Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 6 Oktober 2011

TaWaKaL


Petang baru saja selesai paper Sejarah PMR 2011. Perasaan Eyza tika ini sebenarnya gundah-gulana, mana taknya gundah-gulana bila anak-anak murid semua bilang sama cikgunya "susah la cikgu soklan sejarah". Haisy, Eyza rasa sederhana aje soalan tu dan banyak juga soalan yang pernah bincang keluar. Cikgu rasa tak susah mana tapi yang menjawab kata susah, jadinya cikgunya pasrah + tawakal ajelah. Usaha membantu mereka sudah dijalankan sedaya mungkin, apakah hasilnya tunggulah result keluar nanti. Sementara nak tunggu result keluar, kita enjoy!!! Erk...enjoy??? Mana boleh....peperiksaan akhir tahun pula menanti. Yeah, kerja bertimbun kembali, saya suka. Ok, Eyza ngaku propa je lebih bila kata suka tapi walau apa pun cabaran yang mendatang saya akan tabah menghadapinya. Fighting!!!!


: perangsang untuk diri sendiri :

Tiada ulasan: