Halaman

TeRiMa KaSiH DaTaNG BeLoG BiaSa iNi

Selasa, 5 Oktober 2010

Si PuTaM ~~ 101 Dalmations

Si Putam...
Kucing Eyza yang merupakan anak kepada Chiki. Putam ni memang macam-macam ragam dia. Aksi-aksi dia memang menghiburkan. Putam ini betina sebenarnya, tapi masa dia kecil dulu, kami sekeluarga ingatkan jantan, bagilah nama Putam. kalaulah Eyza tahu dari awal dia betina, takkan Eyza bagi nama dia PUTAM. Perangai pun dah jadi ala-ala tomboi, tak ada langsung gaya keanggunan kucing betina macam mak dia si Chiki tu. Abah Eyza panggil dia, tomboi..huhu. Abah tu memang suka-suka je tukar nama kucing yang kitorang dah bagi. Anak si Chiki yang baru tu, Eyza dengan Adeq Ain namakan Mimi...suka-suka je Abah tukar jadi Memey. Alasannya sebab si Mimi tu dah perangai macam Memey, asyik mengiaw je..kememeh sangat. Gasaklah abah oi..Memey pun Memeylah.

Suka sangat dengan Putam sebab bulunya yang putih dan ada tompok-tompok hitam. Dulu kan masa zaman kanak-kanak suka tengok cerita 101 Dalmation, yang anjing warna putih tompok hitam. Mula dari situ suka sangat anjing macam tu, tapi kita orang Islam mana boleh bela anjing dengan tujuan untuk saja-saja macam bela kucing. Tup tup dapat plak kucing warna putih tompok hitam cam Putam. Kiranya tercapai jugalah angan-angan masa kecil tu...hehe.


Ingat nak cerita panjang pasal Putam tapi Eyza dah kena siap-siap nak pergi kedai. So, sambung lain kali lah ye..InsyaAllah


Baru lepas mandi dah main kat luar, bulu putih jadi kuning semula...geram betul.


Aksi protes bila Eyza sibuk dengan laptop & tak layan dia...



Dua gambar kat atas ni masa Eyza sibuk kemas rumah nak raya, dia pun menyibuk nak tolong tapi tolong kotorkan semula pakaian bersih..Putam oh Putam..


CeLoTeH EyzA ~~ Kalau cerita bab kucing..Eyzalah orang paling semangat..haha..sangat sukakan kucing.