Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label PeRiBaDi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PeRiBaDi. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

SaYaNG Dia

 Ya...Eyza sangat sayangkan dia..
Dia yang Eyza panggil MAK..
Dialah ibu terbaik..
Dialah guru yang sejati..
Dialah teman bergaduh...
Dialah sahabat bergurau senda...
Dialah tempat mengadu..
Dialah tukang masak paling handal...
Dia adalah segala-galanya...



Terima kasih, mak..
Untuk segalanya..
Selama 25 tahun Along ada di samping mak...
Maafkan segala kekhilafan Along sebagai anak...
Terima kasih sebab mak sentiasa di sisi Along, Abang dan Adik...
Sabar melayan karenah kami...
Maklah ibu terbaik untuk kami...
Terima kasih kerana menjadi sahabat kami...

Esok Hari Ibu..
Hari-hari kita sayang ibu kita kan..
Tapi sempena Hari Ibu..
Kita mahukan dia dapat layanan paling istimewa...
Lebih istimewa dari hari-hari yang biasa...
Mari semua kita sayang ibu, umi, mak, bonda dan apa-apa sahajalah gelarannya...
Yang paling penting kita sayang mereka...


CeLoTeH EyzA ~~ Dari mana datangnya perangai gila-gila kami, dari emaklah kami warisi...haha

Sabtu, 30 April 2011

oBSeS PaDa BuKu


Minggu ni cuti sampai Isnin...
Esok Eyza plan nak ke Kuala Lumpur..
Berjumpa kekasih hati...
Hehehe...
And then, Eyza mahu minta dia bawa Eyza ke PWTC..
Last day Pesta Buku Antarabangsa...



Eyza mesti pergi..

M.E.S.T.I

Dah lama rasanya tak membeli buku-buku ilmiah buat santapan minda...
So, nantikan Eyza update ceritanya okey...
Lagi satu, sebenarnya ni kali pertama Eyza nak gi Pesta Buku ni tau..
Teruk betul kan...isy..isy..isy...
Jadi, walau apa pun halangannya..
Eyza mesti cuba juga pergi esok...
Fighting!!!





Isnin, 21 Mac 2011

BFF dah bertunang!!!


Tanggal 13.03.2011 yang lalu my BFF telah bertunang..
Eyza tak dapat datang pun ke majlis pertunangannya...
Bukan tak mau datang tapi ada perkara lain yang lebih penting..
Iyalah 12hb tu Eyza ke KL mencari barang hantaran tunang..
So, 13hb baru la nak gerak balik ke Johor..
Kiranya masuk yang terbaru ni dah dua orang kawan baik Eyza telah sah menjadi tunangan orang...
Ayuniza & Susilawatie...
Sue telah pun bertunang pada 21 November 2010...
Ayu pun tak lama lagi iaitu bulan Julai ini dia akan melangsungkan perkahwinannya..
Wah, seperti tak disangka-sangka..
Dia yang nak kahwin lambat..
Tapi rupanya dia kahwin dulu...
Huuuhuhu....
Mungkin lepas ni giliran Sue pula...
Anyway, Eyza mendoakan yang terbaik buat mereka berdua..
Moga kami akan terus berkawan sampai bila-bila...
Amin..


Ni Ayuniza di majlis pertunangannya...oren gitu!!!




Ahad, 6 Februari 2011

eSoK HaRi aPa Ya???


Oh tidak...
Ahad telah tiba dan esok adalah hari......
Awat cepat sangat hari itu tiba...
Terasa singkat gila cuti..
Tak puas lagi nak berpoya-poya...
Wah, kalau dah cikgu ni berperasaan begini...
Apa cerita pulak dengan student cikgu...
Hahaha...

Okay, berfikiran dan berperasaan positif...
Memandangkan hari itu akan tiba dalam masa tak sampai 24 jam...
Kenalah mempersiapkan diri dahulu...
Nanti dah siap semuanya..
Eyza kembali berblogwalking ok..

*Mood nak wat keje nga ada nih...so better Eyza buat dulu...




Khamis, 13 Januari 2011

25 tahun


25 tahun...
Ya, Eyza sudah genap 25 tahun hari ni...

"SELAMAT HARI LAHIR"

Hahaha, apa jenis manusia ni..
Buat ucapan untuk diri sendiri di blog sendiri...

Terasa diri semakin tua...
Tapi juga dalam masa yang sama terasa seperti masih di alam persekolahan...
Wah, mesti ada yang kata perasan muda betul budak sekor ni...
Hahaha...sebenarnya bukan perasan muda..
Tapi jiwa muda apatah lagi setiap hari dikelilingi student...
Student yang macam-macam ragam ni membuatkan diri sentiasa terkenangkan zaman waktu muda-muda remaja dulu...

Anyway..
Bermulanya hari ini...
Eyza rasa Eyza sudah semakin bersedia untuk menghadapi segala-galanya...
Menjadi guru yang bukan mudah seperti disangka oleh orang lain...
Jadi apa pun cabarannya lepas ni...
Eyza akan cuba tabah untuk mengharunginya...
Untuk menjadi isteri kepada seorang suami juga bukan mudah perjalanannya...
Ops, jangan salah faham pula...
Eyza belum nak kahwin lagi la..
Hanya merancang untuk ke arah itu...
Moga jodoh kami kekal...
Dan satu lagi ialah untuk membahagiakan famili Eyza...
Untuk mak dan abah yang telah banyak berkorban..
Untuk adik-adik yang macam-macam karenahnya..
Moga Eyza akan dapat membuat mereka bahagia walaupun hanya sebesar kuman...
Huhuhu...

Oklah, tak boleh nak bebel lama..
Mahu bersiap-siap ke sekolah...
Tata...titi...tutu


Selasa, 4 Januari 2011

KeRJaYa BeRMuLa ~~~~


Sudah dua hari Eyza memulakan kerjaya pilihan Eyza...
Mulanya pada hari pertama debaran itu tetap dirasai...
Tapi bila hari ni dah masuk hari kedua...
Eyza mula dapat menyesuaikan diri...
Suasana sekolah yang amat positif di SMK Palong Tujuh ni...
Teman-teman guru yang prihatin dan sangat membantu...
Pelajar-pelajar yang bagus dan kebanyakannya amat berminat untuk belajar...
Pelajar nakal itu tetap ada...
Tapi nakal yang biasalah...
Bak kata orang tua-tua, nakal budak-budak baru nak naik...

Susah mahu update blog di sini...
Broadband ni jarang-jarang kuar lampu biru tu..
Kalau dah hijau lembap tu...
Nak update pun terasa malas..
Risau sangat bila fikir Eyza dah lama tak update..
Berminggu sudah tak blogwalking...
Harapnya bila hidup dah stabil di sini..
Dapatlah guna streamyx dan bolehlah diupdate selalu blog Eyza ni...
Harap sabar menanti Eyza membalas kunjungan kawan-kawan semua...
InsyaAllah ~~~

Sampai ketemu lagi di lain waktu...




Selasa, 28 Disember 2010

FeLDa PaLoNG TuJuH

Ya, Eyza sekarang berada di Felda Palong 7...
Jauh beribu batu dari Felda Bukit Easter...


Berada di sini tiada banyak bezanya dengan felda Eyza...
Orangnya yang ramah, makanannya yang murah...
Walau jauh dari bandar besar...
Barangan yang dijual di sini tetap lengkap...
Sudah hampir enam hari di sini...
Bersama memulakan kehidupan baru bersama rakan-rakan baru...
Ieta, Ziekin, Shila dan Najib...
Rakan-rakan seangkatan dengan Eyza...
Walau baru sahaja berkenalan tapi seperti sudah bertahun kami bersama...
Moga persahabatan  ini tetap berkekalan...
Oklah, nanti di lain hari Eyza ceritakan lagi pasal mereka ber4..
Sedih sebab dah jarang update blog...
Masa & keadaan tak mengizinkan..
Harap En. Nuffnang memahami kesusahan Eyza ini...

Sampai di sini..
Salam 1Malaysia sehingga kita berjumpa lagi nanti..
*erk..berjumpa???aduyai...apa-apa ajolah...






Khamis, 23 Disember 2010

HiJRaH DaKu

Cuma tinggal beberapa hari saja lagi..
24hb ni Eyza akan berangkat ke Gemas..
Dari Felda Bukit Easter berhijrah ke Felda Palong 7...
Memulakan tugas dengan kerjaya baru...
Dari seorang pelajar kini memulakan perjalanan sebagai seorang pendidik...
Keterujaan itu memang ada untuk memulakan lembaran kisah hidup yang baru...




Tapi dalam hati sedih itu tetap datang bertandang...
Terasa sebak mahu meninggalkan rumah...
Meninggalkan mak dan abah kembali berniaga berdua...
Pasti mak abah akan sedikit kelam kabut berniaga tanpa Eyza..
Iyalah selama lebih kurang tujuh bulan Eyza bantu mereka..
Ya Allah, permudahkanlah urusan dan kerja ibu bapa ku...
Sedih mengenangkan mak yang akan kembali membuat kerja-kerja rumah...
Pasti lepas ni mak akan kembali bangkit pukul 5 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah sebelum ke kedai...
Juga rasa pilu mahu meninggalkan kucing-kucing Eyza...
Pesanan sudah Eyza sampaikan pada Putam...
Eyza pesan pada Putam untuk ambil alih jaga adik-adiknya...
Pada Bobo dan Memey pula Eyza pesan supaya jangan nakal-nakal dan dengar cakap Kak Tam dia...
Huhu kadang-kadang terasa diri ni cam tak betul pula..
Selalu sangat bercakap dengan kucing-kucing...



Esok hari terakhir berada di rumah...
Eyza sudah merancang untuk menyiapkan segala saki-baki kerja-kerja membersihkan rumah...
Mop lantai, bersihkan peti ais, tukar cadar bilik mak dll..
Harap-harap masa tak mencemburui Eyza..kihkihkih





Rabu, 22 Disember 2010

aKu HiLaNg


Mak ai, lama sangat tak update blog..

Dah penuh bersawang ni..

Sasaran malam ini lepas pulang dari kerja..

Membersihkan segala sawang-sawang yang ada...

Eyza akan cuba update sebanyak yang mungkin..

Dan berblogwalking serta membalas kunjungan kawan-kawan..

Harapnya keazaman mengatasi kepenatan..




Rabu, 8 Disember 2010

BeRMuLa TaHuN YaNG BaRu




Sedikit lewat tapi Eyza tetap nak buat juga entry ini...huhu
Moga di tahun yang baru ini, Eyza akan dapat meningkatkan diri untuk menjadi lebih baik sama ada sebagai



seorang hamba kepada Allah Yang Maha Besar;



seorang anak kepada mak dan abah;
seorang kakak kepada Abang dan Adik;



seorang guru kepada anak-anak didikku;



seorang sahabat kepada teman-teman;



seorang warga Malaysia yang tercinta;



Walau dalam apa hal sekalipun..
Moga Eyza dapat melakukannya dengan cara yang terbaik dan tidak menyalahi undang-undang syariat Islam dan negara...
Amin ~~~

Isnin, 6 Disember 2010

PeRSiaPKaN DiRi


Tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi...
24hb Disember nanti Eyza akan ke Felda Palong 7 semula..
Memulakan khidmat sebagai guru...
Rasanya perlu untuk Eyza persiapkan diri sebelum ke sekolah...
Pertama yang paling penting ialah


Iya, study sampai tak larat nak study...
Bila sebut tentang study terimbau pula kenangan study bersama kawan-kawan di kala exam...
Port paling best selalunya ialah di library UPSI yang seperti di Kutub Utara itu...
Ya, study beramai-ramai yang sangat membuahkan hasil..
Sangat seronok berkongsi ilmu...


Sungguh tekun menelaah...


Kertas-kertas....

.
.
.
.
.


Kertas lagi...
.
.
.
.

dan lagi


dan akhirnya menjadi seperti ini :




Bergambar untuk kurangkan tekanan...yeay!!





Serta ambil gambar orang lain secara curi-curi...
.
.
.
.
.
.

Dan kemudian setelah kurang tekanan
Kita sambung kembali
Menghadap kertas-kertas tersebut...




Sekarang, zaman UPSI telah ditinggalkan...
Dulu, study untuk exam diri sendiri...
Kini, study demi tugas mengexamkan orang lain..
Yang pasti...
Hidup Eyza tak lari dari study..
Jom pergi sekolah!!!

* Oh, sungguh tak sangka aku ke sekolah kembali..huhu..




Semoga menjadi pendidik yang cemerlang..
Berusaha untuk menjadi seperti ini :





Ahad, 21 November 2010

PosTiNG Ke NeGeRi SeMBiLaN





Merantau ke Negeri 9...
Ya, Eyza dapat penempatan guru ke Negeri 9..
Setelah berbulan menunggu..
Akhirnya segala penantian telah terjawab..

Selamat Tinggal Johor

Berdebar-debar rasanya menunggu kedatangan 22hb November 2010...
Hari ini Eyza akan bertolak ke Negeri 9...
Bersama sepupu dan mak cik Eyza..
Mesti kalian terdetik di hati..
Kenapa famili tak hantar???
Bukannya mak abah tak ambil peduli..
Tapi Eyza sendiri sememangnya tak mahu susahkan mak abah...
Bulan November tahun ni mak abah sudah terlalu banyak cuti berniaga...
Hujung minggu depan akan bercuti lagi 3 hari..
Ada kenduri kahwin di blok Eyza..
Kalau mak abah mahu hantar Eyza hari ini..
Mereka terpaksa cuti lagi..
Jadinya, Eyza minta pertolongan mak cik Zainah..
Alhamdulillah, mereka sudi membantu..

Kawan-kawan,
Doakan Eyza selamat tiba..
Moga segala urusan melapor diri dan penempatan berjalan lancar serta dipermudahkan..
Amin...


CeLoTeH EyzA : Ada kawan-kawan blogger yang tinggal di Negeri 9???

Khamis, 11 November 2010

S.E.D.I.H



Sekarang ni rasa sedih sangat...

Berat betul dugaan ni tapi moga dapat laluinya dengan lebih sabar...



CeLoTeH EyzA : En. KPM oh En.KPM...apa salah kami???nak interview, kami dah pergi..lulus pun sudah..tapi still tak dapat kerja lagi...

Isnin, 8 November 2010

SeLaMaT HaRi LaHiR, PaKCiK


Ditujukan buat seseorang (nama dirahsiakan)

dengan ucapan:

"Semoga berbahagia hidup di dunia dan akhirat"

Nah, ni hadiah online...hahaha




Selasa, 26 Oktober 2010

BuNga KeSuKaaN SaYa!!!

Konvo pun dah hampir dua minggu berlalu...
Segala bunga dan pemberian ketika konvo telah pun menjadi seperti di bawah:


Huhu..sayangnya bunga ros pun dah tak segar..
Sebab itu Eyza kurang minat  bunga segar...
Setiap orang berlainan minatnya kan...
Tapi kalau dah orang bagi Eyza bunga takkanlah nak kata:
"Eh, saya tak suka bunga-bunga segar ni!!!"
Hahaha...sangat biadap kalau kata begitu...
Cerita pasal bunga ni, Eyza sebenarnya adalah peminat bunga tulip...
Tak tahulah kenapa..
Tak ada sebab yang spesifik pun suka bunga ni...
Yang Eyza tahu, bila tengok je bunga tulip ni rasa suka sangat...



Cantik kan bunga tulip ni...
Antara negara yang terkenal dengan bunga tulip ialah Belanda...
Harapnya pada masa akan datang ada rezeki Eyza nak ke sana..
*Tapi sebelum melancong ke luar negara, Eyza mahu habiskan keliling negara sendiri dahulu




CeLoTeH EyzA : Ada tak kawan-kawan yang juga suka bunga tulip????


Isnin, 25 Oktober 2010

SaKiT KePaLa



Sejak dua menjak ni Eyza selalu saja sakit kepala..
Berdenyut-denyut kepalanya...
Migrainkah???
Kena pi jumpa en.doktor ni...
Pagi ni kepala sakit lagi...
Nak berblogwalking pun rasa tak seronok...
Badan pun dah lemah saja..
Seperti mahu demam pula...
Tambah pula dengan cuaca di Felda Bukit Easter yang suram...
Diri terasa seperti mahu baring berehat-rehat...
Tapi tak boleh!!!!!
Kerja-kerja rumah belum selesai lagi...
Okeylah, Eyza mahu selesaikan dulu membasuh baju yerk..
InsyaAllah nanti lepas selesai semua dan rasa sakit dah kurang...
Eyza akan kembali berjalan-jalan melawat blog kawan-kawan semua...


*Pening pun, sempat juga gi Google jap tadi..

Sabtu, 23 Oktober 2010

Extreme Cheesy 6 Pizza MeMaNg eNaK!!!!

Seperti biasa setiap hari Jumaat Eyza akan ke bandar Kota Tinggi untuk berbelanja barangan basah untuk berniaga. Semalam sebelum berbelanja, Eyza dan mak ke Pasir Gudang untuk mengambil Adik Ain yang pulang bercuti di kala "study week". Sebaik sahaja Adik masuk ke dalam kereta, dengan terujanya dia berkata:

"Mak, jom makan pizza!!!!"

Dia sememangnya seperti sudah merancang untuk memujuk mak membelikannya pizza terbaru dari Pizza Hut iaitu Extreme Cheesy 6 Pizza. Eyza ni bukanlah peminat setia Pizza Hut, rasanya masuk kali ini baru dua kali beli pizza kat Pizza Hut Kota Tinggi...huhu.





 Okey, selepas selesai berbelanja di Econsave Kota Tinggi, kami terus sahaja ke Pizza Hut Kota Tinggi. Oleh sebab sudah lewat petang, Eyza dan Adik setuju untuk beli yang take away saja. Kami pilih Cheesy 6 Pair Deals iaitu Cheesy 6 Hawaiian Chicken + Pan Pizza Pepperoni Delight + 4pcs Honey BBQ Wings + 1 soup. 

Hanya tunggu 15 minit dan dapat pizza yang kami order, terus ke kereta dengan tersenyum lebar. Yeay, dapat makan pizza. Masuk sahaja kereta, Adik terus bukak dan semerbak bau memenuhi kereta. Makan dulu seorang satu Pepperoni Delight. Wah, memang sedap. Sambil makan Adik seronok bercerita tentang keju. Al-maklumlah, dia belajar Perhotelan dan Katering. 

Adik beritahu Eyza dan Mak yang tengah seronok makan pizza, "Yang wat jadi cam chewing gum tu sebab ada keju mozzarella". Okey, dah dapat satu ilmu mengenai keju. Ini baru makan Pepperoni Delight sudah syok, belum lagi merasa Hawaiian Chicken Cheesy 6 Pizza. Dalam Cheesy 6 Pizza ini ada 6 jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar, Parmesan, Provolone, Monterey Jack dan Romano. Secara jujurnya dari 6 keju tersebut Eyza cuma pernah dengar Mozzarella, Cheddar dan Parmesan..hoho. Jadinya, terima kasih untuk Pizza Hut ya..kalau mereka tidak perkenalkan Extreme Cheesy 6 Pizza ini tidaklah Eyza tahu jenis-jenis keju yang lain.
Dalam kereta sudah habis 4 keping pizza, yang lainnya sambung makan di rumah. Sampai rumah, masuk oven dan nyum..nyum..makan pizza lagi. 


Sememangnya enak!!!!Teruja untuk merasainya lagi.....



Selasa, 19 Oktober 2010

aSMaRa oH aSMaRa

Opss ini bukan kisah asmara Eyza...hehe. Mesti ramai orang lain yang setia mengikuti drama Asmara di Slot Lestary TV3 kan...Eyza pun mula mengikuti sedangkan sebelum ini tengok gitu-gitu saja.Seingat Eyza, kali terakhir Eyza mengikuti drama secara konsisten adalah drama Adamaya lakonan si somel Mia dan si cantik Lisa Surihani.Setelah sekian lama tak tengok sangat drama Melayu (jangan anggap Eyza tak sayang Malaysia ok), drama Asmara ini kiranya menarik jugalah untuk ditonton.


Tambahan pula, heronya si Shahz Jaszle sangatlah memikat sukma...chewah...hohoho.Watak Zalia yang dilakonkan oleh Faezah Elai pun memang best, sesuai dengan dia.So, mari kita beramai-ramai menonton drama Asmara ini, sambil menonton kita hayati dan ambil iktibar daripada kisah tersebut. InsyaAllah.


CeLoTeH EyzA ~~~ Mampukah saya menjadi isteri yang baik???InsyaAllah...

MaCaM-MaCaM HaLNya TiKa KoNVo

Orang pergi konvo biasanya semua cerita-cerita indah belaka..
Yup, memang hari berkonvo adalah hari bahagia..
Tapi dalam bergembira tu ada juga kisah lainnya...
Ada dua kisah lain yang berlaku..
Satu semasa di Tg Malim dan satunya lagi ketika pulang ke Johor..
Kisah pertama ialah KERETA ROSAK..
Benda ni jadi sebaik sahaja lepas makan-makan setelah selesai berkonvo...
Tension deh kereta boleh buat hal pula..
Sudahlah masa tu badan penat & ingat nak balik berehat saja..
Sabar ajelah..huhu
Aiyak, setelah mekanik datang rupanya bateri kereta kong..
Adeh, melayang duit RM100++..
Inilah padahnya kalau tak periksa keadaan kereta betul-betul sebelum berjalan jauh...

Kisah kedua pula berlaku semasa Eyza dalam perjalanan untuk pulang ke Johor..
Eyza dan mak singgah mengisi minyak di Sungai Buloh..
Dan juga pergi ke tandas sebelum teruskan perjalanan..
Masuk saja tandas & nak tutup pintu..
Zap...jari rasa sakit..
Ya Allah, ada PENYENGAT yang sedang bertenggek di tombol pintu rupanya...
Dalam sakit-sakit tu sempat juga Eyza bunuh penyengat itu..
Mak Eyza lagilah terus saja keluar ingatkan Eyza jatuh tergelincir..
Menangis + meraung Eyza sementara tunggu mak Eyza lepaskan hajatnya..
Ini pertama kali Eyza kena penyengat..
Dalam kereta, sapu sajalah krim yang ada..
Menahan sakit dari Sg Buloh hingga ke Kota Tinggi..
Jari telunjuknya pun semakin membesar..
Dahlah jari Eyza memang tembam belaka..hoho
Mak pula boleh gelak tengok jari Eyza yang membengkak tu..

 Baru kena

 Makin merebak racunnya


 Tapak tangan sudah membesar (mak kata cam tangan Erra dalam cite Cinta Kolestrol..haha)

Sampai saja ke Kota Tinggi, terus pergi klinik..
Mula-mula ke Klinik Keluarga tapi mak ai ramai yang amat sedang menunggu..
Kami ke Klinik Dhillon..
Doktor bagi suntikan kat Eyza dan ubat...
Keluar duit lagi RM45..
Huhu...sabar ajelah...
Sekarang dah ok tapi kena habiskan juga antibiotik yang doktor bagi..