Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label BLoG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BLoG. Papar semua catatan

Khamis, 21 Januari 2016

Bertahun Blog Ditinggal Sepi


Setelah bertahun blog ini ditinggal sepi, sekarang keinginan untuk kembali berblog kembali membuak-buak. Memang lama sungguh tidak mengabadikan cerita kehidupan dalam blog. 

Perkahwinan pun sudah menjangkau usia 4 tahun, anak sulung sudah mencapai usia 1 tahun 8 bulan. Dan jika tiada sebarang masalah, in sha Allah bulan Jun nanti Ammar akan menerima kehadiran adiknya. 


Inilah putera sulung kesayangan.
Kehadiran yang ditunggu-tunggu selama hampir 1 tahun 3 bulan setelah berkahwin.
Kehadirannya menjadi penyeri buat kedua-dua keluarga aku dan Fizam kerana dialah cucu sulung untuk kedua-dua keluarga. Cucu yang dinanti-nantikan.
Kini, kehidupan kami bakal diserikan lagi dengan kehadiran adiknya pula.
Nama belum ada kerana jantina masih belum diketahui.

Cukuplah coretan permulaan ini.
Kering juga idea setelah lama tak menulis.

Terima kasih buat mereka yang menjenguk blog ini sepanjang ianya ditinggalkan sepi sahaja.



Sabtu, 19 Oktober 2013

Kembali beraksi

Lama sungguh tidak mengupdate blog sendiri...
Kesibukan membataskan kemampuan apatah lagi mood hilang ke mana...
Teruk benar perangai blogger seperti aku ini..
Tapi suka juga setelah hampir setahun tidak update, masih ada yang ada yang berkunjung walaupun sekadar seorang dua dalam satu hari...
Berusahalah aku untuk kembali berblog...


Sabtu, 30 April 2011

KaSiHaN SaMa BLoG


Eyza masih ingat lagi masa awal dulu Eyza buat blog ni...
Semangat berkobar-kobar...
Beriya-iya nak mengupdate dengan pelbagai kisah dan coretan...
Tapi sekarang semua tu tinggal cita-cita aje...
Kasihan sama blog ni..
Maafkan Eyza...
Memang Eyza yang bersalah..
Bila mahu berubah hah Cik Eyza???
Yang pasti masih tiada jawapan yang nak dinyatakan...
Hanya boleh minta maaf aje...


Ahad, 20 Mac 2011

bLoG No.2


Ceh..ada blog yang satu ni pun update susah gila..
Ada hati nak buat blog satu lagi..
Huhu...
Mesti ada kata camtu kat Eyza..
Sob..sob..sob..
Maafkan saya kerana saya sudah berangan-angan sejak dari dulu..
Untuk memiliki blog mengenai perjalanan saya sbg B2B...
Sejak mengenal dunia blog..
Eyza memang selalu terjah blog mengenai B2B atau ex-B2B ni..
Sangat seronok membaca pengalaman, idea dan persiapan mereka...
So, disebabkan saya bakal jadi tunangan orang dan nantinya bakal jadi B2B..
Eyza nak juga buat blog yang kedua ni..
Dikhaskan untuk berkongsi cerita mengenai perjalanan persiapan Eyza...
Jangan lupa singgah di sana ya!!!


Maaf ya, nama blog tu lum dipilih secara tetap lagi..
Mungkin akan berubah bila dah datang idea baru..
Hehe..tata & selamat membaca...


Isnin, 14 Mac 2011

SaYa SaYaNg BLoG SaYa...


Sob..sob..sob..
Confirm dah memang jadi hangat-hangat bunga tahi ayam...
Bukan main lagi berkobarnya Eyza hari tu..
Mahu update blog selalu..
Tapi bila kembali sahaja bersekolah..
Persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah lebih memerlukan komitmen Eyza...
Pagi mengajar..
Petang ke sekolah melatih perbarisan rumah sukan..
Malam kepenatan sambil mencari idea untuk perbarisan..
Akhirnya blog juga yang terpaksa dianaktirikan...
Maafkan saya my darling blog..
Sob..sob..sob..
Agaknya kalaulah blog ni boleh berkata-kata...
Mungkin dijawabnya ,
"Tiada maaf bagimu..."
Hohoho...

Semalam Eyza dah sampai di Bukit Easter..
So, sampai hari Khamis ni bolehlah diupdate selalu blog Eyza ini..
Sambil itu juga bolehlah Eyza berblogwalking...
Hehehe...
Target untuk aktiviti masa cuti ialah...
BLOGGING & BLOGWALKING...
Amin....


Ahad, 6 Februari 2011

Header oh Header!!!


Aduyai...
Ntah apa-apa je header blog Eyza ni...
No idea la nak wat header baru ni...
Gunalah dulu yang itu...
So, Eyza minta maaf sebab kedatangan anda semua ke blog biasa 
ini dicacatkan sedikit pandangan matanya...
Huhuhu...maaf ya!!!


Sabtu, 5 Februari 2011

SaYa KeMBaLi!!!!


Iya, Eyza kembali mengupdate blog ni..
Eyza berazam mulai hari ini Eyza akan kembali berblogwalking...
Tak mau lagi blog bersawang sana sini...
Walau apa pun halangan yang akan tiba..
Eyza akan cuba dan terus mencuba mengupdate blog...
Chewah...
Cik Eyza yang bersemangat beriya-iya ni...
Janganlah jadi hangat-hangat bunga tahi ayam udah la yerk...
*hehe...suka-suki je tambah bunga

Okay, kawan-kawan blogger..
Sampai jumpa nanti...



Ahad, 21 November 2010

LaMa MeNyePi ~~~

Lama sungguh Eyza tak update blog ni...mak ai, last update 11 November. Hari ni dah 21 November, harapnya En.Nuffnang tak hilang dari Eyza nanti. Bukan tak nak update, tapi pelbagai halangan datang menimpa. Lepas ketenangan hidup Eyza mula terganggu bermula 11 November, mood untuk update blog dan online Facebook hilang entah ke mana. Kemudian, internet di rumah pula disambar petir. Dah tak ada internet, makinlah tak boleh update blog. 


Sekarang mood telah kembali setelah lama Eyza menyepi dari dunia blogging, tapi ada satu masalah lagi datang menghalang. Eyza akan ke suatu negeri, merantau demi kerjaya. Nak tahu negeri apa?? Nanti Eyza akan beritahu pada entry yang selepas ini (konon-kononnya supaya nak orang datang kembali baca entry Eyza..hehehe). 





CeLoTeH EyzA : Eyza akan berblogwalking sebanyak yang mungkin, membalas segala kunjungan kawan-kawan yang datang sebelum ni....

Rabu, 10 November 2010

Dia YaNg Ke-150


Sudah ada follower ke-150 yang bertuah...
Whee ~~~
Insan tersebut merupakan pemilik belog


Suai kenal pemilik belog ini (hanya secara rawak melalui pemerhatian Eyza k):

1. Seorang yang suka shopping & melancong ke sana sini situ sinun...hehe. ~~~> diakui oleh beliau sendiri "I'm shopaholic, very very shopaholic and travelholic"

2. Dia jual sesuatu yang sgt menarik dikenali sebagai PB (kalau nak tau apa dia, sila-silalah berkunjung ke belog beliau) 




CeLoTeH EyzA : Thanx semua yang jadi follower Eyza, mari kita berblogging...



Khamis, 28 Oktober 2010

Dia YaNg Ke-100



Pertamanya, sebelum perkenalkan insan bertuah ke-100 yang menjadi follower belog Eyza...
Eyza ucapkan jutaan terima kasih pada follower ke-51-99...
Tanpa kalian, tidak akan cukup jumlah ini menjadi 100...


Baiklah, tanpa membuang masa lagi (skemanya la Cik Eyza ni)..
Dia yang ke-100 ialah belog



3 Perkara Tentang Tuan Empunya Belog yang katanya banyak songeh ini..hehehe

  1. Orangnya comel molek, manis wajahnya (serius Eyza suka tengok gambar kat header dia tu)
2. Belognya simple but very nice (ini pendapat peribadi ok)

3. Sedang anjurkan giveaway yang tersangat menarik...(Eyza mahu join, harap berkesempatan buat entrynya sebelum tarikh tutup)


Okey, cukup setakat ini sahaja..kalau nak tahu lebih mengenai Cik Anita silalah ke belog beliau..hehe


CeLoTeH EyzA : Kawan-kawan, yok berblogwalking...



Rabu, 27 Oktober 2010

JuJuRLaH PaDaKu


Tadi semasa berblogwalking..
Jumpa entry pasal auto-blogwalking...
Ramai blogger lain yang dah keluarkan entry mengenai masalah ini..
Jadi, Eyza ingin uar-uarkan di sini..
Pada kalian yang sudi singgah di blog Eyza yang biasa-biasa ini...
Tolong tinggalkan jejak anda bersama smiley sekali boleh???
Sebab mereka yang pro kata ada smiley antara bukti bukan autoblogwalking..
Software autoblogwalking tiada smiley...
***Tapi tak tau la pula kalau dah ada yang terlebih maju..
Buat mereka yang terlibat dengan benda alah itu...

JUJURLAH PADAKU..

kerana

CeLoTeH EyzA : Eyza dahlah memang jarang dapat blogwalking, tapi biasanya Eyza akan balas kunjungan setiap visitor...kecewanya kalau belog Eyza pun ada yang hanya guna software tu...


Khamis, 21 Oktober 2010

K.O.S.O.N.G

Masuk hari ini dah dua hari...

Otak kosong tanpa idea...

Jadinya tiada entry baru...

Aduyai...ke mana menghilangnya dikau wahai idea-idea bernas lagi mantopp...

Tengok blog lain, hati penuh cemburu huhu...

Moga dikau akan datang nanti...

Anyway, keep smiling everyone!!!!


Rabu, 13 Oktober 2010

TiaDa SeLaMa 3 HaRi

Esok Eyza akan bertolak ke Tg Malim..
Sebab 14hb hari Khamis ini Eyza akan bergraduasi..
Akhirnya setelah 4 tahun, dapat juga Eyza terima ijazah..
Walaupun bukan kelas pertama, Eyza bersyukur sangat...

Eyza akan berada di bumi ilmiah sana selama 3 hari 2 malam...
Doakan Eyza selamat sampai ke sana & pulang ke Johor semula ye kawan-kawan..
Nanti dah balik Johor semula..
Eyza update lagi dengan cerita-cerita tika berkonvo..
Harap-harapnya masih ada yang sudi menjengah blog biasa ini sepanjang Eyza cuti berblogwalking...
Hehe...



Jumaat, 8 Oktober 2010

Dia YaNg Ke-50

Alhamdulillah, akhirnya sudah ada 50 followers...


Walaupun jumlah ini bukanlah seberapa jika nak dibandingkan dengan blog-blog lain yang lebih best...
Tapi asalkan Eyza sangat gembira, cukuplah...


Dia yang ke-50 tersebut ialah ~~~~>


3 hal tentang blog mummynemo :

1. merupakan orang Sabah (Sabahan Blogger)

2. ada anak yang dipanggil nemo

3. rasanya peminat warna biru kot hehe... sebab blognya warna biru (betul ke ellen??)


"Segalanya bermula di sini, Persahabatan Tercipta, Kasih Bersemi" 

CeLoTeH EyzA ~~ Thanx buat anda2 yang mencukupkan jumlah tersebut kpd 50...moga ukhwah sesama blogger berkekalan...shalalala ~~ hati manyak senang maa

Isnin, 5 Julai 2010

Blog oH Blog!!!!


SEBELUM KEJA DI KEDAI MAK ~~~ 

rancangannya adalah nk update blog ni sekerap mungkin...
bila baca blog org lain yg sentiasa berupdate..
mmg jd teruja nk update blog dgn cite2 biasa dlm hidup ni...

TAPI

SETELAH KEJA DI KEDAI MAK ~~~

kesibukan hidup mengatasi keinginan nk mengupdate blog..
aduyai...plz help me!!!
nk update tp bila bukak jer, mata jd mkin layu n idea ntah hlg ke mana...



BERMULA SAAT INI, BERJANJI PADA DIRI UNTUK CUBA DAN CUBA UPDATE BLOG!!!!

EYZA ~~~
CHAIYOK..CHAIYOK

Ahad, 13 Jun 2010

Blog Baru ~~~ (^_^)V

Hai...sbg permulaan utk blog ni sebenarnya tak tau nk tulis apa sbg kata aluan...haha..(mesti korang terpk ~ mak ai, skemanyer minah nih)...ok, walopn korang takde tanya soalan pn..eyza nk tanya n jawab sndiri..hahaha..tgk tuh punya byk masa terluang sampai leh tanya soalan pada diri sendiri...

Knape buat blog baru????? 

Ntah la...takde sebab yg spesifik pun..cuma teringin nk buat yg baru dan nk delete yg lama tuh...blog lama tuh ntah jadi apa ntah dah...tgn nih dok gatal godeh sana, godeh sini...pastu tibe2 de member mngadu x ley komen post2 eyza..x syok la kalo camtu kn..so better sbg permulaan utk memulakan kehidupan yang baru ni (sbg penganggur~baru habis blaja blahjar kat UPSI)...so wujud la blog baru yang masih  diberi nama HiDuP SeInDaH BiaSa.....

Nape guna alisyasophia????

Eyza suka sangat dgn nama nih...sejak zaman sekolah lagi...Iyelah dolu2 kn gila sgt baca novel, pastu kn penulis novel tuh guna mcam2 nama pena yg besh2...so masa tuh tgn ni dok gatal la nak reka nama sndiri..mne le tau dpt tulis novel satu ari nti kn...maka, terciptalah ALISYA SOPHIA...kekal sampai ke tua, silap2 nti nama anak pn guna nama tu..huahuahua

Ok la...nanti eyza update lagi kalo2 de masa terluang la...buat masa ni, penganggur terhormat ni hanya ada idea ciput jer...so stop here...

TO BE CONTINUED.....