Halaman

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 13 September 2010

Saya Budak Baru Belajar ~~~

Sebagai budak baru belajar untuk berblogger & berNuffnang ni, Eyza terlalu rajin untuk menjengah-jengah ke blog-blog orang lain. Jalan-jalan ke blog-blog memang best...sambil berjalan-jalan & mencuci mata
tujuan Eyza sebenarnya lebih kepada nak belajar untuk menjadikan blog Eyza bertambah menarik.
Hari ini ketika sedang melilau-lilau ke macam-macam blog, tersinggahlah pula ke DaHLia's JouRNaL ~~~
Then terbaca pula pasal entry DJ yang sangat menarik hati iaitu Dahlia Giveaway...dapat hadiah bila buat post berkaitan mana-mana entry dalam DJ...so, berniat untuk mencuba..manalah tau ada rezeki untuk dapat hadiah.

Dari banyak-banyak entry dalam DJ, Eyza tertarik kepada entry yang bertajuk Ada Apa Dengan Nuffnang?. Sebagai orang yang tersangatlah baru dalam dunia Nuffnang ini, entry DJ mengenai Nuffnang memang sangat berguna buat Eyza. Ada pelbagai kelebihan menjadi Nuffnanger...selain daripada boleh menambah pendapatan, melalui entry DJ menjadikan Eyza lebih memahami bagaimana Nuffnang beroperasi. Entry DJ membuatkan Eyza lebih faham bagaimana Nuffnang bukan hanya untuk tujuan pengiklanan tetapi juga bertindak sebagai komuniti yang mempunyai pelbagai aktiviti dan contest yang best. Masih teringat-ingat cebisan nukilan DJ dalam entry tersebut "Nuffnang ni dia banyak benefit untuk long term, bukan hanya untuk duit semata-mata sebab Nuffnang ni mementingkan kesetiaan kita dengan dia". Thanx DJ sebab memang entry DJ mengenai Nuffnang dapat membuatkan Eyza lebih faham tentang konsep Nuffnang. Nuffnang oh Nuffnang...saya mahu menjadi Nuffnanger yang best seperti DJ & Hanis Zalikha...

Okay, mulai hari ini..Eyza mahu berusaha untuk menjadi blogger yang best (rasa sangat kerdil dalam dunia blogger ni, segan pun ada sebab blog Eyza tersangatlah simple). Chayok!! Chayok!! ~~ cuba beri semangat kepada diri sendiri..







Tiada ulasan: