Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 2 Oktober 2010

KeNaNgaN aiDiLFitRi ~~~ wheee!!!

Masih ada mood untuk beraya lagi ker? Rasanya masih ada sebab masih ramai yang buat rumah terbuka lagi. Hanya tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi dan kemudian bulan Syawal akan berlalu pergi. So, Eyza masih boleh upload gambar raya lagilah, belum basi lagi...hehehe.



 Pada 1 Syawal, Eyza dan keluarga pulang ke kampung halaman yang perjalanannya hanyalah kurang 45 minit dari rumah ~~ ngee.. Sebelum ke kampung Eyza di Felda Pasak, kami singgah dulu rumah Mak Cik di Taman Sri Lalang untuk hantar makanan (Nasi beriani...sedap wooo). Kemudian barulah menziarahi sanak saudara yang telah berkumpul di rumah atuk. Petang itu, kami ke Felda Bukit Permai, Layang-layang pula. 

Pada 2 Syawal, saudara-mara datang beraya di rumah dan pada malamnya kami pergi ke KFC untuk meraikan hari lahir sepupu Eyza, Fahmi.


Pada Syawal ketiga pula, kami sekeluarga bersama keluaga Mak Cik beraya ke Kluang menziarahi keluarga Pak Long di sana. 



Syawal kali ini tak banyak gambar yang diambil dan paling tak seronoknya, tak ada satu pun gambar beramai-ramai. Aduh, memang tak seronok..macam manalah boleh terlupa nak bergambar ramai-ramai. Tapi Syawal kali ini adalah yang terindah buat Eyza dan Fizam, tahun kedua kami beraya bersama dan kali ini Fizam dapat cuti dua minggu. Jadinya, dapatlah menghabiskan masa bersama dan berborak sambil makan-makan...whee~~~




1 ulasan:

sabree hussin berkata...

selamat hari raya, masih ada syawal kan