Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 29 November 2010

SeGaLaNYa TeNTaNG KaNaN



Dari Aisyah r.a katanya,
"Rasulullah lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi." (Riwayat Muslim)


Ya, siapa yang tak tahu tentang perkara ni kan, lebih-lebih lagi bagi beragama Islam memandangkan kita berwudhuk dengan mendahulukan segala yang kanan. Di sini, Eyza kongsikan sedikit perkara mengenai perkara yang berkaitan kanan sama ada mengikut Islam atau hanya fakta sebagai pengetahuan am. Selamat melayan info yang biasa-biasa ini!!!

1. Kanan adalah bahagian yang berlawanan dengan kiri.


2. Langkah kanan merupakan satu simpulan bahasa yang menunjukkan nasib baik dalam sesuatu perkara atau kejadian.

3. Orang kanan biasanya digunakan untuk merujuk kepada orang yang penting atau mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi sama ada dari segi pangkat atau yang lain-lain.



4. Menurut Islam, disarankan agar mendahulukan anggota kanan misalnya ketika makan, minum, mengambil atau memberi, berwudhuk, memotong kuku, masuk masjid dan bersalam.



5. Di Jepun, ada sebuah bandar di Osaka yang bernama Kanan.



6. Otak kanan lebih cenderung kepada irama, imaginasi, kreatif dan yang berkaitan dengannya.



7. Pemilik blog ini bukanlah pengguna tangan kanan...Eyza kidal...hahaha.



CeLoTeH EyzA : Sila abaikan yang ke-7 tu yerk...hehe.



Tiada ulasan: