Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 21 Mac 2011

BFF dah bertunang!!!


Tanggal 13.03.2011 yang lalu my BFF telah bertunang..
Eyza tak dapat datang pun ke majlis pertunangannya...
Bukan tak mau datang tapi ada perkara lain yang lebih penting..
Iyalah 12hb tu Eyza ke KL mencari barang hantaran tunang..
So, 13hb baru la nak gerak balik ke Johor..
Kiranya masuk yang terbaru ni dah dua orang kawan baik Eyza telah sah menjadi tunangan orang...
Ayuniza & Susilawatie...
Sue telah pun bertunang pada 21 November 2010...
Ayu pun tak lama lagi iaitu bulan Julai ini dia akan melangsungkan perkahwinannya..
Wah, seperti tak disangka-sangka..
Dia yang nak kahwin lambat..
Tapi rupanya dia kahwin dulu...
Huuuhuhu....
Mungkin lepas ni giliran Sue pula...
Anyway, Eyza mendoakan yang terbaik buat mereka berdua..
Moga kami akan terus berkawan sampai bila-bila...
Amin..


Ni Ayuniza di majlis pertunangannya...oren gitu!!!




Ahad, 20 Mac 2011

bLoG No.2


Ceh..ada blog yang satu ni pun update susah gila..
Ada hati nak buat blog satu lagi..
Huhu...
Mesti ada kata camtu kat Eyza..
Sob..sob..sob..
Maafkan saya kerana saya sudah berangan-angan sejak dari dulu..
Untuk memiliki blog mengenai perjalanan saya sbg B2B...
Sejak mengenal dunia blog..
Eyza memang selalu terjah blog mengenai B2B atau ex-B2B ni..
Sangat seronok membaca pengalaman, idea dan persiapan mereka...
So, disebabkan saya bakal jadi tunangan orang dan nantinya bakal jadi B2B..
Eyza nak juga buat blog yang kedua ni..
Dikhaskan untuk berkongsi cerita mengenai perjalanan persiapan Eyza...
Jangan lupa singgah di sana ya!!!


Maaf ya, nama blog tu lum dipilih secara tetap lagi..
Mungkin akan berubah bila dah datang idea baru..
Hehe..tata & selamat membaca...


Isnin, 14 Mac 2011

SaYa SaYaNg BLoG SaYa...


Sob..sob..sob..
Confirm dah memang jadi hangat-hangat bunga tahi ayam...
Bukan main lagi berkobarnya Eyza hari tu..
Mahu update blog selalu..
Tapi bila kembali sahaja bersekolah..
Persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah lebih memerlukan komitmen Eyza...
Pagi mengajar..
Petang ke sekolah melatih perbarisan rumah sukan..
Malam kepenatan sambil mencari idea untuk perbarisan..
Akhirnya blog juga yang terpaksa dianaktirikan...
Maafkan saya my darling blog..
Sob..sob..sob..
Agaknya kalaulah blog ni boleh berkata-kata...
Mungkin dijawabnya ,
"Tiada maaf bagimu..."
Hohoho...

Semalam Eyza dah sampai di Bukit Easter..
So, sampai hari Khamis ni bolehlah diupdate selalu blog Eyza ini..
Sambil itu juga bolehlah Eyza berblogwalking...
Hehehe...
Target untuk aktiviti masa cuti ialah...
BLOGGING & BLOGWALKING...
Amin....