PMR makin dekat..
Bila lihat anak-anak murid..
Rasa berbaur dalam hati..
Kecewa..
Hampir putus asa...
Kering idea..
Terkilan...
Itulah antara yang ada di hati...
Cikgunya beriya-iya..
Anak murid yang beriya sama cuma berapa kerat...
Cikgunya buat kelas tambahan (sanggup tak pi dating)...
Anak murid yang datang tak sampai separuh kelas (dalam hati cakap baik aku pi dating..haha)
Cikgunya bersemangat menyala-nyala..
Hanya anak murid yang sama bersemangat juga..
Cikgunya rasa semakin pandai...
Anak muridnya masih termangu-mangu sebab tak habis study lagi..
Ya Allah, baru aku mengerti apa perasaan cikgu-cikgu aku dulu..
Kalau ikutkan rasa hati mahu sahaja berhenti berusaha..
Tapi tak boleh, demi mereka..
Perlu gagahkan diri..
Perlu kuatkan hati..
Kerana dalam hati telah berazam, mahu bantu mereka selagi termampu dan terdaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan