Petang tadi sebaik sahaja tamat waktu persekolahan 2.30..
Bergegas semua guru SMK Palong Tujuh menuju ke Makmal ICT..
Maklumlah hari ini ada Latihan Dalam Perkhidmatan...
Intipatinya PENGURUSAN TEKANAN..
Hah, meletup gitu!!!
Tekanan yang sentiasa menekan...
Wakil penceramah adalah kaunselor yang dijemput dari JPNS...
Seronok juga walaupun mata masing-masing asyik meliar menatap jam di tangan...
Maklumlah bila masa hampir menjengah jam 5.00 petang...
Masing-masing sudah tidak senang duduk...
Nasib baik penceramah sangat memahami dan sporting...
Antara perkara yang menarik minat Eyza ialah betapa pentingnya seorang pemimpin atau ketua memberi penghargaan kepada orang bawahannya..
Bukan hanya penghargaan dalam bentuk material..
Tetapi juga boleh dilakukan melalui lisan..
Penghargaan ini perlu untuk mengelakkan orang bawahan rasa tertekan...
Penghargaan ini perlu untuk mengelakkan orang bawahan rasa tertekan...
Majoriti kami semua memang bersetuju dengan pernyataan tersebut....
Antara perkara lain yang menarik adalah mengenai cara-cara menangani stress melalui urutan dan "tapping"...
.:: urutan shiatsu ::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan