Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 21 Januari 2016

Bertahun Blog Ditinggal Sepi


Setelah bertahun blog ini ditinggal sepi, sekarang keinginan untuk kembali berblog kembali membuak-buak. Memang lama sungguh tidak mengabadikan cerita kehidupan dalam blog. 

Perkahwinan pun sudah menjangkau usia 4 tahun, anak sulung sudah mencapai usia 1 tahun 8 bulan. Dan jika tiada sebarang masalah, in sha Allah bulan Jun nanti Ammar akan menerima kehadiran adiknya. 


Inilah putera sulung kesayangan.
Kehadiran yang ditunggu-tunggu selama hampir 1 tahun 3 bulan setelah berkahwin.
Kehadirannya menjadi penyeri buat kedua-dua keluarga aku dan Fizam kerana dialah cucu sulung untuk kedua-dua keluarga. Cucu yang dinanti-nantikan.
Kini, kehidupan kami bakal diserikan lagi dengan kehadiran adiknya pula.
Nama belum ada kerana jantina masih belum diketahui.

Cukuplah coretan permulaan ini.
Kering juga idea setelah lama tak menulis.

Terima kasih buat mereka yang menjenguk blog ini sepanjang ianya ditinggalkan sepi sahaja.