Dah hampir dua minggu sebenarnya Chiki pergi, tapi baru hari ni Eyza mampu nak cerita pasal pemergian Chiki. Ketika Chiki sakit, tak sanggup rasanya nak tengok dia tanggung penderitaan tu. Dia nak beranak tapi tak boleh, hanya darah sahaja yang keluar meleleh. Bila dah macam tu, Chiki dihurung lalat sebab bau hanyir darah tu menarik perhatian lalat durjana. Eyza usap kepala Chiki sambil cakap "Chiki pergi jelah, tak yah tahan lagi." Walaupun tak sanggup nak cakap, tapi terpaksa cakap juga. Lama juga Chiki bertahan iaitu selama tiga hari dia tanggung kesakitan tanpa makan dan minum. Sekali sekala Adik Ain suapkan air pada Chiki. Tapi pada hari Chiki pergi iaitu 14hb November, petangnya Adik Ain sempat mandikan dan bersihkan Chiki. Sekurang-kurangnya, dapat ringankan penderitaan dia. Malam tu, bila Adik keluar cari Chiki, dia dah tak ada.
Esoknya Eyza dan Adik keluar cari Chiki keliling kawasan rumah. Tapi Chiki memang dah tak ada. Orang selalu kata, kalau kucing sayang tuannya, kucing tu tak akan mati depan tuannya. Sebak sampai hari ni masih terasa, bila tengok gambar dia, bila cerita pasal Chiki...air mata pasti bergenang. Rindu pada Chiki takkan hilang, sama seperti Eyza masih rindu pada Nora dan Bujang sampai sekarang walaupun mereka dah lama tak ada.
Sekarang yang tinggal cuma anak-anak Chiki, gelagat mereka menjadi pengubat kerinduan pada Chiki. Putam sebagai kakak mengambil alih peranan Chiki, memang mereka kucing tapi itulah kenyataannya. Lepas Chiki tak ada, dapat dilihat perubahan Putam yang seperti lebih menjaga adik-adiknya, Memey dan Bobo. Yang paling sedih bila satu hari tu terlihat aksi Memey mahu menyusu dengan Putam, sedangkan Putam tu manalah ada susu lagi. Sayu hati lihat peristiwa tu. Sekarang ni, Memey dan Bobo dah pandai panjat tingkat bilik Eyza. Sama saja perangainya dengan Chiki. Bila Chiki dah pergi, tiadalah lagi cerita Keluh Kesah Chiki yang hanya sempat Eyza buat 2 Episod:
Chiki memang dah tiada tapi kenangannya tetap ada. Moga anak-anak Chiki, Putam, Memey dan Bobo dapat terus membesar dan hidup dengan sihat. Di sini, Eyza kongsikan gambar-gambar Chiki dari kecil, sebagai kenang-kenangan buat Eyza.
Chiki yang pakai celak..hehe
Tika masih remaja...hoho
Hobi paling utama...lepak2 di tingkap...
Chiki si ekor kontot yang manja...
Masa ni baru je lahirkan Putam dan yang lain (putam je yang hidup)
Tempat kedua paling best untuk lepak...
Tido di lengan kak Eyza...
Tengah malam buta, sibuk main di tingkap...
Chiki masa kecil, muka cuak sebab Adik curi dari mak dia...haha
Putam tido dengan mak dia...
Masa ni Memey dan Bobo dalam perut lagi...
Tadaa...Bobo dan Memey dah kuar dari perut...
CeLoTeH EyzA : Saya sangat suka sama kucing saya walaupun kucing saya tak secomel kucing orang lain..teringin nak jadi seperti pemilik blog Kucing Terbiar..insyaAllah moga satu hari nanti akan tercapai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan