Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 12 November 2011

KeSiBuKaN MeLaNDa ~~~


Lama menghilangkan diri kerana terlalu sibuk...
Minggu-minggu terakhir sebelum cuti sekolah bermula...
Key-in markah sudah diselesaikan..
Penyerahan tugas sebelum cuti juga sudah..
Sedang mempersiapkan diri untuk Kursus Induksi...
Paling gembira ialah dapat pindah rumah..
Alhamdulillah..
Cuti ini  my wish list ialah  :

1. dapat kembali aktif berblogging

2. membeli barang persiapan perkahwinan tahun depan

3. menyediakan latihan dan bahan untuk pengajaran tahun 2012

4. menghabiskan masa cuti untuk bersama keluarga...

Moga semuanya berjalan lancar...
Amin..



Ahad, 23 Oktober 2011

ReVieW ~~~ REAL STEEL



 

Dah tengok belum filem REAL STEEL???
Kalau belum tengok, pergilah tengok kat wayang cepat-cepat..
Sebab filem ini sangat best..
Eyza sanggup bagi 4.99/5 bintang..
Memang best...
Sesiapa yang dah tengok pasti setuju dengan Eyza kan??



Eyza tengok filem ini di GSC Maxx, Berjaya Times Square Sabtu lepas...
Tengok bersama Encik Tunang saya..
Hehehe...
Memang teruja mahu menonton filem ini..
Dan setelah tamat filemnya..
Ternyata tidak mengecewakan...
Paling terbaik adalah pada babak akhir...
Perlawanan antara Zeus dan Atom...
Tengok perlawanan itu seperti Eyza dan penonton berada dalam filem tersebut..
Majoriti penonton bersorak sama bila Atom dapat kalahkan Zeus..



Eyza akan simpan filem ini..
Esok nak minta pada Cikgu Rahim a.k.a tukang download filem SMKP7..
Harap-harap dia dah dowload..
Peace!!!

Khamis, 20 Oktober 2011

LDP OH LDP ~~ PeNGuRuSaN TeKaNaN


Petang tadi sebaik sahaja tamat waktu persekolahan 2.30..
Bergegas semua guru SMK Palong Tujuh menuju ke Makmal ICT..
Maklumlah hari ini ada Latihan Dalam Perkhidmatan...
Intipatinya PENGURUSAN TEKANAN..





Hah, meletup gitu!!!
Tekanan yang sentiasa menekan...
Wakil penceramah adalah kaunselor yang dijemput dari JPNS...
Seronok juga walaupun mata masing-masing asyik meliar menatap jam di tangan...
Maklumlah bila masa hampir menjengah jam 5.00 petang...
Masing-masing sudah tidak senang duduk...
Nasib baik penceramah sangat memahami dan sporting...
Antara perkara yang menarik minat Eyza ialah betapa pentingnya seorang pemimpin atau ketua memberi penghargaan kepada orang bawahannya..
Bukan hanya penghargaan dalam bentuk material..
Tetapi juga boleh dilakukan melalui lisan..
Penghargaan ini perlu untuk mengelakkan orang bawahan rasa tertekan...
Majoriti kami semua memang bersetuju dengan pernyataan tersebut....
Antara perkara lain yang menarik adalah mengenai cara-cara menangani stress melalui urutan dan "tapping"...


.:: urutan shiatsu ::.


Isnin, 17 Oktober 2011

BiLa DeMaM...TeRiNGaT PaDa???


Pertamanya bila demam, teringat pada-Nya..
Tapi bukanlah bermaksud hanya ingat Allah bila sakit saja...
Cuma bila sakit teringat pada kata-kata bahawa adalah sakit itu penghapus dosa..

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Keduanya bila demam, teringat pada mak yang jauh di Kota Tinggi..
Tapi bukanlah bermaksud hanya ingat mak bila sakit saja...
Cuma bila sakit ini teringat pada layanan first class mak..
Buat itu, buat ini...
Masak itu, masak ini..
*mak kena masak itu ini sebab dapat anak yang pelik iaitu bila demam selera bertambah..hahaha..
Mak, Along rindu....
Nanti Raya Aidiladha baru boleh balik...

Ketiganya bila demam, teringat pada cik abang...

Keempatnya bila demam makin teruk, barulah teringat pada Tuan Doktor...
Liat sangat nak pergi jumpa doktor..
Selagi diri larat pergi sekolah..
Masih mampu memanjat tangga masuk kelas..
Memang takkannyalah Eyza pergi ziarah Tuan Doktor..

p/s ~ Eyza kalau demam, mesti kena demam malam (maksudnya demam hanya teruk bila waktu malam, tapi bila pagi elok saja)

DEMAM



Pagi-pagi bangun tidur..
Awal jam 4 pagi sudah terjaga..
Selesema teruk sangat..
Tutup kipas and then sambung tidur..
Terjaga jam 5 pagi..
Macam biasa gosok baju & siapkan segala kelengkapan ke sekolah..
Mandi air panas..
Minum susu and then makan panadol..
Gagahkan lagi pergi sekolah..
Tapi tak daya, makan kuih terpaksa juga minum panadol soluble pula..
Selesema teruk sangat..
Sekarang ni dah kurang tapi kepala berpinar-pinar sebabnya tak dapat tidur selepas makan ubat..
Sekarang asyik tatap jam, tak sabar mahu pulang dan baring..
Doakan Eyza cepat kebah demamnya okey..
Assalamualaikum...
Tata..titi...tutu...





Khamis, 13 Oktober 2011

SeLaMaT PaGi, DuNia


Wah, ini memang ucapan di kala pagi-pagi belaka..
Bangun 4.15 pagi...
Terus bukak laptop and then berblogging..
Semangat gitu!!

SELAMAT PAGI SEMUA, ucapan untuk kalian :

1. Moga hari ini lebih baik/ceria/gembira/bahagia/bermakna dari semalam

2. Moga hari ini akan selesai segala kerja yang baru dapat/yang tertangguh

3. Moga semua blogger dapat trafik yang menggunung tinggi....(^_^)

Okeylah, entry kena pendek-pendek saja ni...
Eyza mahu goreng mee untuk bekalan ke sekolah + gosok baju...
Dah siap semua baru boleh morning blogwalking..
Tata semua...


Selasa, 11 Oktober 2011

eXaM PMR 2011 SuDaH TaMaT


Bukan pelajar saja yang excited, tapi cikgu pun teruja sama...
Sekarang tiba masanya untuk bertawakal...
Tahun ini adalah tahun pertama Eyza mengajar...
Jadinya teruja untuk menanti keputusan PMR keluar..
Andai keputusannya kurang memberangsangkan, Eyza perlu cari cara lain...
Agar pelajar Eyza tahun hadapan dapat cemerlang..
Never give up, Eyza!!!

Esok bermula aktiviti selepas PMR yang dah dirancang oleh kaunselor...
Paling menarik adalah lawatan ke Terengganu..
Owh, pasti seronok kalau nama Eyza diizinkan Big Boss untuk menjadi pengiring pelajar dalam lawatan tu..
Debar menanti keputusan beliau...
So, nanti dah ada khabarnya Eyza kongsikan bersama korang..


: Mr. Google:

Ahad, 9 Oktober 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI



1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. TIDAK PEMARAH


Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

*Oleh Ustaz Zawawi Yusof




YoK KiTa uBaH ~~~


MaHu SeLeSaiKaN KeRJa-KeRJa!!!


Okey, dari pagi sudah online + blogwalking...
Sarapan sudah...
Masak untuk makan tengah hari pun sudah...
* menu = nasi putih + sup sayur + ikan caru goreng + air asam
Kerja-kerja membersih rumah + baju pun sudah..

Sekarang tiba masanya untuk fokus menyelesaikan tugasan sedia ada...

1. Soalan peperiksaan akhir tahun Sejarah Form 4 Kertas 1 & 2 (with JSU)

2. masukkan markah TOV + ETR di SAPS

3. Isi borang claim pengawasan PMR

Nanti bila sudah selesai semua kerja-kerja kat atas ini, Eyza akan sambung blogwalking + balas kunjungan kalian okey, deal!!!

Tata..Titi..Tutu


*gambar yang tiada kaitan..saja je letak