Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 30 September 2010

Alhamdulillah ~~~ B.E.R.J.A.Y.A

Akhirnya, penantian Eyza berakhir dengan kegembiraan. Setelah hampir dua bulan menanti, keputusan temuduga Guru Sandaran Terlatih telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam minggu ini memang ternanti-nanti keputusan tersebut keluar, hinggakan tertidur depan laptop dan termasuk dalam mimpi...huhu. Pagi tadi hingga sampai masa untuk pergi ke kedai, Eyza sentiasa buka laman web KPM. Tetapi hampa, yang dinanti-nanti tidak juga muncul. Setelah di kedai dan sibuk melayan pelanggan, terlupa sebentar tentang perkara ini. Tetapi apabila dapat sahaja panggilan dari kawan dan ayat pertama yang dia ucapkan TAHNIAH, rasa seperti mahu menjerit. Alhamdulillah, walaupun masih belum ditentukan lagi negeri dan sekolah mana Eyza akan ditempatkan, tetapi bila sudah tahu berjaya lulus temuduga tersebut, hati terasa lega sedikit.


p/s ~~~ Kawan-kawan, doakan kejayaan saya k!!! Semoga impian dan cita-cita kawan-kawan juga akan tercapai...Amin

Tiada ulasan: