Halaman

TeRiMa KaSiH DaTaNG BeLoG BiaSa iNi

Selasa, 9 November 2010

NaK TaK DaTaNG TeMPaT iNi???


1. The Blarney Stone (Cork, Ireland)


Entah dah berapa banyak orang yang dah cium batu kat tempat ni...tapi yang paling kagum ada cara untuk mencium batu di sini...


Hah, ada berani ke??

2. Gum Wall (Seattle, USA)


Suka makan gula getah?? Bolehlah datang tempat ni..lepas tu lekatkan gula getah pada dindingnya. Dinding ni dulu sudah 2 kali dibersihkan tapi sebab orang asyik lekatkan je, penat nak bersihkan dan akhirnya jalan mudah dinding ini diwartakan sebagai salah satu tarikan pelancongan negara. Sejarahnya bermula dengan orang ramai yang beratur untuk beli tiket dan ambil jalan mudah untuk buang gula getah dengan lekat pada dinding...hingga kini, entah dah berapa banyak gula getah kat dinding ni...ada berjuta mungkin. 


Geli ke tak???

3. Karni Mata Rat Temple (Deshnok, India)

Ini lagu satu tempat pelancongan yang sanggupkah anda nak pergi??? Kuil yang penuh dengan tikus.




Kuil ini antara benda ajaib di dunia. Tikus di sini dilayan seperti tuan puteri. Hormat pada kepercayaan mereka. Tapi kalau nak masuk kuil, kena buka kasut kan, sanggup ke??? Huhu..bagi Eyza jawapannya TIDAK!!!!


Ada lagi beberapa tempat yang Eyza nak kongsikan bersama, tapi masa tak mencukupi ni, Eyza dah nak pergi tolong mak di kedai. Nanti malam Eyza sambung lagi k!! Daaa...


CeLoTeH EyzA : Gambar-gambar kredit untuk En.Google...