Halaman

TeRiMa KaSiH DaTaNG BeLoG BiaSa iNi

Rabu, 6 Oktober 2010

oRaNg LaiN YaNg DiKoMeN, aKu YaNG PANAS!!!!

Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 telah pun bermula sejak perasmian pembukaan 3 Oktober yang lalu.
Biasalah adat pertandingan ada kalah, ada yang menang.
Ada yang gembira, ada yang menangis.

Kalau ada acara sukan besar seperti Komanwel, Sukan Asia, Sukan Olimpik, dan yang sewaktu dengannya, antara mereka yang paling sibuk tentunya wartawan sukan di dada akhbar.
Pembaca tentu ternanti-nanti berita sukan yang dilaporkan.
Setiap kali ada pertandingan sukan, memang begitulah rutinnya.
Tapi satu yang selalu buat Eyza panas.
Kalau pemain Malaysia menang atau menjuarai satu-satu acara, bukan main melambung lagi pujian.
Tapi bagi yang kalah, aduyai ayat-ayatnya memang "indah-indah belaka".
Haha..Eyza yang baca Eyza yang jadi panas hati padahal bukan Eyza yang masuk acara pun.
Tapi nak buat macam mana, kan dah tugas wartawan.
Sama je macam wartawan hiburan, itu tugas mereka nak laporkan gosip & kontroversi.
Kalau tak ada wartawan mana best, hilang serinya nanti.


Apa pun, selamat maju jaya buat semua wakil Malaysia.
Kalah atau menang tidaklah penting, yang penting perlu usaha dengan gigih.
Tak lupa juga tahniah buat Amirul Hamizan yang menang emas pertama buat Malaysia.





CeLoTeH EyzA ~ Teringat pula seronoknya masa Komanwel di Malaysia dulu..ternanti-nanti bilalah lagi Malaysia nak jadi tuan rumah lagi. Love My Malaysia!!!