Tiba-tiba petang tadi lepas balik dari kenduri kahwin seperti dapat seru pula untuk mengikat hubungan chenta Eyza dengan En. Fizam kepada satu tahap lagi iaitu BERTUNANG. Kami dah berkenalan lebih kurang 1 tahun 6 bulan, boleh dikira masih baru jika nak bandingkan dengan orang yang dah bercinta 4 hingga 5 tahun. Tapi itulah dia, rasa cinta dan sayang pada En. Fizam ini terlalu susah nak dihuraikan. Kalau dia tanya kenapa sayang pada dia? Memang Eyza tak boleh nak jawab, bukan tak sayang tapi tak tahu nak dihuraikan. Mungkin sayang sebab semua yang ada pada dialah kot...boleh pula main kot-kot ek. Okey, faham dah yang Eyza dah melalut berjiwang sakan kat awal-awal entri lagi..huhu.
Balik semula pada cerita kita (ayat tak boleh blah yang selalu En. Fizam keluarkan yang akan buat Eyza gelak sakan sebab skema sangat), untuk 2011 ada pelbagai misi. Opss...belum hujung tahun 2010 lagi tapi Eyza dah mula buat entri pasal Misi 2011..hahaha. Tapi dua misi yang paling utama untuk pertengahan 2011 ialah bertunang dan stabilkan kerjaya. Soal kerjaya, untuk cerita lebih lanjut perlulah tunggu surat penempatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekarang yang boleh cerita cuma pasal pertunangan. Tapi nak cakap lebih-lebih pasal pertunangan ini pun tak boleh juga sebabnya uangnya ngak ada, yang boleh dibuat hanyalah merancang secara bertulis, mencari rekaan hantaran, fikir-fikirkan pelamin yang sesuai, hiasan bilik, solekan, door gift, jamuan makan, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Punya banyak yang Eyza senaraikan tapi sebenarnya yang paling utama ialah menurunkan berat badan. Ya, Eyza memang gemuk orangnya...hoho. Oleh itu, Eyza perlu berusaha keras (perasan tak entri hari ini banyak cakap pasal USAHA ~ ini tandanya orang yang tulis entri ini sedang kemaruk untuk berusaha atau dia sedang rindukan anak muridnya kelas 1 Usaha SMK Kg Dato' Ahmad Said) untuk turunkan berat badan. Eyza dah mula kawal pemakanan semasa sebelum bulan puasa lagi, tapi taklah nampak sangat perubahannya...setakat turun 1-2 kg saja. Puncanya satu saja iaitu kurangnya senaman..
Ada lebih kurang 6 hingga 7 bulan lagi untuk tiba pertengahan 2011, so apa lagi...
SELAMAT BERUSAHA CIK NURUL IZZA!!!!!!
2 ulasan:
Gud Luck Cik Eyza!!!!!!
thanx pura ~~~
Catat Ulasan