Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 12 September 2017

Dunia Cikgu : Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan, Gotong-royong Earth Warriors dan Hari Keluarga SMSS 2017




9 September 2017..
Macam-macam program dalam masa satu hari.
Phewww..
Penat tapi seronok la jugak.
Walaupun sedikit kecewa sebab buah-buahannya tak banyak pilihan.

1. Gotong-royong Earth Warriors



2. Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan bersama FAMA




3. Hari Keluarga SM Sains Selangor 




Ada satu lagi program dalam hari yang sama, tapi Eyza asingkan sebab nak buat special post untuk Bengkel Sejarah SPM 2017 tu.

See u guys soon.

Mary Kay : Botanical Effect Evolution



 Produk terbaru  dari Mary Kay 

Botanical Effect Evolution 

Siapa yang  sesuai guna produk ini??
Okay, meh Eyza terangkan :

Set ini adalah pertama kali Mary Kay keluarkan untuk remaja semuda usia 12 tahun ke atas. 

Jadi bagi yang ada anak-anak remaja yang dah mula perlukan perhatian untuk wajah mereka, set Botanical Effect Evo inilah yang sesuai untuk mereka.

🍑BOTANICAL EFFECT SKIN CARE NEW EVOLUTION🍑 

🍓GEL PEMBERSIHAN
⁃ Mencuci setiap hari, pagi dan malam, untuk bersih yang mendalam, mengurangkan pada wajah 

🍓SCRUB MENYEGARKAN
⁃ Pengelupasan untuk membuang kulit mati dan kusam serta membersih sehingga ke liang pori dan meratakan tona kulit (cerah x sekata) 

🍓 TONER MENYEGARKAN
⁃ Membersihkan kesan kotoran
⁃ Menutup dan mengecilkan liang pori
⁃ Menanggalkan sel-sel kulit mati
⁃ Untuk pembersihan yang lengkap 

🍓 GEL PELEMBAP
⁃ Penyerapan gel yang cepat, tidak berasa berminyak, namun ia melembapkan kulit untuk 12 jam. malaysia da mula pnas jd perlukan lbh lembapan agar skin x kering dan kasar 

🍓LOSYEN PELEMBAP SPF 30 PERLINDUNGAN MATAHARI
⁃ Anda akan mendapat perlindungan cahaya matahari ditambah dengan 12 jam kelembapan dalam satu langkah mudah.elak muka burn dan bebelang!!adik2 balik skolah tu elok la pakai.😱😱 

🍋LANGKAH-LANGKAH: 

✨ GEL PEMBERSIH
⁃ Mencuci setiap hari, pagi dan malam, untuk pembersihan yang mendalam. 

✨ SKRUB MENYEGARKAN
⁃ Pengunaan 2 atau 3 kali seminggu. 

✨ TONER MENYEGARKAN
⁃ Digunakan setiap hari, pagi, malam, untuk yang pembersihan yang lengkap. 

✨GEL PELEMBAP
⁃ Pakai setiap hari, pagi dan malam, untuk kulit yang terasa lembut dan licin. 

✨LOSYEN PELEMBAP SPF 30 PERLINDUNGAN MATAHARI
⁃ Guna bila perlu untuk kelembapan dan perlindungan cahaya

Tahan sehingga 6-12 bulan penggunaan...best kan?
Sangat jimat dan bermanfaat utk kulit. 

:: Kalau nak cuba dan perlukan khidmat nasihat mengenai kulit anda, boleh perunding kecantikan anda segera!! 

Healthy habits in a hectic world, super foods for super fresh skin care


Mary Kay : Sail to the Moon


Produk Terbaru Untuk Body Yang Sangat Fresh 🐚🌬🌫🏄⛵️
.
Sail to the Moon
.
Aroma citrus-bunga ini memberi semangat dan menginspirasi dalam pengembaraan anda.
.
Shower Gel, beraroma limau gedang merah jambu dan bunga beri.
.
Body Lotion, mempunyai honeysuckle karang, tuberose dan melati India.
.
Fragrance Mist, adalah kasturi sutera.
.
Pasangkan Mist Fragrance dengan Sail to the Moon™ Shower Gel dan Lotion Badan dalam koleksi Uolls. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah bulan madu, hantaran kahwin dan juga ideal untuk diberikan kepada insan yang istimewa.





Mary Kay Sebagai Kerjaya Kedua


Eyza mula join sebagai Marykay Independent Beauty Consultant pada 1 Oktober 2016. 

Kenapa Eyza berminat dengan Mary Kay adalah disebabkan terpikat dengan produk-produknya terutama selepas kawan Eyza merangkap Recruiter, Sales Director Siti Norsyiqah telah memperkenalkan produk Mary Kay kepada Eyza. 

Sejujurnya pada awal Eyza mendaftar sebagai Beauty Consultant hanyalah untuk membeli produk dengan harga yang murah. Tetapi setelah merasai sendiri kehebatan produk skincare Mary Kay dalam menyelesaikan masalah kulit Izza, Izza terus jatuh cinta dengannya.


Dan sebagai langkah pertama untuk menjadi seorang Beauty Consultant, Eyza perlu menghadiri Kursus ESRS iaitu ESSENTIAL STEP TO REACH SUCCESS. Kursus ini adalah kursus tahap pertama bagi Beauty Consultant Marykay, di mana kita akan belajar tentang Mary Kay. Bukan sahaja untuk mendapatkan ilmu bisnes tapi juga untuk kita mengenal kulit, fungsi dan cara menjaganya sebaik mungkin. 


Kenapa saya join KURSUS ESRS di Mary Kay?

  1. Kerana saya ingin berjaya seperti ramai lagi successfull woman leaders dalam Mary Kay. Oleh kerana mereka telah melalui stage ini, jadi saya perlu tempuhinya juga dan menjadi seperti MEREKA!
  2. Kerana saya ingin mendapat ilmu mengenai kulit kerana sebelum ini walau pernah belajar sains di sekolah tapi dah lupa hehe, dulu hanya belajar untuk lulus exam je kan.
  3. Saya ingin belajar cara-cara bagaimana mahu memulakan bisnes Mary Kay. Teknik-teknik jualan dan approach bakal pelanggan.
  4. Saya ingin tahu pelan perniagaan yang ditawarkan oleh Marykay dan bagaimana saya boleh jana pendapatan seperti yang saya mahu serta apa pangkat-pangkat yang ada dalam MaryKay.
Apa yang saya belajar dalam kursus ini ialah :

  • Kenal siapakah sebenarnya Mary Kay
  • Meneroka dan merealiasikan impian atau GOAL kita
  • Nilai dalam Mary Kay iaitu Kepercayaan (Tuhan),Keluarga,Kerjaya
  • Konsep Go Give dan Golden Rule Basic
  • Pengetahuan tentang produk
  • Teknik berkesan menjual produk Mary Kay
  • Kenal pasti jenis-jenis kulit dan masalah-masalah kulit
  • Pengurusan dalam perniagaan termasuk masa, wang dan inventori
  • Laluan kerjaya dan seminar

Dan sebagai penghargaan saya dapat semua ni dari Mary Kay

  • Baucer RM200 yang akan ditolak dari total order saya
  • Planner Marykay
  • Creme Lipstik 
  • Sijil ESRS
  • Pin ESRS
Dalam Mary Kay, kita sememangnya akan terasa begitu dihargai. Pelbagai insentif, hadiah bulanan, cincin dan percutian akan diberikan kepada kita jika layak.

Dan yang paling utama keunikan Mary Kay adalah, nilai keutamaan dalam Mary Kay iaitu God first, Family second, Career third.