Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 30 November 2010

KHaSiaT BuaH-BuaHaN

Buah-buahan sememangnya terkenal dengan kandungan serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Oleh itu, sebenarnya tidaklah menghairankan apabila pakar pemakanan sentiasa mengesyorkan amalan memakan buah-buahan sebagai pelengkap dalam diet harian yang seimbang. Eyza sendiri amat suka makan buah-buahan, setiap kali ke pasaraya bahagian buah-buahan pasti tidak lupa untuk dijengah. Berikut Eyza kongsikan beberapa jenis buah-buahan yang mempunyai kelebihan untuk membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sihat.

1. Limau gedang


Kajian mendapati buah limau besar ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan. Wah, sangat bagus untuk sesiapa yang dalam usaha menurunkan berat badan. Selain itu, buah ini juga diyakini berkhasiat untuk menghindari gejala penyakit al-zheimer bagi golongan emas kerana mempunyai antioksidan yang tinggi. Hmm...patut Eyza syorkan pada mak dan abah ni. Antara khasiat yang lain pula ialah dapat membantu mempertingkatkan kemahiran bahasa, pertimbangan logik dan keupayaan daya ingatan sekiranya diamalkan pengambilannya secara berterusan. Oleh itu, ibu-ibu di luar sana jangan lupa bagi anak-anak makan buah limau besar ini.


2. Epal


Bila sebut mengenai epal, antara yang akan terlintas di fikiran Eyza ialah cerpen Kerana Manisnya Epal. Sangat suka cerpen karya Faizal Tehrani ini. Sekiranya kawan-kawan suka minum jus epal bolehlah diteruskan kerana memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari akan dapat membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Antara sebab lain mengapa kita perlu amalkan makan epal ialah saintis British membuktikan bahawa apabila kita mengunyah epal, ianya mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tartar yang merosakkan gigi. Penyelidik Jepun pula mendakwa amalan mengupas epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. Wah, kupas epal pun ada kebaikan...yok ramai-ramai kita pergi beli epal sekarang.


3. Tembikai


Selalu kita lihat jika ada majlis kenduri atau makan-makan, buah tembikai merupakan salah satu hidangan yang akan ada. Baguslah begitu sebab buah tembikai juga ada khasiat tersendiri, antaranya ialah menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, kembung perut, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Buah tembikai yang juga antara buah kegemaran Eyza ini juga boleh merangsang kepada pertumbuhan gigi, membantu membersihkan pundi kencing, menghindarkan sejuk dan juga membantu membersihkan kulit.


4. Anggur


Semalam baru saja Eyza beli buah anggur yang mempunyai kandungan antioksidan. Antioksidan dalam buah anggur mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak di samping dapat mencegah pembentukan lemak di dalam perut. Anggur juga dapat membantu menjadikan sistem pencernaan kita menjadi lebih baik terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan yang sensitif. Kandungan phytonutrien dalam anggur diyakini dapat melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung. Ada sesiapa yang tanam anggur di rumah, dulu masa heboh mengenai penanaman anggur di Malaysia, Eyza pun jadi teruja sama hinggakan berangan nak tanam sendiri. Tapi biasalah berangan yang tak sudah saja.


CeLoTeH EyzA : Jom kita amalkan makanan buah-buahan secara teratur dalam kehidupan kita...



Tiada ulasan: