Halaman

Isnin, 9 Januari 2012

HaNya TinGGaL TaK SaMPai 4 BuLaN!!!


Mak ai...serius Eyza terkejut sekarang ni. Rasanya macam lama lagi, rupanya tak lama mana pun. Masa yang tinggal tak sampai pun 4 bulan. Apatah lagi sekarang si dia pergi ke Johor Bahru untuk Operasi. Eyza ibarat patah kaki sebab selalunya kalau Eyza ke Kuala Lumpur untuk membeli barang-barang majlis kami, si dialah orangnya yang menjadi 'driver' ke sana ke mari. Tapi sekarang untuk bulan Januari ni tak dapatlah Eyza mahu ke KL mencari barang lagi, bulan Februari baru boleh kembali mulakan operasi di KL. 

Sepanjang cuti sekolah yang lepas, tak banyak pun benda yang Eyza selesaikan. Sibuk dengan menjadi Pengawas Peperiksaan dan Pemeriksa Sejarah SPM, balik kampung pun seminggu saja. Masa-masa yang lain semuanya dihabiskan dengan menghadap kertas-kertas yang berlambak banyaknya. 

Tapi Alhamdulillah, setakat ini Eyza puas hati kerana misi Eyza semasa pulang seminggu di rumah dapat dijalankan. Antara perkara yang dah selesai setakat ini ialah :

1. Bunga rozet untuk geng rewang + kendarat blok 

- Untuk bunga rozet ini, Eyza dan mak buat keputusan untuk beli yang dah siap sahaja dan kemudiannya kami staplekan saja duit RM5. Siap semuanya Eyza buat dengan bantuan si Ain sebanyak 150 rozet. Nampak macam mudah sebab cuma staple je, tapi mak ai mencabar juga sebenarnya..haha

2. Book mak andam

- Dengan mudahnya Eyza settlekan benda ni, semua ikut selera mak Eyza. Dia kata tempat ni okey, Eyza pun ikutkan ajelah. Haha...sekarang fikir macam gilalah pula. Tapi dah book dan bayar deposit RM500 pun. Hentam sajalah labu...Mungkinkah majlis ku jadi caca-merba atau aku jadi bridezilla..MasyaAllah, minta dijauhkan...Amin

3. Senaraikan nama orang blok, saudara mara dan kawan-kawan untuk goodies

4. Senaraikan kerja untuk famili dan saudara mara 

- Bantuan mereka sememangnya sangat diperlukan

5. Senaraikan menu untuk makan beradap

- Ini pengantin buruk lantak, masa pilih menu ni Eyza bincang dengan mak dan semuanya ikut selera Eyza..haha.

6. Tempah pembuat air

- Ini kerja mak Eyza dah settlekan..dah book tarikh dan bincangkan jenis air yang kami perlukan. Harga pun dah tahu iaitu RM400 untuk tiga jenis air yang kami mahukan.

7. Survey katil pengantin

- Macam-macam kedai kami jenguk, semuanya demi set katil ini. Pencarian masih belum berjaya dan akan disambung masa cuti Tahun Baru Cina nanti. Jangan Kota Tinggi dilanda banjir sudahlah.

8. Beli kain tuala untuk geng rewang

- Eyza beli di Plaza GM, Chow Kit. Serius murah berbanding tempat Eyza. Kualiti kain tuala pun elok. Harga pun berpatutan. Ceh, dah macam pengampu pula padahal bukan tuan kedai tahu pun. Masa di GM ni pun Eyza dah beli kotak brooch untuk letak brooch mutiara yang Eyza kirim dengan rakan sekerja yang pulang ke Sabah.


So, setakat ini sememangnya cuma inilah kerja yang Eyza dah selesaikan. Setiap hari timbul perasaan dalam hati...gundah gulana, resal gelisah...risau kerana banyak lagi kerja yang tak selesai. Tahun 2012 ini cukup mencabar Eyza baik dari segi fizikal mahupun mental. Banyak tugas di sekolah untuk tahun ini tambah lagi dengan tekanan nak kahwin. Boleh jadi gila rasanya...doa-doalah Eyza takkan tergolong dalam kalangan cikgu yang jadi tekanan mental. Huhu...

Anyway, harapa kalian doakan Eyza dapat lakukan yang terbaik k!!!

p/s - Eyza padam blog "Hikayat Cinta" sebab memang tak larat nak update dua blog...kerja banyak sangat. Wish me luck guys!!


Tiada ulasan: