Halaman

TeRiMa KaSiH DaTaNG BeLoG BiaSa iNi

Rabu, 28 September 2011

Lirik Lagu: Kita Berbeza - Damascus

Semua yang dok pakat telagah pasal itu ini, kena menghayati lagu ni (termasuk orang yang tukang post entry ini..hehe)

[Rap]
Jika Tuhan mahu Dia boleh cipta
Kita semua sama langsung tiada yang berbeza
Tapi sebaliknya dia ciptakan
Tiap manusia pelbagai perbezaan
Sebagai ujian buat kita semua
Tinggal kita cari hikmahnya ada di mana
Moga jumpa jalan sebenar untuk ke sana

Kita sering tak sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza

Kau suka ini dan itu
Aku mahu begini begitu
Banyak sisi dalam hidup
Yang kita berbeza

Dan itu semua
Tak semesti bisa jadi
Konflik yang membarah
Jika kita bisa tuk memahami

[Chorus]

Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidupmu lebih warna warna
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti

Kita tak pernah sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza

[Brigde]

Dan bila diuji
Keteguhan kita miliki
Sejauh manakah
Kita sinergikan kepelbagaian

[chorus]

Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup lebih warna warni
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti


Selasa, 13 September 2011

ReVieW : aKu KaN NoVeLiS



Peminat novel semua, dah baca belum novel ni???
Novel ni dah lama sebenarnya di pasaran..
Tapi baru bulan ni Eyza dapat membelinya setelah sekian lama mencari..
Nurul Syahida si penulis memang terbaik..
Gaya bahasa yang sempoi..
Realiti kehidupan yang dipaparkan...
Nilai yang cuba disampaikan secara tidak langsung..
Mungkin ada sedikit sindiran tapi bukan secara terus..
Memang seronok untuk dibaca..
Banyak part yang Eyza suka..
Kisah antara Roul si rambut merah dengan Safi si novelis...
Kisah antara Iza dan Helmi yang akhirnya bercinta berdua...
Antaranya ayat-ayatnya:

"Gua nak lu"
"Lulu awek abang"
"Aku jatuh cinta dengan makhluk Middle Earth yang aku benci suatu masa dahulu"

Novel-novel Nurul Syahida yang lainnya pun memang best..
Tapi rugi membeli dan memilikinya...
Berbaloi-baloi...
Antara novel lain ialah



\

Berminat??? 
Sila ke kedai buku berdekatan sekarang..
Selamat membaca semua..

LuaHaN HaTi ~~ BaRu Ku MeNgeRTi


PMR makin dekat..
Bila lihat anak-anak murid..
Rasa berbaur dalam hati..
Kecewa..
Hampir putus asa...
Kering idea..
Terkilan...
Itulah antara yang ada di hati...
Cikgunya beriya-iya..
Anak murid yang beriya sama cuma berapa kerat...
Cikgunya buat kelas tambahan (sanggup tak pi dating)...
Anak murid yang datang tak sampai separuh kelas (dalam hati cakap baik aku pi dating..haha)
Cikgunya bersemangat menyala-nyala..
Hanya anak murid yang sama bersemangat juga..
Cikgunya rasa semakin pandai...
Anak muridnya masih termangu-mangu sebab tak habis study lagi..
Ya Allah, baru aku mengerti apa perasaan cikgu-cikgu aku dulu..
Kalau ikutkan rasa hati mahu sahaja berhenti berusaha..
Tapi tak boleh, demi mereka..
Perlu gagahkan diri..
Perlu kuatkan hati..
Kerana dalam hati telah berazam, mahu bantu mereka selagi termampu dan terdaya...

Khamis, 8 September 2011

PoTLuCK AiDiLFiTRi


Hari ini Kelab Guru dan Staf SMK Palong Tujuh menganjurkan PoTLuCk AiDiLFiTRi...
Wah, tersangatlah kenyang daripada pagi hingga ke tengah hari..
Pelbagai juadah yang dijamu...

SATE AYAM & DAGING
LAKSA PENANG & LAKSAM
NASI LEMAK
NASI IMPIT BERSAMA LODEH & RENDANG
MEE GORENG
MEE KARI
KUIH-MUIH
BUAH TEMBIKAI
AIR PANAS (TEH & TEH O) DAN SUNQUICK AIS

Kenyang yang akan kekal hingga ke malam pastinya...
Alhamdulillah...


Selasa, 6 September 2011

RiSaU


Perasan tak keadaan negara kita makin kucar-kacir...
Hal politik dah semakin berat...
Sampaikan merebak kepada hal-hal lain...
Iyalah, memang politik itu paling utama dalam sebuah negara...
Jadi bila mana politik itu goyah...
Akan membawa kepada kerosakan, kemusnahan negara dan bangsa..
Sekarang ni hangat dengan isu pejuang sebenar kemerdekaan..
Hal yang satu itu pun dijadikan bahan bergaduh sana-sini...
Situasi yang membuatkan hati Eyza tak senang..
Risau memikirkan negara akan datang...
Entahlah...
Eyza adalah Cikgu Sejarah...
Tapi rasanya masih banyak yang Eyza belum mahir dan faham..
Inikan pula orang yang kurang membaca daripada Eyza...
Mereka yang tak faham ditambah pula dengan membaca dari bahan-bahan akhbar atau internet...
Akan jadi "blur" mungkin...
Mungkin juga ada yang akan tersalah faham...
Jadi, Eyza rasa perlu untuk semua warganegara Malaysia..
Pergi membuat rujukan di sana sini..
Perpustakaan Negara...
Arkib Negara...
Buat kajian jika perlu...
Fahamkan sendiri, jangan hanya tunggu dan nantikan laporan dalam akhbar atau internet...
Malah kalau boleh jangan terima apa yang kawan ceritakan bulat-bulat..
Buat kajian sendiri..
Dari situ kita akan tahu jawapannya sendiri..
Barulah faham...
Jadi, Eyza berazam nak selongkar bahan-bahan lama yang ada dalam kotak tu..
Membaca untuk menambah ilmu...



Rasa sayang pada negara ni takkan pernah padam..
Risau bertambah dalam hati kerana sayangkan negara...
Pada Eyza, semua orang yang terlibat dalam perjuangan sebelum kemerdekaan adalah pejuang...
Eyza sentiasa hargai perjuangan mereka...
Cuma bila dipilih satu tokoh bukan bermakna menidakkan peranan orang lain...
Itu Eyza sangat faham...
Tapi tahulah bagaimana pula kefahaman orang lain...
Sangat berani Eyza menyatakan pendapat sendiri..
Tapi ini bukan politik ya...
Hanya meluahkan pendapat..
Melepaskan apa yang terbuku dalam hati...


Isnin, 5 September 2011

10 HaRi MeNyePi


Balik saja ke Kota Tinggi..
Terus tak dapat nak online..
Pada liine broadband tak payah diharap sangat..
Duk ceruk Felda yang enggak ada 3G..
*Bukan semua Felda yep..Felda Palong ada line 3G
Dah tu, wireless rumah pula problem..
So inilah jawapannya kepada persoalan mengapa 10 hari menyepi..
Mesti ada suara yang akan menyahut..
Hoi, kitorang tak tanya pun..
Lalalalala..
Tapi Eyza nak beritahu juga walaupun tak de orang tanya..
Wat muka seposen sudah le kan..
So, camne memori Aidilfitri korang???
Mesti seronok kan...
Seronok tu bukan bermakna kita lupa pada mereka yang dah takde..
Pada mereka yang susah..
Tapi keseronokan meraikan hari kemenangan buat diri sendiri setelah sebulan berpuasa...

Tahun ni Eyza kurang bergambar..
Entah tak tahu kenapa...
Dengan Ain Jimat yang takde di rumah tika 1 Syawal...
Dengan Tom yang dah "pergi"..
Tambah pula kucing lagi satu "Bobo" yang tiba-tiba sakit..
Jadi takde mood nak bergambar sakan..



Dalam berduka tu Eyza gembira menjamu sanak-saudara dan kawan-kawan dengan BBQ..
Tahun ni tahun pertama famili Eyza buat BBQ..
Sampai dua kali BBQ kami adakan...
BBQ Edisi Pertama untuk sanak saudara..
Memang dah menjadi kebiasaan, famili sebelah abah akan datang beraya ke rumah Eyza..
Selalunya kami akan jamu dengan Nasi Beriani air tangan mak Eyza saja..
Tapi tahun ni kami tambah dengan BBQ..
Kepak ayam, udang, sotong, puyuh dan sosej..
Rasa cam dah banyak yang kami sediakan..
Tapi tetap tak mencukupi..
Tak apalah, tahun depan kami akan tambah lagi..



Dek kerana Eyza dan adik-adik tak puas makan BBQ Edisi Pertama kerana terlalu sibuk melayan tetamu..
Kami buat pula BBQ Edisi Kedua...
Khas untuk my tunang dan kawan-kawan adik Eyza...
Tapi kali kedua ini terasa kurang Oumph!!..
Tambah pula Eyza diserang "kegatalan" satu badan..
Sampai terpaksa ambil suntikan..
So, jawabnya kena tunggu BBQ Edisi Raya Tahun 2012 pula la ye...
*Tahun depan mahu beraya berdua..huhu
Rasanya belum terlambat untuk Eyza ucapkan