Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 30 November 2010

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

KHaSiaT BuaH-BuaHaN

Buah-buahan sememangnya terkenal dengan kandungan serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Oleh itu, sebenarnya tidaklah menghairankan apabila pakar pemakanan sentiasa mengesyorkan amalan memakan buah-buahan sebagai pelengkap dalam diet harian yang seimbang. Eyza sendiri amat suka makan buah-buahan, setiap kali ke pasaraya bahagian buah-buahan pasti tidak lupa untuk dijengah. Berikut Eyza kongsikan beberapa jenis buah-buahan yang mempunyai kelebihan untuk membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sihat.

1. Limau gedang


Kajian mendapati buah limau besar ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan. Wah, sangat bagus untuk sesiapa yang dalam usaha menurunkan berat badan. Selain itu, buah ini juga diyakini berkhasiat untuk menghindari gejala penyakit al-zheimer bagi golongan emas kerana mempunyai antioksidan yang tinggi. Hmm...patut Eyza syorkan pada mak dan abah ni. Antara khasiat yang lain pula ialah dapat membantu mempertingkatkan kemahiran bahasa, pertimbangan logik dan keupayaan daya ingatan sekiranya diamalkan pengambilannya secara berterusan. Oleh itu, ibu-ibu di luar sana jangan lupa bagi anak-anak makan buah limau besar ini.


2. Epal


Bila sebut mengenai epal, antara yang akan terlintas di fikiran Eyza ialah cerpen Kerana Manisnya Epal. Sangat suka cerpen karya Faizal Tehrani ini. Sekiranya kawan-kawan suka minum jus epal bolehlah diteruskan kerana memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari akan dapat membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Antara sebab lain mengapa kita perlu amalkan makan epal ialah saintis British membuktikan bahawa apabila kita mengunyah epal, ianya mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tartar yang merosakkan gigi. Penyelidik Jepun pula mendakwa amalan mengupas epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. Wah, kupas epal pun ada kebaikan...yok ramai-ramai kita pergi beli epal sekarang.


3. Tembikai


Selalu kita lihat jika ada majlis kenduri atau makan-makan, buah tembikai merupakan salah satu hidangan yang akan ada. Baguslah begitu sebab buah tembikai juga ada khasiat tersendiri, antaranya ialah menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, kembung perut, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Buah tembikai yang juga antara buah kegemaran Eyza ini juga boleh merangsang kepada pertumbuhan gigi, membantu membersihkan pundi kencing, menghindarkan sejuk dan juga membantu membersihkan kulit.


4. Anggur


Semalam baru saja Eyza beli buah anggur yang mempunyai kandungan antioksidan. Antioksidan dalam buah anggur mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak di samping dapat mencegah pembentukan lemak di dalam perut. Anggur juga dapat membantu menjadikan sistem pencernaan kita menjadi lebih baik terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan yang sensitif. Kandungan phytonutrien dalam anggur diyakini dapat melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung. Ada sesiapa yang tanam anggur di rumah, dulu masa heboh mengenai penanaman anggur di Malaysia, Eyza pun jadi teruja sama hinggakan berangan nak tanam sendiri. Tapi biasalah berangan yang tak sudah saja.


CeLoTeH EyzA : Jom kita amalkan makanan buah-buahan secara teratur dalam kehidupan kita...



Isnin, 29 November 2010

ToLoNg uNDi Limau Ais & April Wilson



Atas permintaan dari en. LimauAis sendiri, Eyza pun buat entry ni. Kawan-kawan dah tau ke mengenai Nokia Socialista King & Queen???? Nak faham, baca penerangan kat bawah ni:

"Sebenarnya contest Nokia Socialista King & Queen ini bertujuan untuk mencari mereka yang aktif dalam social networking iaitu facebook dan twitter dan melayakkan mereka digelar Socialista King & Queen. Bak kata orang mereka yang memang addict and gila ber’facebook’ dan twitter tak mengira tempat dan waktu. Facebook dan twitter telah menjadi medium untuk menyebarkan maklumat dan berita terkini serta termasuk gosip panas yang lebih pantas daripada surat khabar." ~LimauAis~


Apa perlu anda buat?

1. Pergi ke Nokia Socialista King/ Queen Nominees

2. Vote untuk Limau Ais dan April Wilson

3. Isikan maklumat anda seperti Nama, E-Mail dan NRIC, Lastly, klik button Submit Your Vote.

PERINGATAN: Sila klik confirmation link dalam email anda. Kalau takde dalam inbox mesti dalam Spam. Kalau Spam takde jugak isi borang sekali lagi dan submit


Jangan lupa untuk check email anda dan mengesahkan vote anda. Terima kasih untuk mereka yang telah vote untuk kami. Jasamu dikenang. Kalau kami menang nanti kami belanja anda semua limau ais sebotol, boleh minum sampai lebam.


Vote anda amat bermakna buat kami untuk menjadikan kami antara yang popular di Malaysia. Mana lah tau nanti Limau Ais nak buat rancangan sendiri macam TMZ. Apa pon jangan lupa vote dan promote pada kawan-kawan untuk vote kami. We luv u all! Share di facebook and help us spread the word!


Sumber: Vote Limau Ais & April untuk Socialista King & Queen | LimauAis




CeLoTeH EyzA : Dah mmg tak ada idea nak buat entry lagi la nih..hahaha. Apa-apa ajelah Cik Eyza oi...jgn lupa undi ye kawan-kawan.

SeGaLaNYa TeNTaNG KaNaN



Dari Aisyah r.a katanya,
"Rasulullah lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi." (Riwayat Muslim)


Ya, siapa yang tak tahu tentang perkara ni kan, lebih-lebih lagi bagi beragama Islam memandangkan kita berwudhuk dengan mendahulukan segala yang kanan. Di sini, Eyza kongsikan sedikit perkara mengenai perkara yang berkaitan kanan sama ada mengikut Islam atau hanya fakta sebagai pengetahuan am. Selamat melayan info yang biasa-biasa ini!!!

1. Kanan adalah bahagian yang berlawanan dengan kiri.


2. Langkah kanan merupakan satu simpulan bahasa yang menunjukkan nasib baik dalam sesuatu perkara atau kejadian.

3. Orang kanan biasanya digunakan untuk merujuk kepada orang yang penting atau mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi sama ada dari segi pangkat atau yang lain-lain.



4. Menurut Islam, disarankan agar mendahulukan anggota kanan misalnya ketika makan, minum, mengambil atau memberi, berwudhuk, memotong kuku, masuk masjid dan bersalam.



5. Di Jepun, ada sebuah bandar di Osaka yang bernama Kanan.



6. Otak kanan lebih cenderung kepada irama, imaginasi, kreatif dan yang berkaitan dengannya.



7. Pemilik blog ini bukanlah pengguna tangan kanan...Eyza kidal...hahaha.



CeLoTeH EyzA : Sila abaikan yang ke-7 tu yerk...hehe.



Ahad, 28 November 2010

CHiKi DaH TiaDa



Dah hampir dua minggu sebenarnya Chiki pergi, tapi baru hari ni Eyza mampu nak cerita pasal pemergian Chiki. Ketika Chiki sakit, tak sanggup rasanya nak tengok dia tanggung penderitaan tu. Dia nak beranak tapi tak boleh, hanya darah sahaja yang keluar meleleh. Bila dah macam tu, Chiki dihurung lalat sebab bau hanyir darah tu menarik perhatian lalat durjana. Eyza usap kepala Chiki sambil cakap "Chiki pergi jelah, tak yah tahan lagi." Walaupun tak sanggup nak cakap, tapi terpaksa cakap juga. Lama juga Chiki bertahan iaitu selama tiga hari dia tanggung kesakitan tanpa makan dan minum. Sekali sekala Adik Ain suapkan air pada Chiki. Tapi pada hari Chiki pergi iaitu 14hb November, petangnya Adik Ain sempat mandikan dan bersihkan Chiki. Sekurang-kurangnya, dapat ringankan penderitaan dia. Malam tu, bila Adik keluar cari Chiki, dia dah tak ada.

Esoknya Eyza dan Adik keluar cari Chiki keliling kawasan rumah. Tapi Chiki memang dah tak ada. Orang selalu kata, kalau kucing sayang tuannya, kucing tu tak akan mati depan tuannya. Sebak sampai hari ni masih terasa, bila tengok gambar dia, bila cerita pasal Chiki...air mata pasti bergenang. Rindu pada Chiki takkan hilang, sama seperti Eyza masih rindu pada Nora dan Bujang sampai sekarang walaupun mereka dah lama tak ada. 

Sekarang yang tinggal cuma anak-anak Chiki, gelagat mereka menjadi pengubat kerinduan pada Chiki. Putam sebagai kakak mengambil alih peranan Chiki, memang mereka kucing tapi itulah kenyataannya. Lepas Chiki tak ada, dapat dilihat perubahan  Putam yang seperti lebih menjaga adik-adiknya, Memey dan Bobo. Yang paling sedih bila satu hari tu terlihat aksi Memey mahu menyusu dengan Putam, sedangkan Putam tu manalah ada susu lagi. Sayu hati lihat peristiwa tu. Sekarang ni, Memey dan Bobo dah pandai panjat tingkat bilik Eyza. Sama saja perangainya dengan Chiki. Bila Chiki dah pergi, tiadalah lagi cerita Keluh Kesah Chiki yang hanya sempat Eyza buat 2 Episod:



Chiki memang dah tiada tapi kenangannya tetap ada. Moga anak-anak Chiki, Putam, Memey dan Bobo dapat terus membesar dan hidup dengan sihat. Di sini, Eyza kongsikan gambar-gambar Chiki dari kecil, sebagai kenang-kenangan buat Eyza.


Chiki yang pakai celak..hehe


Tika masih remaja...hoho


Hobi paling utama...lepak2 di tingkap...


Chiki si ekor kontot yang manja...


Masa ni baru je lahirkan Putam dan yang lain (putam je yang hidup)


Tempat kedua paling best untuk lepak...


Tido di lengan kak Eyza...


Tengah malam buta, sibuk main di tingkap...


Chiki masa kecil, muka cuak sebab Adik curi dari mak dia...haha


Putam tido dengan mak dia...


Masa ni Memey dan Bobo dalam perut lagi...


Tadaa...Bobo dan Memey dah kuar dari perut...


CeLoTeH EyzA : Saya sangat suka sama kucing saya walaupun kucing saya tak secomel kucing orang lain..teringin nak jadi seperti pemilik blog Kucing Terbiar..insyaAllah moga satu hari nanti akan tercapai..



Sabtu, 27 November 2010

Dia PuN MiNaT SaMa


Sukan Asia 2010 secara rasminya telah pun berakhir hari ini...

Yeah, tahniah buat negara kita yang berjaya meraih 9 pingat emas...

Tapi kali ni Eyza nak ceritakan mengenai gelagat si Putam....

Sibuk Eyza tengok sukan, dia pun nak join sama...

Yang tak tahan tu acara yang dia tengok terjun kategori lelaki..

Hahaha...






CeLoTeH EyzA : Agaknya si Putam ni jeles tengok penerjun tu boleh lompat-lompat, sedangkan dia gayat..memang dari kecil gayat, sampai sekarang tak pandai lompat yang tinggi-tinggi walhal adik-adik dia dah pandai panjat tingkap lagi...


Jumaat, 26 November 2010

KiTa BerJaYa TePaTi SaSaRaN



Akhirnya 9 emas sudah berjaya diraih apabila pasukan skuasy wanita negara kita melengkapkan sasaran emas tersebut. Walaupun sedikit kecewa kerana peluang kita untuk meraih emas melebihi sasaran melalui acara hoki dan skuasy lelaki tak berjaya tapi tetap rasa bersyukur dan bangga dengan pencapaian negara kita. Bangga jadi anak Malaysia!!!


Esok Sukan Asia 2010 akan melabuhkan tirainya secara rasmi dan apa yang pasti Sukan Asia kali ini, persembahan atlet negara tidak menghampakan. Masih ada ruang untuk memperbaiki segala kekurangan dan lebih banyak pendedahan perlu diberikan kepada atlet muda negara. 

Tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia ke Sukan Asia!!!!




CeLoTeH EyzA : Eyza paling suka menonton acara gimrama, terjun dan skuasy....

Khamis, 25 November 2010

SaSaRaN MaKiN PaSTi DaLaM GeNgGaMan



Ya, Eyza sangat teruja menantikan hari esok tiba..
Sasaran Malaysia untuk meraih 9 emas di Sukan Asia 2010 semakin pasti dalam genggaman..
Alhamdulillah, walaupun jika nak dibandingkan dengan China, 9 emas ini bukanlah apa sangat..
Tapi sekurang-kurangnya kita tak pulang dengan tangan kosong...

GO GO MALAYSIA!!!!!

Tahniah buat kontinjen Malaysia yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh...
Kedudukan pungutan pingat terkini adalah seperti berikut :

Medal Tally
RankNOCGoldSilverBronzeTotal
1China1739386352
2Korea715981211
3Japan366674176
4Iran16101945
5Chinese Taipei12123357
6Thailand973046
7Hong Kong, China8141537
8Malaysia8141133
9Kazakhstan7143152
10India7132646
11Uzbekistan5131937
12DPR Korea5101833
13Indonesia491124
14Singapore47617
15Athletes from Kuwait3519
16Qatar34512
17Saudi Arabia3249
18Bahrain3036
19Philippines22913
20Mongolia12912
21Kyrgyzstan1214
Pakistan1214
23Macao, China1124
24Jordan1113
25Tajikistan1034
26Viet Nam0141226
27Myanmar0538
28United Arab Emirates0303
29Lebanon0123
30Afghanistan0112
31Bangladesh0101
32Iraq0022
Lao PDR0022
34Nepal0011
Oman0011
Syria0011