Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 4 Oktober 2010

DaH BaKar BeRaPa BaNyaK????

 Tajuk cam ala-ala gempaqlah sangat, walhal Eyza cuma nak kongsi mengenai beberapa cara mudah untuk hilangkan kalori...hehe. Mari kita tinjau ada tak antara aktiviti di bawah yang kita buat pada hari ini dan berapa banyak kalori yang dah hilang:


  1. Mencuci pakaian membakar sehingga 146 kalori <ni pagi tadi Eyza dah buat dah

  2. Mengemas katil hilangkan 136 kalori <settle dah>

  3. Melipat pakaian pula dapat hilangkan 136 kalori <ada sebakul baju belum lipat lagi..huhu>

  4. Mengangkat barang-barang kering yang baru dibeli daripada pasaraya atau kedai = 170


  5. Membuat ulang kaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah dapat membakar sehingga 122   kalori  

  6. Bermain Scrabble pun boleh membantu hilangkan kalori iaitu sebanyak 102 kalori 

  7. Bagi sesiapa yang akan belajar bermain golf pada petang nanti, untuk pengetahuan anda aktiviti    
      tersebut dapat menyingkirkan kira-kira 204 kalori <Golf?? kena ganti dengan aktiviti lain, badminton 
      ok tak?>
  
  8. Dan jangan tak tahu kalau kita melakukan dandanan rambut sendiri sebelum keluar bersama kawan,
      akan dapat singkirkan 170 kalori, tapi kalau kita minta orang lain yang buatkan, kalori yang hilang 
      ialah 68 <kalau pakai tudung diambil kira juga tak..hohoho>



 Hmm bolehlah, ada juga kalori yang hilang. Tapi kan kejap lagi nak lunch, tambah semula kalori yang Eyza dah hilangkan pagi tadi...haha. Hah, berapa banyak dah kalori kawan-kawan yang hilang???

Tadi berblogwalking dan terjumpa satu blog yang menarik iaitu Diari XXL dan jumpa satu jadual mengenai panduan pemakanan dan pembakaran kalori, Eyza kongsikan sekali di sini. Selamat mencuba ~~~



p/s ~~ Gemuk memang tak baik untuk kesihatan, tapi bukan satu alasan untuk orang tak gemuk menghina orang   gemuk...paling benci dan sakit hati bila asyik kena ejek jer. Ini baru Eyza yang gemuk macam ni habis kalau yang gemuk lebih melampau tu, mesti lagi pedih ejekan yang mereka terima.

2 ulasan:

Unknown berkata...

x larat nk kira kalori..huhu

NuRuL iZZa berkata...

huhuhu...
mari kita larat2kan kira kalori..