Tahun ini adalah tahun pertama Eyza menjadi Pengawas PMR, kiranya merupakan pengalaman pertamalah. Eyza minta jadi Pengawas PMR ini bukanlah disebabkan fikir sangat fasal duit tapi lebih kepada mahu 'lari' dari sekolah. Haha...mesti dalam hati korang terdetik, apalah senget sangat minah ni, baru setahun kerja dah nak lari dari sekolah. Tapi serius jadi Pengawas PMR ni membuatkan hati dan kepala otak jadi tenang. Walaupun tetap ada kerja juga tapi bebanan tiada. Ibarat seperti serampang dua mata, bekerja + bercuti rehat. *Kenapa ayat seperti karangan ni siap ada pepatah bagai, mungkinkah penangan dari Bahasa Kertas 2? Hehehe...
Seronoknya bila balik rumah walaupun lewat dari biasa tapi jiwa tetap sempoi. Teruja sangat nak 'lari' dari sekolah kerana Bos susah sangat nak bagi kelulusan CRK. Nak minta CRK, alasan mesti kukuh + mantap. Kalau setakat alasan-alasan sempoi belum tentu lulus punyalah. Nak ambil MC pula dah serik, hari tu sekali minta MC tapi bukan sakit, macam-macam hal yang timbul dan hati tak tenang. So, tak mahu ambil MC sesuka hati lagi. Ceh, jadi baik sangatlah pulak. Cop..sambung balik cerita pasal CRK, Eyza berangan nak tulis kat bahagian alasan minta CRK seperti ini :
"perlukan rehat kerana stress"
"mahu mencari ketenangan"
"saya punya sukalah, nak cuti berehat di rumah"
Haha...sure tak boleh tulis alasan seperti di atas ni kan. Kalau tulis pun confirm kena teriak dek Bos. So, mancari kerja sampingan adalah jalan penyelesaiannya memandangkan Eyza ni jarang dapat pergi kursus, mesyuarat atau yang seangkatan dengannya. Ada baki 4 hari lagi percutian Eyza ini...tiada kata lain yang dapat ditulis untuk menggambarkannya selain :
B.A.H.A.G.I.A
Cantik bunga ni..Saya Suka!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan