Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 2 Oktober 2010

1 iBu LaHiR 11 aNaK KuCiNg

Satu kejutan yang benar-benar terjadi, kucing di kedai Eyza melahirkan 11 ekor anak kucing. Wah, pertama kali terjadi pada keluarga Eyza selama pengalaman membela kucing dari mak abah mula kahwin hinggalah sekarang. Ibu kucing ni dinamakan Hitam, walaupun bulunya tidaklah semuanya hitam. Hitam merupakan kucing di kedai yang terdiri daripada kucing-kucing yang dibuang oleh orang lain. Biasalah kan kalau orang hendak buang kucing, dua tempat paling terkenal adalah pasar dan kedai makan. Sebabnya supaya kucing tersebut masih boleh mencari makan dengan mudah. Bukti betapa indahnya sifat orang kita, walaupun membuang kucing sedikit kejam tetapi masih ada perikemanusiaannya kerana masih memikirkan bagaimana kucing yang dibuang itu nak dapatkan makanan. 



Di kedai Eyza, terlalu banyak kucing dan hampir setiap bulan atau minggu ada sahaja kucing baru yang akan datang. Si Hitam ni dah banyak kali juga abah buang ke tempat lain, tapi dua tiga lepas tu mesti dia muncul semula di kedai sampai abah sudah tak larat nak buang lagi.  

Sekarang, bila dah lahirkan 11 ekor (sekarang tinggal 8 je, lagi 3 tak tahu hilang ke mana ~~ mungkinkah dimakan kucing jantan??), kasihan tengok si Hitam ni..selalu nampak letih je. Penat agaknya, yelah nak menyusukan 8 ekor anak. Si Chiki tu yang anak 2 je pun, pemalas nak menyusukan anak inikan pula 8 ekor. Kucing oh kucing....

Tiada ulasan: