Halaman

Selasa, 10 Mei 2011

Ku Ucap Alhamdulillah


Pagi tadi Eyza jadi guru pengiring...
Hantar pelajar SMK Palong 7 ke Pesta Muzik Peringkata Daerah Jempol...
Mula-mula ingatkan dapat naik bas saja..
Tup-tup kena drive juga ke SMK Batu Kikir...
Sekolah Eyza masuk pertandingan koir, nyanyian solo L dan P, kompang formasi...
Alhamdulillah..syukur sangat padanya...
Sekolah kami menang 3 pertandingan...

1. Johan Nyanyian Solo Perempuan (diwakili oleh Ayu..bawa lagu Ketentuan-Ramlah Ram..pergh suara dia memang sedap...suka Eyza dengar)


2. Johan Kompang Formasi (Mak ai...yang ni mmg sungguh tak disangka-sangka...budak-budak berlatih dua hari sahaja sebab masing-masing sibuk berlatih untuk kawad peringkat negeri..dengan pakaian pun biasa saja..Alhamdulillah kami menang!!!!)


3. Naib Johan Koir (Yang ni syukur sangat kami menang...pakaian sekolah Eyza simple aje banding dengan sekolah lain..mulanya budak ni pun cam patah semangat aje, rasa rendah diri...tapu berkat latihan yang tak pernah jemu...dengan berbekalkan lagu Malaysia Tanah Airku dan Kalau Berpacaran..kami menang tempat kedua..syukur pada-Nya)


InsyaAllah tahun depan kami akan buat yang lebih baik...
Rancangnya tahun depan kami akan hantar penyertaan untuk tarian pula..
Oh, itulah my fav aktiviti..
TARIAN
Harap-harapnya kami akan dapat buat yang terbaik untuk Pesta Muzik 2012...
Amin....
Terima kasih buat semua yang terlibat untuk Pesta Muzik 2011...


Tiada ulasan: