Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 29 Januari 2016

Dunia Cikgu : TAHUN KETIGA DI SM SAINS SELANGOR

Tahun ini merupakan tahun ketiga kerjaya sebagai pendidik di SM Sains Selangor. Sepanjang tiga tahun di sini, sudah merasai pentadtiran di bawah dua pengetua. 

Tahun 2016 dimulakan dengan pelbagai perubahan yang dilaksanakan demi mengangkat kembali jenama SM Sains Selangor sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Semoga 2016 akan membawa satu sinar baharu buat warga SMSS.

Ini adalah majlis pertama bagi tahun ini, Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2016. Pemimpin pelajar yang terlibat ialah :

1. Lembaga Pemimpin Pelajar
2. Pengawas Pusat Sumber
3. Pembimbing Rakan Sebaya
4. BADAR
5. Lembaga Koperasi Sekolah
6. Majlis Rumah


Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SMSS 2016