Perasan tak keadaan negara kita makin kucar-kacir...
Hal politik dah semakin berat...
Sampaikan merebak kepada hal-hal lain...
Iyalah, memang politik itu paling utama dalam sebuah negara...
Jadi bila mana politik itu goyah...
Akan membawa kepada kerosakan, kemusnahan negara dan bangsa..
Sekarang ni hangat dengan isu pejuang sebenar kemerdekaan..
Hal yang satu itu pun dijadikan bahan bergaduh sana-sini...
Situasi yang membuatkan hati Eyza tak senang..
Risau memikirkan negara akan datang...
Entahlah...
Eyza adalah Cikgu Sejarah...
Tapi rasanya masih banyak yang Eyza belum mahir dan faham..
Inikan pula orang yang kurang membaca daripada Eyza...
Mereka yang tak faham ditambah pula dengan membaca dari bahan-bahan akhbar atau internet...
Akan jadi "blur" mungkin...
Mungkin juga ada yang akan tersalah faham...
Jadi, Eyza rasa perlu untuk semua warganegara Malaysia..
Pergi membuat rujukan di sana sini..
Perpustakaan Negara...
Arkib Negara...
Buat kajian jika perlu...
Fahamkan sendiri, jangan hanya tunggu dan nantikan laporan dalam akhbar atau internet...
Malah kalau boleh jangan terima apa yang kawan ceritakan bulat-bulat..
Buat kajian sendiri..
Dari situ kita akan tahu jawapannya sendiri..
Barulah faham...
Jadi, Eyza berazam nak selongkar bahan-bahan lama yang ada dalam kotak tu..
Membaca untuk menambah ilmu...
Rasa sayang pada negara ni takkan pernah padam..
Risau bertambah dalam hati kerana sayangkan negara...
Pada Eyza, semua orang yang terlibat dalam perjuangan sebelum kemerdekaan adalah pejuang...
Eyza sentiasa hargai perjuangan mereka...
Cuma bila dipilih satu tokoh bukan bermakna menidakkan peranan orang lain...
Itu Eyza sangat faham...
Tapi tahulah bagaimana pula kefahaman orang lain...
Sangat berani Eyza menyatakan pendapat sendiri..
Tapi ini bukan politik ya...
Hanya meluahkan pendapat..
Melepaskan apa yang terbuku dalam hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan