Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 26 September 2010

SaYoNaRa KuCiNgKu ~~~ (T_T)

Semalam hari pertama kembali berniaga setelah lama bercuti Aidilfitri, tapi semalam merupakan hari yang sedih kerana kucing Eyza yang bernama Anje telah mati mungkin kerana dilanggar lori. Terasa sangat sedih dan terkilan sebab sibuk sangat berniaga hinggakan terlupa nak ambil tahu ke mana dia pergi. Anje memang membesar di bawah lori yang rosak tidak jauh dari kedai Eyza. Kebetulan petang semalam, ada lori pelanggan parking di tepi kedai. Mungkin Anje sedang tidur di bawah lori tersebut dan tidak sempat nak melarikan diri ketika lori itu hendak beredar. Sampai hari ini rasa ralat sangat-sangat tapi sekurang-kurangnya semalam dapat juga bagi dia makan ayam. Yang pasti, Anje akan sentiasa dalam ingatan....












Gambar ini semua diambil pada bulan Ramadhan yang lepas. Anje mula baik dengan Eyza dan keluarga beberapa minggu sebelum Ramadhan sebab seperti yang Eyza beritahu sebelum ini, Anje membesar di kedai lain. Sayonara ~~

p/s ~ Mak Anje sedang bunting lagi, harapnya ada seiras Anje nanti.

Tiada ulasan: