Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 2 Oktober 2010

ObSeS LaGu GETAR HATI by Gio



 Baru je tengok filem Lagenda Budak Setan (lambat kan, walhal orang lain dah lama tengok). Filem ini membuatkan Eyza terbuai dengan keasyikan si Farid dan Lisa bermain cinta. Saat paling yang dinanti ialah kemunculan watak pelakon kegemaran Eyza iaitu Fazura. Cakap pasal Fazura, sememangnya dari dulu dia banyak dikaitkan dengan kontroversi itu ini, tapi Eyza tetap suka tengok dia berlakon. Love her acting ~~~ 

Lagenda Budak Setan, filem yang diadaptasi daripada novel yang amat terkenal masa zaman Eyza belajar dulu. Bila dah jadi filem walaupun jalan ceritanya tidaklah sama 100% dengan novel tapi masih lagi dapat dirasai aura romantik tu sampai kadang-kadang jadi terhibur dengan romantik bersahaja Farid Kamil. Adik lelaki Eyza tengok filem ini sampai 3 kali...sebab rupanya dia peminat Farid Kamil (mamat jiwang jugak adik aku nih). Penangan filem Lagenda Budak Setan, menjadikan Eyza obses dengan dua lagu dalam filem tersebut iaitu Bila Cinta dan Getar Hati.

Lirik Lagu GETAR HATI 


Saat pertama aku mengenal dirimu
Bergetar jiwa ragaku kau mempersonaku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh 
Padamu


Dengar hatiku
Kanku bisikan cintaku (Cintaku)
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setia....ku
Ingat diriku kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu kan ku berikan hidupku..woooo



Yakinkan aku ini bukanlah mimpi
Ku yakin kau adalah satu belaian jiwaku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh 
Padamu



Dengar hatiku
Kanku bisikan cintaku (Cintaku)
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setia....ku
Ingat diriku kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu kan ku berikan hidupku..woooo



p/s ~~ menulis catatan ini sambil dengar lagu GETAR HATI untuk kali keberapa entah ~~~ love diz song so much..

Tiada ulasan: