Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label aM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aM. Papar semua catatan

Rabu, 10 November 2010

NaK TaK DaTaNG TeMPaT iNi??? (PART 2)

Okey, sambung tempat yang lain pula....

4. Oscar Wilde's Tomb (Paris, France)

Kalau datang tempat ni, jangan terkejut memang banyak tanda lipstick yang ditinggalkan. Bagi sesiapa yang sanggup, bolehlah meninggalkan ciuman bertuah anda di kubur ini.



5. Glastonbury Festival (Somerset, England)

Ini satu festival yang terkenal di Englad dan terbesar di dunia untuk memberi penghargaan kepada seni iaitu muzik, teater, tarian, lawak jenaka dan semua yang berkaitan seni. Festival ini diadakan pada musim panas dan yang paling menarik adalah seperti yang tertera di gambar



Boleh bayangkan bagaimana keadaannya di sana...kotor dan tidak selesa.


6. The Piazza (Venice, Italy)


Banyaknya burung yang jinak belaka, macam best je kan. Semua keenam-enam yang Eyza cerita di atas merupakan antara tempat pelancongan yang disenaraikan sebagai "kotor". Walau bagaimanapun, tempat-tempat ini popular dengan cara sebegitu.

Dan yang paling penting, ada satu lagi tempat popular yang kanak-kanak suka pergi turut tersenarai sebagai tempat "kotor" ini iaitu jeng jeng jeng



Ada sesiapa pernah main di tempat atas ni??? Permainan yang sememangnya popular di kalangan kanak-kanak. Mungkin pada masa akan datang kita perlu fikir banyak kali untuk benarkan anak-anak main di tempat ini. Pada yang tiada alahan habuk-habuk kotor, mungkin tidak ada salahnya. Tapi kalau yang alah, mesti teruk kena gatal-gatal pada kulit.


CeLoTeH EyzA : Walau apapun tempatnya, yang penting amalkan kebersihan!!!! Eyza paling tak suka bila pergi mandi di sungai atau pantai, selalu jumpa sampah sarap...geram bila ada manusia yang tak reti nak jaga kebersihan alam sekitar.


Selasa, 9 November 2010

NaK TaK DaTaNG TeMPaT iNi???


1. The Blarney Stone (Cork, Ireland)


Entah dah berapa banyak orang yang dah cium batu kat tempat ni...tapi yang paling kagum ada cara untuk mencium batu di sini...


Hah, ada berani ke??

2. Gum Wall (Seattle, USA)


Suka makan gula getah?? Bolehlah datang tempat ni..lepas tu lekatkan gula getah pada dindingnya. Dinding ni dulu sudah 2 kali dibersihkan tapi sebab orang asyik lekatkan je, penat nak bersihkan dan akhirnya jalan mudah dinding ini diwartakan sebagai salah satu tarikan pelancongan negara. Sejarahnya bermula dengan orang ramai yang beratur untuk beli tiket dan ambil jalan mudah untuk buang gula getah dengan lekat pada dinding...hingga kini, entah dah berapa banyak gula getah kat dinding ni...ada berjuta mungkin. 


Geli ke tak???

3. Karni Mata Rat Temple (Deshnok, India)

Ini lagu satu tempat pelancongan yang sanggupkah anda nak pergi??? Kuil yang penuh dengan tikus.




Kuil ini antara benda ajaib di dunia. Tikus di sini dilayan seperti tuan puteri. Hormat pada kepercayaan mereka. Tapi kalau nak masuk kuil, kena buka kasut kan, sanggup ke??? Huhu..bagi Eyza jawapannya TIDAK!!!!


Ada lagi beberapa tempat yang Eyza nak kongsikan bersama, tapi masa tak mencukupi ni, Eyza dah nak pergi tolong mak di kedai. Nanti malam Eyza sambung lagi k!! Daaa...


CeLoTeH EyzA : Gambar-gambar kredit untuk En.Google...