Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 7 Oktober 2010

RiNDu NaK TeNgOk TeaTer

Siapa kat sini suka tengok teater?????

Eyza ni suka juga la tengok teater, tapi tengok dulu pun tika belajar kat UPSI saja. Teater yang pelajar minor teater anjurkan. Teringin juga nak tengok teater kat Istana Budaya tapi tak pernah berkesempatan. Teater terbaru ialah  Teater Muzikal Tun Mahathir, teringin nak tengok tapi dah jauh di Kuala Lumpur maknanya memang tak dapatlah nak tengok.



Eyza yang kuat berangan ni sebenarnya kan dah berimpian bila dah berkeluarga nanti nak ajar anak-anak pergi tengok teater...hehe. Jauh dah kan Eyza berangan..huhu.

Tapi sebenarnya dalam kita berhibur melalui teater, perlu juga kita tahu kedudukan teater menurut Islam. Di sini Eyza kongsikan sekali maklumat daripada JAKIM mengenai kedudukan teater menurut pandangan Islam:

Teater dimaksudkan dengan lakunan di atas pentas untuk mencapai sesuatu tujuan dalam teater. Hukumannya adalah harus pada asasnya, keharusan itu tertakluk kepada beberapa syarat tertentu seperti berikut:
1. Hendaklah teater itu bertujuan untuk membina syahsiah manusia dan memberi pengajaran yang baik, khususnya membina aqidah yang sempurna di samping menanam nilai-nilai murni;
2. Hendaklah tidak ada percampuran antara lelaki dengan perempuan dalam teater itu. Sekiranya ada, hendaklah pada sempadan yang diluluskan oleh syarak;
3. Tidak menggambarkan pergaulan bebas yang boleh merosakkan nilai-nilai murni;
4. Tidak meniru teater-teater barat yang lebih membawa kepada tujuan perleseran dan hiburan yang murah;
.5.Tidak boleh diadakan teater untuk melakonkan syahsiah yang agong seperti ambiyak dan rasul-rasul;
6. Hendaklah senikata senario teater itu membawa kepada kebaikan masyarakat manusia, menanam budi yang luhur dan menjaga keindahan bahasa dengan tidak menyebut perkataan-perkataan yang lucah atau membawa perkataan-perkataan syirik kepada Allah swt. dan sebagainya;
7. Hendaklah pakaian yang dipakai kepada pelaku-pelaku atau pelakon-pelakon dalam teater itu bersopan santun dan mematuhi kaedah-kaedah pakaian dalam hukum syarak. 
Maklumat mengenai fatwa yang boleh didapati  di Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Jika dinilai dari maklumat di atas, memang banyak yang perlu diubah agar teater dapat menjadi satu alat yang benar-benar berfungsi dalam menyampaikan ilmu. Hmmm...terasa seperti nak muhasabah diri pula, kerdilnya rasa diri..terlalu banyak yang diabaikan.

CeLoTeH EyzA ~~~ Tiba-tiba teringat kenangan bersama geng produksi Kelek...kami cadang mahu persembahkan teater tapi akhirnya terhenti di pertengahan jalan disebabkan kekurangan bajet...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tp teater tun M nih mmg best =))

kakngah berkata...

kite tak pernah tgk teater
:(

seronok eh???