Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 12 September 2017

Mary Kay Sebagai Kerjaya Kedua


Eyza mula join sebagai Marykay Independent Beauty Consultant pada 1 Oktober 2016. 

Kenapa Eyza berminat dengan Mary Kay adalah disebabkan terpikat dengan produk-produknya terutama selepas kawan Eyza merangkap Recruiter, Sales Director Siti Norsyiqah telah memperkenalkan produk Mary Kay kepada Eyza. 

Sejujurnya pada awal Eyza mendaftar sebagai Beauty Consultant hanyalah untuk membeli produk dengan harga yang murah. Tetapi setelah merasai sendiri kehebatan produk skincare Mary Kay dalam menyelesaikan masalah kulit Izza, Izza terus jatuh cinta dengannya.


Dan sebagai langkah pertama untuk menjadi seorang Beauty Consultant, Eyza perlu menghadiri Kursus ESRS iaitu ESSENTIAL STEP TO REACH SUCCESS. Kursus ini adalah kursus tahap pertama bagi Beauty Consultant Marykay, di mana kita akan belajar tentang Mary Kay. Bukan sahaja untuk mendapatkan ilmu bisnes tapi juga untuk kita mengenal kulit, fungsi dan cara menjaganya sebaik mungkin. 


Kenapa saya join KURSUS ESRS di Mary Kay?

  1. Kerana saya ingin berjaya seperti ramai lagi successfull woman leaders dalam Mary Kay. Oleh kerana mereka telah melalui stage ini, jadi saya perlu tempuhinya juga dan menjadi seperti MEREKA!
  2. Kerana saya ingin mendapat ilmu mengenai kulit kerana sebelum ini walau pernah belajar sains di sekolah tapi dah lupa hehe, dulu hanya belajar untuk lulus exam je kan.
  3. Saya ingin belajar cara-cara bagaimana mahu memulakan bisnes Mary Kay. Teknik-teknik jualan dan approach bakal pelanggan.
  4. Saya ingin tahu pelan perniagaan yang ditawarkan oleh Marykay dan bagaimana saya boleh jana pendapatan seperti yang saya mahu serta apa pangkat-pangkat yang ada dalam MaryKay.
Apa yang saya belajar dalam kursus ini ialah :

  • Kenal siapakah sebenarnya Mary Kay
  • Meneroka dan merealiasikan impian atau GOAL kita
  • Nilai dalam Mary Kay iaitu Kepercayaan (Tuhan),Keluarga,Kerjaya
  • Konsep Go Give dan Golden Rule Basic
  • Pengetahuan tentang produk
  • Teknik berkesan menjual produk Mary Kay
  • Kenal pasti jenis-jenis kulit dan masalah-masalah kulit
  • Pengurusan dalam perniagaan termasuk masa, wang dan inventori
  • Laluan kerjaya dan seminar

Dan sebagai penghargaan saya dapat semua ni dari Mary Kay

  • Baucer RM200 yang akan ditolak dari total order saya
  • Planner Marykay
  • Creme Lipstik 
  • Sijil ESRS
  • Pin ESRS
Dalam Mary Kay, kita sememangnya akan terasa begitu dihargai. Pelbagai insentif, hadiah bulanan, cincin dan percutian akan diberikan kepada kita jika layak.

Dan yang paling utama keunikan Mary Kay adalah, nilai keutamaan dalam Mary Kay iaitu God first, Family second, Career third.