Halaman

Ahad, 3 Oktober 2010

TeRLeBiH BeRaNgaN SuDaH ~~~

Tajuk yang memang sesuai untuk Eyza...hahaha, memang kuat berangan. Baru saja lepas belek-belek majalah InTrend keluaran Oktober 2010 yang Vanidah Imran bergincu merah jadi penghias sampul depan ~~ walla.. merah mengancam. Belek punya belek terpandang ruangan tentang Diamond & Platinum Special. Wah, terujanya tengok cincin-cincin tersebut. Bila dah teruja, mulalah berangan mengimpikan cincin tersebut tersarung di jari montel ku ini. Tengok tuh, walhal kerja belum confirm dapat lagi berangannya dah terlebih-lebih. Tapi ingat pada kata-kata seorang cikgu masa sekolah kat Tun Habab dulu, semuanya bermula dengan angan-angan. Berangan nak jadi pelajar cemerlang sekolah dah tercapai, berangan nak masuk universiti dah terjadi, berangan nak jadi cikgu yang sporting hampir-hampir akan terealisasi (betul ke Eyza eja ni)...jadi sekarang berangan nak miliki cincin tersebut di hari pernikahan yang entah bila akan berlangsung. Okey, berangan dan mula berusaha untuk dapatkannya. Oh, tidak....kena berusaha dengan gigih ni....Chayok!!! Chayok!!!

"Tiada pemberian terbaik dapat mengabadikan cinta paling tulen, pada hari paling bersejarah. Dengan Diamond & Platinum, cintamu mengerdip di jari manismu. Abadi."

Wah, ayat jual barang dia...hehe. Koleksi "Pure Love" menjadi pilihan Intrend. Eyza memang suka dengan cincin dalam koleksi tersebut. Tapi koleksi "Promise" dan "Unity" pun ok juga. Okey, sekarang cuci-cuci mata dulu. Nanti dah kerja, baru boleh berangan sambil berusaha mendapatkan salah satu dari koleksi tersebut. 

Koleksi "Pure LoVe"

Koleksi "Promise"

Koleksi "Unity"


Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut mengenai Diamond & Platinum bolehlah ke laman webnya Diamond & Platinum atau Facebook Diamond & Platinum ~~~~ (^_^)V

Tiada ulasan: