Konvo pun dah hampir dua minggu berlalu...
Segala bunga dan pemberian ketika konvo telah pun menjadi seperti di bawah:
Huhu..sayangnya bunga ros pun dah tak segar..
Sebab itu Eyza kurang minat bunga segar...
Setiap orang berlainan minatnya kan...
Tapi kalau dah orang bagi Eyza bunga takkanlah nak kata:
"Eh, saya tak suka bunga-bunga segar ni!!!"
Hahaha...sangat biadap kalau kata begitu...
Cerita pasal bunga ni, Eyza sebenarnya adalah peminat bunga tulip...
Tak tahulah kenapa..
Tak ada sebab yang spesifik pun suka bunga ni...
Yang Eyza tahu, bila tengok je bunga tulip ni rasa suka sangat...
Cantik kan bunga tulip ni...
Antara negara yang terkenal dengan bunga tulip ialah Belanda...
Harapnya pada masa akan datang ada rezeki Eyza nak ke sana..
*Tapi sebelum melancong ke luar negara, Eyza mahu habiskan keliling negara sendiri dahulu
CeLoTeH EyzA : Ada tak kawan-kawan yang juga suka bunga tulip????
5 ulasan:
salam, InsyaAllah kalau ada kemahuan tentu ade jalan....?
aiyaya.. saye pown suka bunga tulip jga ler~
cantik gambar bunga tu. aku harap boleh dtg tmpt mcm tu suatu hari nti :)
saya lebih suka bunga tulip plastik sbb x yah bagi baja atau air,hehehe!
saya suka semua jenis bunga... bunga tayar je tak.. hehe :D
Catat Ulasan