huhu. Abah tu memang suka-suka je tukar nama kucing yang kitorang dah bagi. Anak si Chiki yang baru tu, Eyza dengan Adeq Ain namakan Mimi...suka-suka je Abah tukar jadi Memey. Alasannya sebab si Mimi tu dah perangai macam Memey, asyik mengiaw je..kememeh sangat. Gasaklah abah oi..Memey pun Memeylah.

    Suka sangat dengan Putam sebab bulunya yang putih dan ada tompok-tompok hitam. Dulu kan masa zaman kanak-kanak suka tengok cerita 101 Dalmation, yang anjing warna putih tompok hitam. Mula dari situ suka sangat anjing macam tu, tapi kita orang Islam mana boleh bela anjing dengan tujuan untuk saja-saja macam bela kucing. Tup tup dapat plak kucing warna putih tompok hitam cam Putam. Kiranya tercapai jugalah angan-angan masa kecil tu...hehe.


    Ingat nak cerita panjang pasal Putam tapi Eyza dah kena siap-siap nak pergi kedai. So, sambung lain kali lah ye..InsyaAllah


    Baru lepas mandi dah main kat luar, bulu putih jadi kuning semula...geram betul.


    Aksi protes bila Eyza sibuk dengan laptop & tak layan dia...



    Dua gambar kat atas ni masa Eyza sibuk kemas rumah nak raya, dia pun menyibuk nak tolong tapi tolong kotorkan semula pakaian bersih..Putam oh Putam..


    CeLoTeH EyzA ~~ Kalau cerita bab kucing..Eyzalah orang paling semangat..haha..sangat sukakan kucing.