Niat di hati mahu buat sendiri my bunga tangan untuk kahwin...hahaha. Tapi niat hanya tinggal niat. Setelah difikirkan berulang kali, akhirnya Eyza hanya tempat bunga tangan yang Eyza mahu. Survey punya survey, Eyza berkenan sangat dengan bunga yang dibuat oleh Kak Mai dari LurVering Doorgift.
Eyza tempat dua bunga dari jenis foam flower, tak berminat nak fresh flower sebab Eyza nak simpan bunga ni sebagai kenangan. Satu bunga campuran krim dan kuning untuk nikah dan satu lagi campuran pink dan purple untuk malam berinai dan majlis sanding. Mulanya ingat mesti mahal around RM100 ke atas, tapi rupanya berpatutan saja. Kak Mai kenakan bayaran hanyalah RM80 untuk dua bunga tersebut, bermakna satu bunga hanyalah RM40. Sangat berbaloi-baloi. Sekarang ni, kedua-dua bunga tangan tu menjadi hiasan di meja solek. Sukanya...
Anyway, TQ Kak Mai kerana buatkan Eyza bunga yang sangat cantik dan sweet. Love it so much...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan