Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 30 September 2010

Alhamdulillah ~~~ B.E.R.J.A.Y.A

Akhirnya, penantian Eyza berakhir dengan kegembiraan. Setelah hampir dua bulan menanti, keputusan temuduga Guru Sandaran Terlatih telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam minggu ini memang ternanti-nanti keputusan tersebut keluar, hinggakan tertidur depan laptop dan termasuk dalam mimpi...huhu. Pagi tadi hingga sampai masa untuk pergi ke kedai, Eyza sentiasa buka laman web KPM. Tetapi hampa, yang dinanti-nanti tidak juga muncul. Setelah di kedai dan sibuk melayan pelanggan, terlupa sebentar tentang perkara ini. Tetapi apabila dapat sahaja panggilan dari kawan dan ayat pertama yang dia ucapkan TAHNIAH, rasa seperti mahu menjerit. Alhamdulillah, walaupun masih belum ditentukan lagi negeri dan sekolah mana Eyza akan ditempatkan, tetapi bila sudah tahu berjaya lulus temuduga tersebut, hati terasa lega sedikit.


p/s ~~~ Kawan-kawan, doakan kejayaan saya k!!! Semoga impian dan cita-cita kawan-kawan juga akan tercapai...Amin

Ahad, 26 September 2010

SaYoNaRa KuCiNgKu ~~~ (T_T)

Semalam hari pertama kembali berniaga setelah lama bercuti Aidilfitri, tapi semalam merupakan hari yang sedih kerana kucing Eyza yang bernama Anje telah mati mungkin kerana dilanggar lori. Terasa sangat sedih dan terkilan sebab sibuk sangat berniaga hinggakan terlupa nak ambil tahu ke mana dia pergi. Anje memang membesar di bawah lori yang rosak tidak jauh dari kedai Eyza. Kebetulan petang semalam, ada lori pelanggan parking di tepi kedai. Mungkin Anje sedang tidur di bawah lori tersebut dan tidak sempat nak melarikan diri ketika lori itu hendak beredar. Sampai hari ini rasa ralat sangat-sangat tapi sekurang-kurangnya semalam dapat juga bagi dia makan ayam. Yang pasti, Anje akan sentiasa dalam ingatan....












Gambar ini semua diambil pada bulan Ramadhan yang lepas. Anje mula baik dengan Eyza dan keluarga beberapa minggu sebelum Ramadhan sebab seperti yang Eyza beritahu sebelum ini, Anje membesar di kedai lain. Sayonara ~~

p/s ~ Mak Anje sedang bunting lagi, harapnya ada seiras Anje nanti.

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Lahir, Anje ~~~ Selamat Hari Malaysia

Hari ini hari bersejarah..

Ada dua hari penting dalam hidup Eyza...

Ulangtahun kelahiran, my anje http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com &
 Sambutan Hari Malaysia http://www.cute-smiley.com



Ucapan buat My Anje :

http://www.cute-smiley.com Semoga mendapat keredhaan hidup di dunia dan akhirat
dan dikurniakan kesihatan dan ketabahan selalu

http://www.cute-smiley.com Semoga kasih sayang kita berdua berkekalan selamanya

http://www.cute-smiley.com Terima kasih sebab sentiasa ada di sisi selama ini dalam
susah atau senang

http://www.cute-smiley.com Sayang sama kamu.... ~~~ hohoho


Ucapan buat My Malaysia :

http://www.cute-smiley.com Semoga kemerdekaan dan kedaulatan ini akan berkekalan

http://www.cute-smiley.com Malaysia terus kekal aman dan hidup bersatu-padu kerana
kita sememangnya telah lama hidup sebagai 1Malaysia

http://www.cute-smiley.com Sayang sama kamu juga, Malaysia...


Isnin, 13 September 2010

Kisah Si Penganggur Di Aidilfitri

Eyza masih menganggur sampai hari ini selepas menamatkan pengajian di UPSI pada 14 Mei yang lalu. Hingga kini masih menanti keputusan temuduga Kementerian Pelajaran Malaysia yang dikhabarkan akan keluar hujung bulan ini. Hati memang berdebar-debar...

http://www.cute-smiley.com

Tapi Alhamdulillah walaupun Eyza seorang penganggur, kiranya tidaklah menganggur 100% sebab Eyza bantu mak & abah di kedai makan kami dengan gaji RM20 sehari. Kerja Eyza ialah ambil order & hantar order pelanggan, kemas meja, tolong mak bungkus order take away pelanggan dan basuh cawan serta gelas. Nampak macam mudah tapi kalau dah habis kerja & balik rumah, cepat saja lenanya..lagi-lagi bila dah landing pada bantal bucuk ~~ hoho

http://www.cute-smiley.com

Okay..bebelan yang atas ni lari sikit dari tajuk. Balik semula pada kisah sebenar, biasalah kan bagi yang masih belajar masa Hari Raya adalah masa yang ditunggu-tunggu...TIME UNTUK KUMPUL DUIT RAYA!!! http://www.cute-smiley.com
Tapi macam mana pula dengan penganggur seperti Eyza ni????

Jawapannya ~~~ Malu tapi mahu lah...ada macam-macam gaya yang boleh ditonjolkan. Ini antara tips daripada Eyza

1. Masa makcik & pakcik  mula hulurkan duit raya pada adik & sepupu yang lain...cuba untuk melarikan diri. Kononnya seperti ignorekan program tersebut... http://www.cute-smiley.com

2. Masa mereka hulurkan duit raya...tonjolkan gaya segan nak terima duit raya tersebut. http://www.cute-smiley.com

3. Cuba untuk sibuk-sibukkan diri dengan hal-hal yang lain seperti meninjau kawasan rumah atuk, membasuh gelas di dapur dan lain-lain yang sesuai.http://www.cute-smiley.com

4. Bagi yang tak kisah, buat-buat tak tahu sudah..orang dah nak bagi, ambil sajalah...  http://www.cute-smiley.com Bersyukur & bergembiralah dengan pemberian tersebut.

p/s ~ Untuk Aidilfitri 2010 (mungkin Aidilfitri last Eyza dapat duit raya), duit raya terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM150++. Lagi satu, hasil daripada penat lelah semasa berniaga tika Ramadhan..Eyza dapat menyediakan duit raya untuk emak tersayang, adik-adik (Fiqri & Ain), Mak Cik Zainah dan anak-anaknya (Fatin,Faiz,Fauzi & Fahmi). Syukur Alhamdulillah...

http://www.cute-smiley.com

Ada Apa Dengan Nuffnang?

Ada 6 konsep penting Nuffnang yang perlu difahami dengan betul :

1.Nuffnang menggunakan konsep "Blog Advertising Community" dan lebih dekat dengan blogger. Setiap Nuffnanger perlu lebih aktif sebagai komuniti blogger dan sertai pelbagai aktiviti. Jangan hanya letak iklan & then tunggu duit masuk.

2. Setakat ini, diyakini bahawa Nuffnang merupakan Advertising Community yang paling best. Ada banyak kelebihan Nuffnang ini, antaranya ialah Nuffnang hanya memaparkan iklan dengan menggunakan ruang yang minimum dan hanya paparkan kod pabila tiada iklan (yang ini memang bagus sebab dapat kurangkan kelembapan loading blog).

3. Ada pelbagai kemudahan ping entry..caranya ialah dengan memasang Nuffnang widget. Apabila sudah bergelar Gliterati, anda boleh gunakan kemudahan yang sangat comel ini... (saya pun nak cuba juga nanti)

4. Nuffnang tawarkan pelbagai tiket filem percuma dan contest untuk semua blogger. Pertandingan yang Nuffnang anjurkan biasanya mempunyai hadiah-hadiah yang lumayan. Mari kita cuba beramai-ramai untuk dapat hadiah best!!!

5. Pelbagai aktiviti best yang dianjurkan oleh Nuffnang. Ini membuktikan Nuffnang bukan hanya bertujuan untuk beri peluang dapat duit dari iklan tetapi turut membantu mengeratkan silaturahim sesama rakyat Malaysia. Nuffnang memang bagus. Antara aktiviti yang pernah dianjurkan ialah GATSBY Street Fair (dah masuk rekod dunia ok), projek ALPHA dan sesi berbuka puasa sempena bulan Ramadhan.

6. Nuffnang beri peluang kepada blogger yang suka memfamouskan diri dengan cara yang lebih baik iaitu tanpa kontroversikan diri sendiri. 



#* ~~~> Kenapa tiba-tiba Eyza membebel pasal Nuffnang ni walhal Eyza masih baru dalam dunia Nuffnang??? Semua ini untuk dapatkan hadiah dari DJ ler (seperti yang Eyza ceritakan dalam entry sebelum ni). Entry Ada Apa Dengan Nuffnang? dalam blog DJ ini memang sangat membantu Eyza untuk lebih memahami konsep Nuffnang. Lepas siap post entry ini, Eyza akan jengah lagi blog DJ untuk mencari entry lain mengenai Nuffnang (cuba untuk menjadi Nuffnanger yang baik seperti DJ, Hanis Zalikha, dll)


Hadiah impian Eyza ialah Miracle mask & Mini Lipstick

Saya Budak Baru Belajar ~~~

Sebagai budak baru belajar untuk berblogger & berNuffnang ni, Eyza terlalu rajin untuk menjengah-jengah ke blog-blog orang lain. Jalan-jalan ke blog-blog memang best...sambil berjalan-jalan & mencuci mata
tujuan Eyza sebenarnya lebih kepada nak belajar untuk menjadikan blog Eyza bertambah menarik.
Hari ini ketika sedang melilau-lilau ke macam-macam blog, tersinggahlah pula ke DaHLia's JouRNaL ~~~
Then terbaca pula pasal entry DJ yang sangat menarik hati iaitu Dahlia Giveaway...dapat hadiah bila buat post berkaitan mana-mana entry dalam DJ...so, berniat untuk mencuba..manalah tau ada rezeki untuk dapat hadiah.

Dari banyak-banyak entry dalam DJ, Eyza tertarik kepada entry yang bertajuk Ada Apa Dengan Nuffnang?. Sebagai orang yang tersangatlah baru dalam dunia Nuffnang ini, entry DJ mengenai Nuffnang memang sangat berguna buat Eyza. Ada pelbagai kelebihan menjadi Nuffnanger...selain daripada boleh menambah pendapatan, melalui entry DJ menjadikan Eyza lebih memahami bagaimana Nuffnang beroperasi. Entry DJ membuatkan Eyza lebih faham bagaimana Nuffnang bukan hanya untuk tujuan pengiklanan tetapi juga bertindak sebagai komuniti yang mempunyai pelbagai aktiviti dan contest yang best. Masih teringat-ingat cebisan nukilan DJ dalam entry tersebut "Nuffnang ni dia banyak benefit untuk long term, bukan hanya untuk duit semata-mata sebab Nuffnang ni mementingkan kesetiaan kita dengan dia". Thanx DJ sebab memang entry DJ mengenai Nuffnang dapat membuatkan Eyza lebih faham tentang konsep Nuffnang. Nuffnang oh Nuffnang...saya mahu menjadi Nuffnanger yang best seperti DJ & Hanis Zalikha...

Okay, mulai hari ini..Eyza mahu berusaha untuk menjadi blogger yang best (rasa sangat kerdil dalam dunia blogger ni, segan pun ada sebab blog Eyza tersangatlah simple). Chayok!! Chayok!! ~~ cuba beri semangat kepada diri sendiri..







Selamat Hari Raya ~~~~

Hari ini sudah masuk raya ke-4 tapi Eyza baru nak buat entry pasal Hari Raya...

Aduyai...macamlah sibuk mengalahkan Perdana Menteri sampai nak update blog sendiri pun susah...

Okay, ucapan Aidilfitri ini ditujukan khas buat kawan-kawan & blogger (kalau ada ler) yang terjengah ke blog Eyza ni...





Khamis, 9 September 2010

Berbuka Bersama Si Dia ~~~


(Gambar Sekadar Hiasan ~~~ lalala)


Semalam berbuka puasa bersama si dia...
Petang yg sgt melucukan tapi cukup membahagiakan hati...
(Bahagia kerana setelah sekian lama tidak bertemu ~~~ wallaweh)
Melucukan kerana lain yang dirancang lain pula jadinya...hohoho
Ok ini kronologi peristiwa lucu tapi bahagia tersebut ~~~ lalalala :

5.30 pm :
Anje datang menjemput saya di rumah ~ Salam Mak ~ Sebelum pergi, singgah dulu di rumah anje untuk hantar makanan yang dikirim Mak (Nasi Lemak + Ayam Goreng + Rendang Daging + Sambal Tumis)


6.15 pm :
Tiba di bandar Kota Tinggi yang sudah mula sesak ~~ menuju ke Tai Hong sebab Anje kata nak ajak makan kat Kedai Sup Tulang

6.25 pm :
Tiba di Tai Hong ~~ Kedai TUTUP ~~ jeng jeng jeng...bermulalah kisah lucu tersebut

6.30 pm :
Ke deretan kedai berhampiran Econsave ~~ Hanya ada Kedai Mamak & Kedai Cina ~~ Ok, anje ajak berbuka di kedai kat Simpang Pasak

6.55 pm :
Tiba di Simpang Pasak ~~~ jeng jeng jeng ~~~ Penuh yang amat-amat sangat ~~ Eyza cadangkan berbuka di Marrybrown Kipmart ~~~ Kami berdua pun gerak ke Kipmart

6.50 pm :
Tiba di Kipmart dan menuju ke Marryborwn ~~~ hohoho..orang ramai gila beratur & tempat duduk penuh ~~~ Pusing-pusing Kipmart dan akhirnye membeli roti dan air di Mama Roti ~~ Anje kata makan tu dulu dalam kerete & then makan kat Simpang Pasak 

7.05 pm :
Parking di tepi jalan Simpang Pasak ~~ 

7.08 pm :
Azan berkumandang ~~ Makan air dan roti yang dibeli di Kipmart

7.15 pm :
Turun dan jengah-jengah ke kedai tersebut ~~~ still penuh dan masih ada yang belum dapat makanan

7.25 pm :
Ke Bank Islam, untuk keluarkan duit di ATM ~~ Anje jengah ke Hasan Ong ~~ penuh jugak

7.35 pm :
Try jengah ke KFC ~~ PENUH ~~~ OMG, kenapa penuh jugak...semua orang mmg rancang untuk berbuka di luar ke??? ~~~ Eyza dah gelak sakan dalam kereta mentertawakan Anje yang sudah sedikit bengang ..haha ~~ Eyza cadangkan ke Marrybrown Plaza Kota Tinggi

7.45 pm :
Parking di depan Maybank ~~~ Jalan kaki ke Plaza Kota Tinggi ~~~ Akhirnya, makan di Marrybrown ~~ Makan sambil gelak sakan berdua ~~~ Lucu tapi sangat bahagia


Santapan berbuka kami berdua


Sibuk sangat cari tempat berbuka sampai terlupa untuk ambil gambar kenangan. Gambar di atas saya pinjam di blog ini ~~ sy pinjam ye tuan nye blog. 

Setelah siap makan, kami ke McD sebab my little sis pesan Double Cheeseburger & Double GCB (huh, dua double..makan byk, badan maintain kecik jugak ~~ ada nada cemburu ye di situ)

Selepas itu, kami ke Econsave untuk membeli sedikit barangan dan keperluan...

And then, jam 9.30 pm sudah tiba di rumah dengan selamat...

Eyza terus saja melantak Nasi Lemak, sama jugak dengan Anje ~~~ hohoho


Isnin, 6 September 2010

MeNaNTiKaN KePuLaNGaN Si Dia

7 hb Sept 2010...

Si dia akan bertolak pulang ke Kota Tinggi jam 12 malam dari KL...

Aduyai...musnah sudah segala angan-angan daku...

Tak dapat la nak berbuka puasa bersama tahun ni...

Sedihnyer ~~~ wawawawa...

Si dia cuti raya sampai 21hb...

Ehem..ehem...

Dalam kepala ni dh macam2 perancangan muncul untuk isi masa sampai 21hb...

Hahaha..

Anje, bersiap-sedia melayan kerenah saya ~~ lalala


Kenangan bulan Ramadhan 2009...

p/s ~ moga Ramadhan & Syawal akan dtg, kami tetap dpt menyambutnya bersama mgkn dgn status yg lain pula..InsyaAllah



Ahad, 5 September 2010

BeRNiaGa Di BuLaN RaMaDHaN

Alhamdulillah bulan Ramadhan kali ini, Eyza dan Mak dapat berniaga untuk tambah pendapatan..
Lagi2 nak raya kan, so berkobar2 la nak kumpul duit..
Gaji Eyza satu hari RM25...
Walaupun x besar mana tp mmg bersyukur sgt2...
Kami berniaga 20 hari pertama je..hehe..
Lagi 10 hari adalah masa untuk housekeeping ~~ membersihkan segala habuk2 n debu2 di rumah hohoho...

Kat gerai Eyza nih antara yg dijual ialah Nasi Ayam, Soto, kuih-muih, puding koktail, puding karamel, pecal dan nasi ambang..
Mak uruskan bahagian Nasi Ayam dan Soto..
Yang selebihnya Eyza uruskan...
Nasi Ayam & Soto kami yg sediakan..
Tapi kuih-muih dll tu orang hantar, kami ambil dalal je..

Berniaga bulan Ramadhan kali ni mmg mencabar..
kadang2 tu kuih satu hari sampai cecah 1000pcs..
Dah la Eyza jaga sorang2...
Mmg penat tp seronok sgt bila sume kuih habis terjual...

Nasi Ayam dan Soto Mak pun mmg laris bangat...
Mula niaga 2.30ptg...
Kadang pkul 5.00 dah habis..
Sampai ada yang marah2 Mak..
Sebab bila 2-3 kali datang kedai Nasi Ayam dah habis..huhu
Walhal bukan salah mak pun...
Tapi itulah yang seronoknya..
Sebab dari situ kami tahu..
Pelanggan mmg sukakan masakan Mak...
Ada pelanggan kata gerai kami jelah yang PALING MURAH & SEDAP...

Nasi Ayam = RM3.00
Soto = RM2.00

Tapi berniaga kali ni tak byk sgt ambil gambr...hehe
Al-maklumlah busy sgt smpai nk bergmbr pn x sempat..


Eyza bersama Mak tersayang...



Pose from me..

~~~ SALAM RAMADHAN ~~~



KeLuH KeSaH CHiKi : EPISOD 2

Hai kawan-kawan...
Dah lama Chiki x hantar post kat blog Kak Eyza ni..
Kak Eyza tu lah, malas sgt nk update blog...
Hangat-hangat tahi ayam (cam tahi ayam jiran belakang rumah Chiki)..
Masa mula kemain lagi berkobar2..haha
Hari tuh masa post EPISOD 1, Chiki lupa nak bagitau yang Chiki nga bunting..
Sekarang anak2 Chiki dah besar sikit..
Dah hampir dua bulan...
Mula-mula ada tiga ekor iaitu Chika, Mimi dan Bobo...
Tapi sekarang anak Chiki tinggal 2 je
Chika dah hilang, mungkin hilang n dah mati sebab mungkin die dok kat enjin kete n tercicir kat mana2 masa mak & abah Kak Eyza pi bandar Kota...
Sedih Chiki teringatkan Chika...
Harap2nya Mimi dan Bobo takkan mati dan membesar menjadi lebih sihat dan nakal seperti Putam (anak Chiki sebelum ni)..
Putam sangat sayangkan adik2nya walopun die suka sgt membuli Mimi dan Bobo..
Ok, kat bawah ni Chiki kirimkan sekali gambar anak2 Chiki...
Selamat melihat aksi2 kami...


Masa ni Putam masa kecil lagi..bulu pn kembang semacam sebab x sihat sgt...dari 4 ekor,cuma Putam je yg hidup...




Putam masa kecik ~~ kena sakit mata & selesema yg tersangat teruk


Inilah Putam sekarang (mula2 Kak Eyza ingatkan dia ni jantan, dah besar sikit baru nampak dia betina rupanya, dah perangai jadi cam tomboi yg lincah semacam tiada ciri keanggunan seperti Chiki ~~ walla)




Putam yang menjadi kesayangan Kak Eyza & Kak Ain


Chiki masa sarat mengandung ~~~ sori ye kawan2, seksi sekit gambar ni hehe (nampak x yang puting breast Chiki de 9...Kak Eyza kata Chiki unik tau..hehe)


Chiki sedang menyusukan anak2...


Kenangan bersama Bobo, Chika dan Mimi


Bobo ~~~ comel x saya???


Mimi ~~~